Monday, April 19, 2010

BALA MENIMPA PKR... ... ...

sumber: warisan2057

Dr Halili Tampar Pkr

Apa sudah jadi ini. Ini tentu perang besar di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Rakan karib dan doktor peribadi DS Anwar, Datuk Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar PKR. Beliau merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pkr.

Dr Halili sangat releven di Hulu Selangor. Beliau pernah bertanding Parlimen Hulu Selangor. Beliau lahir dan di besarkan di Hulu Yam, dalam Dun Batang Kali.

Dr Halili merupakan antara 'pioner' Parti Keadilan Nasional yang di tubuhkan pada tahun 1999. Beliau terlibat banyak dengan pimpinan pusat sejak penubuhan parti itu. Keluarnya Halili adalah satu kehilangan besar kepada Pkr.

Secara peribadinya Dr Halili adalah Doktor peribadi Anwar Ibrahim sejak dulu lagi. Beliau juga merupakan antara orang kepercayaan Anwar. Beliau sering berjumpa Anwar di penjara Sungai Buluh.

Di Hulu Selangor, Dr Halili adalah Ketua Bahagian Pkr yang pertama. Sehingga sekarang beliau banyak membantu di Hulu Selangor terutamya dari sudut kewangan.

Memang diketahui umum Dr Halili adalah seorang Konsultan Neorologi. Dia seorang profesional yang sangat beretika tinggi.

Tentu ada sebab yang membuatkan beliau tidak boleh berkompromi lagi dengan Anwar Ibrahim. Beliau lama kenal Anwar dan banyak rahsia Anwar yang beliau simpan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mustikaindah: Bila kepercayaan sudah semakin pudar, satu demi satu musibah melanda PKR. Yang paling hebat terkena tamparan adalah Anwar Berahim sendiri. Nyata wujud kepincangan dalam kepimpinan PKR sejak dahulu lagi. Cuma mungkin dahulu masing-masing boleh bersabar demi untuk menjaga kepentingan masing-masing. Namun, setakat manalah kesabaran manusia. Pasti suatu hari nanti kesabaran itu akan sampai ke kemuncaknya. Justeru, jalan pintas terbaik adalah keluar parti dan berhenti dari bersubahat dengan setan-setan yang bertopengkan manusia.

No comments: