Monday, April 19, 2010

Anwar Ibrahim "Raja Putar Alam" - Muhyiddin

sumber: 1malaysia1iltiza

HULU SELANGOR, 18 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang suka memutarbelitkan isu dengan melabelkan ketua pembangkang tersebut sebagai "raja putar alam".

Beliau berkata Anwar yang menggunakan kelebihannya sebagai seorang penceramah yang berwibawa suka memutarbelitkan isu-isu yang membabitkan kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Ini, kata Muhyiddin membuatkan rakyat mempercayai Anwar dan seterusnya menyokong parti pembangkang kerana mereka tidak sedar yang mereka dibohongi.

"Sekarang dia (Anwar) kata kita (BN) zalim, tetapi masa dia jadi timbalan perdana menteri dia minta rakyat menyokong BN. Kalau betul kita zalim negara ini akan lebih teruk. Kalau kata kerajaan BN zalim, maka itu adalah satu pembohongan yang besar," katanya ketika ceramah umum di Batang kali di sini.

Kawasan Parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pilihan raya kecil pada 25 April.

Muhyiddin berkata politik bukannya satu permainan seperti yang disangka pembangkang kerana ia melibatkan nasib rakyat yang perlu dibela oleh pemimpin.

"Niat mereka (pembangkang) jahat. Mereka suka memutarbelitkan isu. Semuanya tidak betul untuk mereka, tetapi pada hakikatnya yang tidak betul adalah mereka sendiri. Kita tidak buat tuduhan melulu. Hati mereka penuh dengan kebencian," katanya.

Anwar bersama Setiausaha Pertahanan Amerika, William Cohen dan Wolfowitz

Timbalan Perdana Menteri mengakui kerajaan ada kelemahannya tersendiri dan sebagai pemimpin kepincangan itu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Beliau juga membidas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak menunaikn janji kepada rakyat setelah dua tahun memegang jawatan tersebut.

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah sampai ke tahap kritikal kerana ia kini Parti Kian Runtuh. Esok ada lagi pengumuman besar di Hulu Selangor. Hari ini ada lagi pemimpin PKR yang letak jawatan. Tunggulah esok ada bom besar lagi," kata Muhyiddin.

Tetapi beliau tidak menghuraikan mengenai pengumuman "besar" itu. -- BERNAMA

ALKISAHNYA.........PKR MAKIN TERTEKAN

Mustika: Nampaknya sokongan rakyat kepada PKR sudah semakin pudar. Mahu tidak mahu pemimpin-pemimpin PKR harus menerima kenyataan bahawa parti itu dan perjuangannya sudah tidak relevan lagi. Biar apa jua cerita yang diputar belit pemimpin-pemimpin PKR, rakyat di Hulu Selangor khususnya sudah semakin sedar yang perjuangan parti haram itu sudah terpesong dan tidak membawa apa-apa perubahan kepada rakyat. Bagi rakyat yang sudah bangkit dari tidur yang lena, Mustika ucapkan syabas dan teruskan sokongan kepada BN.... dan bagi mereka yang masih berada diawangan, bangkitlah dari mimpi yang tidak mampu menjadi realiti.....

(Sumber: P094 Hulu Selangor)



mana pergi sokongan rakyat negeri selangor kepada kerajaan negerinya??
penceramahnya dari yb halimatun... usf badrulamin... ust fitri... ust shukri...
penceramah pun mcm syok sendiri.... (bermula jam 9.30mlm hingga 1130)

tkasih sumbangan gambar drp wan moto

ALKISAHNYA...........

Nik Aziz: Guano nok buak kito ni? Nok sokong ke tokse? Nok turun Hulu Selangor ke dok?

Hadi: Kalu kite dok turung, napok kite pecoh beloh.

Nik Aziz: Nampoknyo ambo nga kawe-kawe ambo keno bukok serbang lah! malu ambo nok turung Hulu Selangor kalu lagu ning.

Hadi: nok wat ghane doh nasib kite kene lah ikut. Kalu dok Nuar Berahing sabotaj pulok kite. Ambe takuk.......

Nik Aziz: @@+@!*!)1 CELAKO CELAKO!

Hadi: ????????????????????

__________________________________________________________________

Mustika: PAS sanggup melupakan sengketa dengan Zaid yang merupakan orang yang paling dibenci tatkala Zaid bertegas mahu menentang hukum hudud PAS. Nampaknya lepas ni semua serban pemimpin-pemimpin dan pengikut PAS akan ditanggalkan. Yelah mana boleh pakai serban lagi kalau kepalanya dah membesar dengan ego mereka sendiri.

Hari ini dalam akbar Berita Harian melaporkan 7 ahli AMK keluar dari PKR kerana membantah pemilihan Zaid yang dikatakan jelas satu pengkhianatan terhadap semangat perjuangan reformasi dan keadilan yang mereka perjuangkan selama ini.

Ahli-ahli AMK sanggup meninggalkan parti demi mempertahankan prinsip perjuangan sebenar mereka. Ahli-ahli AMK sendiri percaya, pemilihan Zaid adalah untuk menjaga kepentingan peribadi Penasihat PKR, Brader Anwar Berahim yang memerlukan seorang bekas menteri dan peguam terkenal untuk menjadi benteng dan membelanya di Parlimen dalam menghadapi kes liwatnya.

Hanya orang-orang yang busuk dan ego sahaja masih ada dalam PKR (termasuk PAS yang masih bermimpi di siang hari)........

BALA MENIMPA PKR... ... ...

sumber: warisan2057

Dr Halili Tampar Pkr

Apa sudah jadi ini. Ini tentu perang besar di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Rakan karib dan doktor peribadi DS Anwar, Datuk Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar PKR. Beliau merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pkr.

Dr Halili sangat releven di Hulu Selangor. Beliau pernah bertanding Parlimen Hulu Selangor. Beliau lahir dan di besarkan di Hulu Yam, dalam Dun Batang Kali.

Dr Halili merupakan antara 'pioner' Parti Keadilan Nasional yang di tubuhkan pada tahun 1999. Beliau terlibat banyak dengan pimpinan pusat sejak penubuhan parti itu. Keluarnya Halili adalah satu kehilangan besar kepada Pkr.

Secara peribadinya Dr Halili adalah Doktor peribadi Anwar Ibrahim sejak dulu lagi. Beliau juga merupakan antara orang kepercayaan Anwar. Beliau sering berjumpa Anwar di penjara Sungai Buluh.

Di Hulu Selangor, Dr Halili adalah Ketua Bahagian Pkr yang pertama. Sehingga sekarang beliau banyak membantu di Hulu Selangor terutamya dari sudut kewangan.

Memang diketahui umum Dr Halili adalah seorang Konsultan Neorologi. Dia seorang profesional yang sangat beretika tinggi.

Tentu ada sebab yang membuatkan beliau tidak boleh berkompromi lagi dengan Anwar Ibrahim. Beliau lama kenal Anwar dan banyak rahsia Anwar yang beliau simpan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mustikaindah: Bila kepercayaan sudah semakin pudar, satu demi satu musibah melanda PKR. Yang paling hebat terkena tamparan adalah Anwar Berahim sendiri. Nyata wujud kepincangan dalam kepimpinan PKR sejak dahulu lagi. Cuma mungkin dahulu masing-masing boleh bersabar demi untuk menjaga kepentingan masing-masing. Namun, setakat manalah kesabaran manusia. Pasti suatu hari nanti kesabaran itu akan sampai ke kemuncaknya. Justeru, jalan pintas terbaik adalah keluar parti dan berhenti dari bersubahat dengan setan-setan yang bertopengkan manusia.

AKHIRNYA.............

sumber: gerakan anti PKR

GAMBAR ZAID IBRAHIM BERSAMA WISKY !



gambar ini dikirimkan kepada gap oleh 'sumber dalaman pkr' . gambar ini disiarkan oleh gap bagi menjawap cabaran azmin ali kepada BN semalam.azmin ali dengan sengaja meminta BN membuktikan tohmahan kononnya zaid ibrahim seorang peminum arak yang tegar.apa niat sebenar azmin ali memberikan 'bola tanggung' ini kita sudah ketahui !

hari ini seperti yang aku janjikan,gambar zaid ibrahim dan wisky berjenama jack daniels didedahkan.samada ia beer,arak mahupun wisky ia tetap dianggap sebagai air kencing syaitan.haram tetap haram,sebagaimana kelakuan meliwat, rasulllah saw tetap takkan mengaku si peliwat sebagai umatnya !

dikabarkan oleh sumber gap, ada 8 keping gambar dan satu video 8 minit melibatkan '3 pemimpin pkr' dalam keadaan yang cukup 'memalukan' sudah ada dalam tangan mereka.hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada gap.salah seorang daripadanya pernah terbang ke taiwan sewaktu insiden pembohongan 16 september !


zaid ibrahim terkenal dengan wataknya sebagai ikon liberalis,penyokong kuat kumpulan artikel 11,pernah menyaman hudud kelantan dan merupakan lidah penyambung kepada suara anwar attaturk, watak penghancur agama,ikon sekular kedua selepas mustafa kemal attaturk.

pemimpin pkr punyai masalah moral yang cukup serius. anwar attaturk masih takut untuk berhadapan dengan saiful berkenaan kes liwat.elizabeth wong walaupun mengaku bersekedudukan dengan pemuda melayu bernama helmi,eli masih lagi disokong oleh pas.azmin ali masih takut untuk menyaman nallakarupan walaupun nalla berkali-kali mendedahkan skandal samsidar dan anwar..hari ini timbul pula gambar zaid ibrahim dan wiskinya.

adakah melayu dari pakatan yang berakhlak sebegini mahu diangkat sebagai pemimpin ?


-------------------------------------------------------------------------------------------------
MUSTIKAINDAH:

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.... AZMIN PASTI AKAN LEBIH MENGGELABAH SELEPAS INI. AZMIN IBARAT MELUDAH KE LANGIT... LEPAS NI PASTI AZMIN AKAN MENYOROK BELAKANG BRADER ANWAR BERAHIM SEBAB TAKUT KENA BALING DENGAN TELUR BUSUK.......