Monday, August 11, 2008

PAS BANTAH & PAS SOKONG!

Ogos 11th, 2008 oleh taminsari

Pas bantah yang ini :

Pas membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam mengadakan forum awam ‘Memeluk Islam’ Sabtu ini kerana ia boleh mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara umat Islam dan penganut agama lain di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata jika Majlis Peguam masih meneruskan tindakannya itu, ia akan merugikan semua pihak. “Sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa kerana Islam berdiri berteraskan sumbernya sendiri,” katanya dalam laman web parti itu.

Abdul Hadi berkata Majlis Peguam perlu membatalkan forum itu demi menjamin kestabilan dan keharmonian hubungan antara agama dan kaum di negara ini. Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub berkata forum awam itu tidak sepatutnya diadakan secara terbuka. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata forum yang akan diadakan dalam tempoh yang singkat akan menimbulkan prasangka dan prejudis di kalangan umat Islam di negara ini.

Akan tetapi,


Pas sokong yang ini :

YB Khalid Samad ( Ahli Parlimen PAS Shah Alam ) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan ‘Allah’ untuk merujuk kepada kalimah ‘God’ dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan ‘Allah’ hanyalah terjemahan kepada perkataan ‘God’. Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez ( Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR ) mempersoalkan kenapa ‘Allah’ tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris.Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis di Klang ketika Irene mempersoalkan kalimah ‘Allah’. Mengapa Anwar diam dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid?


Kenapa yang ini lagi penting tapi Pas tak membantah? Ini soal aqidah..mengapa Pas menyokongnya…Jangan sesatkan lagi umat Islam di Malaysia….