Wednesday, August 13, 2008

PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA: PKR JANGAN BERMIMPI DI SIANG HARI

Pakatan Rakyat Menuju Putrajaya..... Ayat ini terpampang pada poster PKR yang mempamerkan Anwar Ibrahim dengan senyum kambingnya bersama Wan Azizah yang Mustika nampak sejak perang poster bermula di Parlimen Permatang Pauh. Persoalannya sekarang, LAYAKKAH mereka? Wajarkah Mustika memberi pujian kepada mereka atas kehebatan cita-cita dan impian mereka? Jawapannya TIDAK!!!

Jangan harap mereka boleh menerajui Putrajaya jika belum setahun memerintah sudah nampak kepincangan nya, sudah terserlah ketidak matangan kepimpinan mereka dan sudah terobek hati dan perasaan orang Melayu. Wajarkah hak Melayu di jadikan bahan uji kaji bagi mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu? Jawapannya TIDAK!!!

Anwar orang Melayu, Khalid Ibrahim juga orang Melayu.... Sanggup mereka memperdagangkan nasib Melayu. Memang TIDAK BERHATI PERUT LANGSUNG!!!

PAS TERUS_TERUSAN JADI KUDA TUNGGANGAN PKR & DAP

gambar:http://pewarismelayu.blogspot.com/

Mustika: PAS sudah terus-terusan menjadi kuda tunggangan Parti KeAdilan dan juga DAP. Tatkala negara digegarkan dengan kenyataan MB Selangor bahawa kouta pelajar UiTM harus dibuka 10% kepada pelajar bukan Melayu, PAS cuma berdiam diri. Dulu isu babi juga PAS diam. Agaknya PAS takut dan gentar dengan PKR dan DAP. Yelah mereka sekarang bernaung di bawah Pakatan Rakyat yang diterajui PKR dan DAP. PAS diibaratkan "ditelan mati mak di luah mati bapak". Itulah...... UMNO ajak muzakarah, degil, TAK NAK!, sombong! Tengok sekarang apa jadi? PAS sudah terkunci mulut, tergadai maruah!

KENAPA KHALID KALUT?


oleh: Pewaris Melayu

Sakit hatinya saya apabila membaca Utusan Malaysia hari ini pada artikel bertajuk MB akui kerajaan negeri tiada hak. Kenapa si Khalid Ibrahim ni beria-ria sangat nak mempertahankan ideanya untuk membenarkan 10% pelajar bukan bumiputera ke dalam Uitm?

Berikut pandangan penulis:

1) Tahniah kepada pengundi Melayu kerana mengundi PKR pada PRU12 yang lepas.

2) Ini merupakan siri membalas jasa kepada pengundi Melayu selepas projek Kandang Babi Mega Teressa Kok.

3) Kerajaan PKR nampak sangat kerajaan boneka.
Khalid Ibrahim umpama lembu dicucuk hidung, boleh ditarik kesana dan kemari, lembu yang digunakan apabila hanya membajak sawah sahaja. Lepas padi dituai, orang lain yang makan.

4) Khalid Ibrahim sememangnya bukan pejuang Melayu, bukanlah pejuang yang mempertahankan hak dan keistimewaaan Melayu, tetapi Khalid adalah pejuang kesamarataan sama seperti Lim Kit Siang and Co.

5) Nampak sangatlah Khalid Ibrahim ni gila kuasa.

6) Tahniah kepada pelajar Uitm yang terus menyokong PKR dan PR walaupun busuk apabila dihidu.

__________________________________________________
Ini pulak pandangan Mustika:
1) Khalid dicucuk hidung oleh DSAI. DSAI bersekongkol dengan Kit Siang. Tak hairanlah beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu. Sebab kedua-dua pemimpin pembangkang inipun cakap je lebih.
2) PAS sudah hilang taringnya. Mereka sudah pekakkan telinga dan bisukan lidah. Takut dengan DSAI dan DAP
Mustika tidak mahu menyalahkan pengundi PRU yang lepas kerana mereka terpengaruh dan terpedaya dengan janji-janji manis yang ditabur oleh Pakatan Rakyat. Mustika harap kali ini pengundi di Permatang Pauh bijak menilai yang mana kaca yang mana intan. Jangan kesilapan lalu berulang kembali. Kepada pengundi Permatang Pauh, Mustika harap mereka fikir lah tentang masa depan anak cucu mereka, jangan silap membuat pilihan.

TAKTIK PUKUL BELAKANG DAN SERIBU MUKA DSAI: SATU PENDEDAHAN OLEH NALAKARUPAN DAN M. EZAM


oleh: PENGUNDI BIJAK

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 merupakan peluang kepada semua pengundi untuk menolak Pakatan Rakyat yang telah banyak menimbulkan masalah kepada landskap politik negara yang berteraskan Demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

Semakin jelas sekarang Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Parti KeAdilan Rakyat menggunakan taktik menghasut dan pecah belah serta 'talam dua muka' bagi meraih sokongan pengundi India, Cina dan Melayu.

Yang terbaru ialah pengumuman Setiausaha Agong PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membuka pintu UiTM kepada pelajar-pelajar India dan China dengan memberi kouta kemasukan sebanyak 10% hanya atas dasar mahu melihat wujudnya persaingan yang sihat dikalangan pelajar-pelajar Melayu.

Pengumuman ini yang mendapat arahan daripada Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi di Permatang Pauh walhal kedua-dua pemimpin PKR tadi memang telah menelah lebih awal bahawa kenyataan tersebut akan mengundang kemarahan seluruh masyarakat Melayu.

Sebagai pemimpin Melayu dan bekas Timbalan Perdana Menteri serta bekas korporat yang memainkan peranan cukup penting memajukan ekonomi orang-orang Melayu melalui PNB seketika dahulu, orang Melayu percaya hati kecil mereka tidak mengizinkan UiTM itu dibuka kepada orang-orang bukan Bumiputera, bak kata pepatah Inggeris "blood is thicker than water". Tetapi politik 'talam dua muka' mereka atau politik 'seribu muka', kata orang Sabah menghalalkan mereka membuat pembohongan kepada orang-orang bukan Melayu semata-mata untuk menggambarkan bahawa Parti Keadilan Rakyat itu berjuang untuk semua rakyat Malaysia sesuai dengan sifat multi-racial nya konon.

Bagi pengundi Cina dan India, mereka perlu ingat dan sedar bahawa pemimpin PKR khususnya DSAI pernah mengeluarkan kata-kata bahawa beliau akan melenyapkan bunyi loceng kuil dalam peristiwa pergaduhan di Kampung Medan semata-mata untuk memartabatkan dirinya sebagai juara orang Islam.

Yang terbaru seperti didedahkan oleh Dato' Nalakurapan dalam Majlis Membongkar Rahsia Anwar pada malam tadi 12 Ogos 2008 di Permatang Pauh, DSAI sedang sibuk menjaja dirinya dikalangan pengundi-pengundi India di Permatang Pauh sebagai watak Sibaji yang masyhur dalam filem-filem Tamil bagi menarik sokongan pengundi India. Kata Nalakurapan lagi, kalau Tan Sri P. Ramlee masih hidup beliau akan mati terkejut kerana Anwar meniru wataknya ini.

Taktik 'pintu belakang' ini adalah diluar tabii dan itulah yang selalu diamalkan dan akan terus diamalkan oleh DSAI. Sesungguhnya, ia merbahaya kepada masyarakat berbilang kaum dan Negara. Seluruh pengundi Permatang Pauh wajib menolaknya. Gunakan peluang 26 Ogos ini untuk meleburkan PKR.

KETUANAN DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU...


TAN SRI KHALID KATA : ''UiTM perlu bersikap global dalam usaha untuk menentukan siswazahnya lebih mesra dan serasi dengan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa agar dapat bersaing secara sihat"Tan Sri Muhammad
Muhd. Taib PULAK KATA :
“Inilah (orang) yang dikatakan mahu membantu orang Melayu, mahu memperjuangkan orang Melayu... kalau boleh mahu bahagi-bahagikan semua yang ada. “PKR sebenarnya bukan parti Melayu tetapi parti berbilang kaum. Pemimpinnya tidak ada hak memperjuangkan orang Melayu.“Sebab itulah dia membuat cadangan ini dan berita ini pasti akan menggembirakan orang Melayu yang telah mengundi mereka... terimalah hadiah ini,”

Penulis KATA :Tan Sri Khalid nampak gayanya memang nak gadaikan segala keistimewaan hak orang Melayu di negara ni nampak gayanya. Itu pasal PKR tak pernah setuju dengan konsep Ketuanan Melayu. Apa yang mereka perjuangkan ialah kononnya kesamarataan hak rakyat dan tidak semestinya semuanya di bolot Melayu.

Konsep ketuanan Melayu sebenarnya adalah satu konsep yang cukup mudah untuk difahami tetapi telah disalah tafsirkan oleh kebanyakan pihak. Ianya umpama, benda yang halal, dipakaikan dengan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya...maka ianya nampak seperti haram. Begitu juga dengan konsep Ketuanan Melayu ini. Ada pihak mentafsirnya sebagai dominasi Melayu. Ianya silap serta lari dari konsep.

Di Malaysia tidak ada dominasi mana-mana pihak. Tidak ada dominasi Melayu, tidak ada dominasi Cina, tidak ada dominasi India atau mana kaum di sini.

Sebelum kehadiran etnik-etnik lain ke Tanah Melayu, ada satu etnik majoriti yang menduduki, menjaga, mengusahakan, mentadbir tempat ini. Namanya MELAYU! Oleh kerana pentadbirannya dijaga dan diusahakan oleh orang MELAYU, maka tempat ini (Tanah Melayu), dulunya berpenghuni dan dan juga berTUAN. Tuannnya pula bernama ORANG MELAYU. Oleh itu, kenapa susah sangat nak faham konsep KETUANAN MELAYU.

Kemudian tibalah orang-orang Cina dari Tanah Besar dan orang India dari semenanjung India untuk berkhidmat dan bekerja di sini. Orang Melayu ni, pemurah, dia bagi etnik-etnik lain masuk ke tempatnya untuk bekerja dan mencari rezeki. Kemudian, bagi pulak hak kerakyatan menjadi warganegara kekal di sini.

Sekarang, penduduk Tanah Melayu bertambah ramai, ekonomi bertambah makmur, politik kejap ok, kejap merapu. Di sini lah bermulanya pertikaian hak-hak masing, dan orang Melayu mahu mengisytiharkan hak-hak istimewanya jangan diganggu gugat. Orang Cina pun mahukan hak, orang India pun mahukan hak.

Perlu diingatkan di sini, etnik-etnik luar yang datang ke nagara ini, kemudian menjadi warganegara di sini adalah etnik serpihan dari keseluruhan rakyat di Tanah Melayu. The originality is still Malays. Sebab itu kita sebut KETUANAN MELAYU dan orang Melayu punya hak dan keistimewaan yang harus dipertahankan.Kemudian muncul pertikaian yang mengatakan hak-hak istimewa seperti ini menonjolkan dominasi Melayu. Dominasi apa?

Kalau dominasi, masyarakat serpihan lansung tidak boleh bersuara dan tiada apa-apa hak untuk dipertikaikan. Masyarakat lain turut punya hak yang diberi oleh Tuan punya tempat. Nak lihat dominasi sebenar? Pergilah ke negara jiran kita Indonesia, ada cina dia nak sibuk-sibuk buat bising...silap-silap haribulan kena penggal kepala...Apa yang dikecewakan, perkara-perkara berbangkit ini dibisingkan oleh Orang Melayu itu sendiri. Kenapa? Kerana dia sendiri tidak memahami konsep KETUANAN MELAYU.

Tan Sri Khalid nak buka 10% kuota pada bangsa asing untuk masuk UITM. UITM itu jelas menunjukkan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Dengan membenarkan kuota tersebut, Tan Sri telah mengangkat kedudukan masyarakat serpihan sama seperti Tuannya. Ini sudah salah konsep.

Sama juga kalau kita samakan hak-hak masyarakat di seluruh Malaysia, ini menunjukkan bahawa kita sudah merendahkan kedudukan Tuan punya tempat dengan masyarakat serpihan. Orang Melayu dengan rela dan bermurah hati untuk membenarkan kaum-kaum lain bersama-sama mencari rezeki di sini. Oleh yang demikian, janganlah dipertikaikan kuasa dan hak-hak empunya tempat asal ini. Penulisan kali ini bukanlah berniat dan bertujuan untuk membangkitkan isu-isu perkauman, Des menghormati rakan-rakan yang berlainan bangsa yang faham dengan konsep KETUANAN MELAYU secara amnya, terima kasih.

Perkataan "masyarakat dan etnik serpihan" bukanlah bermakna bangsa-bangsa lain seolah-olah seperti sampah di tepi jalan, ianya hanya satu konsep yang boleh dipakai guna di dalam negara yang dulunya mempunyai penghuni asal dan kemudian muncul masyarakat lain dan bergabung menjadi satu komuniti yang besar.

Mustika KATA: Sudah terang lagi bersuluh PKR cuba melenyapkan Melayu di muka bumi ini. Kalau sekarang hak dan keistimewaan orang Melayu sudah mula diperdagangkan, sudah pasti suatu hari nanti jika PKR memerintah (jika lah), orang Melayu akan 'meminta sedekah' di bumi sendiri. Kata-kata Hang Tuah, pahlawan Melayu yang masyhur bahawa "takkan Melayu hilang di dunia" tidak akan membawa makna dan akan hanyut di bawa arus kekejaman PKR dan DSAI khususnya.