sumber:
DEPAKATA
Dalam ucapannya semasa merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa menafikan dia cuba menggerakkan kerjasama PAS dengan UMNO dan Barisan Nasional.
Menurut Ustaz Nasha, dakwaan itu adalah satu percubaan untuk memecah-belahkan parti.
Nasha menegaskan, kepimpinan parti tidak pernah membuat sebarang rancangan untuk menyertai PAS atau BN.
Kenyataan Nasha itu dilihat sebagai antara usaha terakhir bagi meraih sokongan kumpulan tertentu dalam PAS, yang sebelum ini mengkritik sikapnya yang dikatakan terlalu liberal terhadap usaha bekerjasama dengan UMNO/BN.
Kedudukan Nasha selaku Timbalan Presiden dicabar oleh dua tokoh lain, Datuk Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu.
Daripada segi pencalonan Nasha memang berada di hadapan, tetapi beberapa hari kebelakangan ini menyaksikan Husam pula bergerak ke hadapan.
Kebanyakan pemerhati sependapat, kalau Nasha menang jalan untuk PAS dan UMNO duduk semeja masih terbuka - tak kiralah berapa kali pun dia menafikan dakwaan bahawa dia berperanan dalam usaha mewujudkan muzakarah atau muqabalah itu.
Sebaliknya, kalau Husam menang, jalan itu dijangka akan tertutup. Kalau tak tertutup terus pun setidak-tidaknya untuk beberapa waktu.
Dan hanya masa, dan perwakilan PAS bakal menentukan di antara mereka, siapa yang makan siapa!
akpj
Mustikaindah: Adat lah.............. sekejap kita di atas, sekejap kita dibawah....... sekejap kita disenangi ramai.........dan sekejap kita dibenci........Tapi betul ke orang kata kalau nak buat orang suka dan sayang memang susah........tapi nak buat orang benci boleh jadi dalam sekelip mata?Biasalah....... pentas dunia
No comments:
Post a Comment