Thursday, June 04, 2009

BN ambil pendekatan baru di Manek Urai: TPM

sumber: Berita Harian Online

MUAR: Barisan Nasional (BN) akan hanya mempunyai satu pusat arahan untuk menyelaras kempen parti-parti komponennya pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan Manek Urai pada 14 Julai ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan mewujudkan hanya satu pusat arahan itu sebahagian daripada pendekatan baru yang diambil oleh BN dalam menghadapi pilihan raya kecil. "Ini adalah supaya parti-parti dalam BN berada di bawah satu bumbung, supaya dapat menyelaras dan merangka strategi yang lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Alam Sekitar dan Penganugerahan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar di sini, hari ini.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Ismail Yaacob, 60, daripada Pas pada 22 Mei lalu. Penamaan calon ialah pada 6 Julai. Pada pilihan raya umum tahun lalu, Ismail mengalahkan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar, dengan majoriti 1,352 undi. Muhyiddin berkata, BN telahpun menggerakkan jenteranya untuk melihat dengan lebih dekat situasi pengundi di Manek Urai.


Ditanya mengenai calon BN bagi pilihan raya kecil itu, beliau berkata Umno sedang mengenal pasti calon kalangan anak tempatan yang paling layak. "Senarai itu masih lagi panjang. Belum (senarai) pendek lagi," katanya. - Bernama

Mustikaindah: Masih menunggu......... Cuma jangan terlalu lambat umumkan calon sebab kelewatan mengumumkan calon juga boleh menjadi isu yang akan dimainkan oleh pembangkang.

BN yakin peluang tawan Manek Urai

BERITA HARIAN ONLINE

BESTARI JAYA: Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, jika jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka melebihi 85 peratus. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata sekiranya ada pertandingan dalam erti kata sebenar iaitu pertemuan antara calon BN dengan pembangkang, jumlah pengundi yang keluar biasanya tidak kurang 70 peratus. Katanya, jika boleh, BN mahu lebih 85 peratus pengundi berdaftar di DUN Manek Urai keluar mengundi pada hari pengundian.


"Saya kira, peluang BN untuk menang lebih tinggi kalau yang keluar mengundi ramai," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei lalu yang menyaksikan hanya 46.15 peratus pengundi keluar mengundi, peratus paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini. Mukhriz berkata, berdasarkan pilihan raya kecil di Penanti itu, ia menunjukkan pembangkang tidak sehebat seperti digembar gemburkan.


Katanya, perkara itu tidak pelik kerana pemilihan dalam parti itu juga tidak sama dengan pemilihan dalam Umno yang mengekalkan proses demokrasi. "Kita ambil contoh pemilihan Pemuda Umno. Kita ada perwakilan seramai 800 orang, dalam Pas ada berapa. Dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) saya rasa tidak ada pemilihan, pakai lantik seperti itu saja. "Kononnya nak mempertahankan demokrasi tetapi dalam partinya sendiri tidak mengamalkan demokrasi seperti Umno dan parti komponen BN lain," katanya.



Beliau berkata, kempen pilihan raya di Manek Urai akan menggunakan pendekatan baru menggunakan pendekatan lebih berkesan dan pada masa sama rakyat akan dapat melihat bahawa BN serius ingin meningkatkan cara hidup rakyat.

Mustika:
harap BN dapat menawan kembali kawasan DUN Manek Urai

Kalau pada 2004, UMNO berjaya merampas DUN Manek Urai, tak mustahil sekiranya pilihan raya kecil kali ini, UMNO mampu merampas kembali DUN ini. Apa yang penting.............KERJASAMA (dipetik dari siri kartun) di antara pemimpin akar umbi sehinggalah ke pucuk pimpinan.

NASHARUDIN YANG TERUS DIHIMPIT


sumber: DEPAKATA

Dalam ucapannya semasa merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa menafikan dia cuba menggerakkan kerjasama PAS dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Menurut Ustaz Nasha, dakwaan itu adalah satu percubaan untuk memecah-belahkan parti.
Nasha menegaskan, kepimpinan parti tidak pernah membuat sebarang rancangan untuk menyertai PAS atau BN.

Kenyataan Nasha itu dilihat sebagai antara usaha terakhir bagi meraih sokongan kumpulan tertentu dalam PAS, yang sebelum ini mengkritik sikapnya yang dikatakan terlalu liberal terhadap usaha bekerjasama dengan UMNO/BN.

Kedudukan Nasha selaku Timbalan Presiden dicabar oleh dua tokoh lain, Datuk Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu.

Daripada segi pencalonan Nasha memang berada di hadapan, tetapi beberapa hari kebelakangan ini menyaksikan Husam pula bergerak ke hadapan.

Kebanyakan pemerhati sependapat, kalau Nasha menang jalan untuk PAS dan UMNO duduk semeja masih terbuka - tak kiralah berapa kali pun dia menafikan dakwaan bahawa dia berperanan dalam usaha mewujudkan muzakarah atau muqabalah itu.

Sebaliknya, kalau Husam menang, jalan itu dijangka akan tertutup. Kalau tak tertutup terus pun setidak-tidaknya untuk beberapa waktu.

Dan hanya masa, dan perwakilan PAS bakal menentukan di antara mereka, siapa yang makan siapa!

akpj

Mustikaindah: Adat lah.............. sekejap kita di atas, sekejap kita dibawah....... sekejap kita disenangi ramai.........dan sekejap kita dibenci........

Tapi betul ke orang kata kalau nak buat orang suka dan sayang memang susah........tapi nak buat orang benci boleh jadi dalam sekelip mata?

Biasalah....... pentas dunia

CHIN PENG WAJAR TIDAK DIBENARKAN PULANG KE MALAYSIA

Isu yang masih kedengaran sehingga hari ini, diberitakan setiap masa dan dibicarakan setiap detik ialah mengenai keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke negara ini. Ini berikutan tentangan dan bantahan rakyat yang tidak mahu pengganas dan bekas petualang negera itu menjejakkan kaki ke tanah air ini. Ada sebab dan musababnya kerajaan memutuskan begitu. Mengapa kita harus menyangkal tindakan kerajaan?

Mustika lahir pada tahun 1984, di mana kedamaian dan kemakmuran negara telah dicapai hasil dari perjuangan dan pengorbanan pemimpin dan pejuang negara terdahulu. Dan Mustika hanya mengetahui kisah komunis dari arwah nenek dan atuk serta dari buku-buku sejarah dan cerita guru di sekolah. Susah, sukar dan duka hidup di zaman komunis hanya mereka yang melalui nya sahaja yang mengetahuinya.... namun Mustika juga juga turut terpalit rasa dendam dan marah dengan tindak tanduk komunis yang melampau. Eloklah disokong keputusan kerajaan... jangan ada lagi yang membantah. Fikirlah perasaan mereka yang telah melalui zaman penguasaan komunis... dan Mustika percaya, tidak seorang pun dari mereka yang ingin Chin Peng kembali.

p/s: JANGAN JADI SEPERTI "MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT"