Wednesday, May 27, 2009

RUMAH BANGSA - 1MALAYSIA

Kita mulakan langkah baru
mengiringi visi tak terbatas
dari mata jiwa seorang wira bangsa
demi tanah tumpah darah,
mendukung misi ke martabat tertinggi dunia
dengan tapak teguh perpaduan,
dipandang hormat kawan dan lawan.

Ini tugas kita,
hasrat membina rumah bangsa
dengan kudrat pengalaman terhimpun berdekat lama,
azam tak terpadam,
semangat panas membara.

Lapan pasak kukuh,
menunjang jauh di setiap sudut
berhimpun segala tenaga mengagih beban dengan saksama.

Lapan mata tangga,
lurus bertingkat diukur
sama berganding bahu
melangkah sempurna.

Lapan pintu terbuka,
menyambut girang warga setia
ikhlas bertindak, rendah jiwa,
mengukuh wasilah setiap masa.

Lapan jendela bertabir mesra,
membiar semilir jujur menyapa
dada sarat menakung janji,
menyirat ikatan penuh percaya
hati menerima penuh rela.

Lapan penjuru berlantai rata,
bersimpuh tenang menyingkap rahsia
membuka luas mata dan minda,
mencari landasan menakluki dunia
jangan bangsa mudah terpedaya.

Lapan tiang berdiri sempurna,
walau diterjah badai sengsara
tabah bertahan meredah masa
semangat tak luntur setapak tak undur
berjuang bagai seorang satria.

Kita bumbungkan rumah ini
dengan impian gemerlapan
kita palitkan warna damai perpaduan
kita terangi dengan kerlipan cahaya ilmu
kita bukakan pintu biar tetangga bertamu
kita hidang segala bakti
untuk yang perlu kita hiasinya
segala termampu kita namakan
1Malaysia,

terhimpun di dalamnya segala
amanah menuntut keringat semua.

Di bahu kitalah segalanya tersirat
memikul lapan tiang utama
visi dan misi wira negara.

Cemerlang bertindak,
usaha berganda,
tepat sasaran tinggi nilainya.

Ketabahan dipupuk menahan dugaan,
sabar mendaki liku rintangan.
Menyusur reba tunduk berisi,
rendah hati menambat mesra.
Mengukur hajat biar sepadan,
menerima dengan lapang dada.

Setia bertempat bijak mentafsir,
jauhkan diri mengikut hati.
Keupayaan dijulang,
meritokrasi dilaksana,
adil bertindak menegak yang hak.

Ilmu ditimba menambah khazanah,
jalan utama dipandang mulia.
Jujur mengatur lidah,
berani kerana benar,
integriti teras jati diri.

Mari kita pelihara rumah ini,
kita suburkan halamannya
dengan bunga janji mekar mewangi
biar ia bertambah seri,
warisan penentu generasi muka
1Malaysia lestarikan dijiwa,
sepanjang hayat membangun nusa.


Baha Wahab
Kulai Jaya –

Sajak ini pernah dibacakan di Laman Santai Istana Budaya.....
Jika kita menghayatinya.....pasti ada maksud tersirat yang mampu kita rungkaikan

PKR DAN AMALAN RASUAH: MENGETUK DULANG PAKU SERPIH

Calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Penanti, Aminah Abdullah semalam menyerahkan kepada dekoder MP4 yang mengandungi rakaman perbualan berkaitan tawaran PKR kepada beliau. Malah beliau turut menyerahkan sekeping cakera padat (cd) dan 3 cetakan gambar pertemuannya dengan ahli PKR kepada SPR Pulau Pinang.

Antara tawaran yang dikemukan kepada Aminah:

1) Ganjaran wang tunai sebanyak RM80,000
2) Jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

kedua-dua ganjaran di atas ditawarkan kepada Aminah jika beliau bersetuju menarik diri dari bertanding pada PRK DUN Penanti.

Manakala jika Aminah enggan menarik diri dan menang pada PRK tersebut, beliau tetap ditawarkan ganjaran berupa jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dengan syarat beliau menyertai semula parti berkenaan.

Apa yang menariknya......... Aminah merakama perbualan ini dan semestinya menjadi bahan bukti utama Aminah disogok dengan pelbagai ganjaran yang mampu mengaburi mata. Yang menariknya lagi, sudah menjadi tabiat ahli dan pemimpin PKR merakam segala perbualan yang berlaku antara mereka dan 'orang luar'. Malah Aminah juga tidak menolak kemungkinan perbualan mereka turut dirakam oleh ahli PKR tersebut.

Mustika: Aminah dahulu bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang...............
PKR dan amalan rasuah bukan perkara baru. Namun mereka lebih suka mencanangkan amalan rasuah dalam BN dan kerajaan sedangkan mereka lah yang sebenarnya mengamalkan rasuah dan sogok menyogok ni. Ibarat peribahasa mengetuk dulang paku serpih.