Tuesday, May 06, 2008

ALAHAI PEMBANGKANG............

Apabila sidang dewan rakyat sudah melepasi setengah hari, mustika menganggap terlalu banyak yang ingin di kongsi bersama. Namun memandangkan masa tidak mengizinkan, mustika hanya ingin 'membentangkan' secebis pandangan sahaja..... Ada dikalangan ahli dewan yang tidak begitu fasih berbahasa melayu. Apabila isu bahasa diketengahkan, rakan-rakan mustika juga bersetuju. Isu bahasa melayu bukan lah isu baru, namun sebagai bahasa pengantar di dalam dewan, mengapa bahasa ini tidak di kuasai dengan baik oleh ahli dewan?

Lim kit siang sepatutnya belajar bagaimana menghormati ahli dewan. Sikap emosional beliau perlu dikawal. Janganlah terlalu mengikut perasaan sehinggakan adab susila dan tertib serta peraturan dewan juga dilupakan. Lim kit siang dilihat terlalu suka dan gemar melemparkan tuduhan kepada pihak lain. Mustika lihat beliau cuma ingin menjadikan dewan sebagai persada pertelingkahan dan perbalahan. Sikap ego dan berlagak 'hero' ini menjadi sudah menjadi trend beliau. Mungkin inilah dia lambang kepimpinan lim kit siang.......

Apa yang mustika lihat, jawapan demi jawapan diberikan kepada pihak pembangkang, pelbagai penjelasan telah diberikan, namun apa yang mustika tidak faham, kenapa pembangkang mesti mengulangi soalan-soalan tersebut berulang kali? Mereka tak faham agaknya...... Atau mereka memang tidak peka dengan jawapan yang diberikan sebab itulah soalan berulang-ulang.

Adakah dewan rakyat ini merupakan medan pembangkang untuk menyampaikan rasa tidak puas hati dan kecewa terhadap kerajaan kerana pernah menerima 'hukuman' daripada kerajaan? Pembangkang yang hadir hari ini mustika kaji, lebih suka berucap panjang dan cuba memberi syarahan kepada ahli dewan... Mungkin kempunan nak jadi pensyarah agaknya...... Tetapi sayang, salah tempat rupanya.....

SYABAS KEMENTERIAN PENERANGAN

Hari ini dengan cuaca yang cerah telah memberikan inspirasi kepada mustika untuk mencoretkan sedikit pendapat dan pandangan tentang apa yang berlaku di parlimen pagi ini. Apabila dato' seri fong chan onn (alor gajah) bangun untuk mengemukakan soalan kepada y.b menteri penerangan, mustika tidak sabar dan tertunggu-tunggu untuk melihat Y.B Menteri Penerangan 'beraksi' di dalam dewan. Mustika begitu berminat untuk mendengar jawapan dan penjelasan olehY.B Menteri memandangkan mustika juga merupakan salah seorang pemilik blog dan peminat blog.

Dengan tenang Y.B Menteri Penerangan menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Rancangan 'bersama media' yang disiarkan rtm 1 berjaya meraih rating yang tinggi iaitu lebih kurang 340,000 penonton. Manakala rancangan 'blog' yang disiarkan setiap ahad berjaya mencapai rating 200,000 penonton. Syabas kepada Kementerian Penerangan. Di Malaysia, lebih kurang 14 juta orang melayari blog dan ada pendapat mengatakan lebih kurang 500,000 blog yang telah wujud di Malaysia. Maka kewujudan blog sebagai wadah pengantar dan penyalur maklumat adalah rasional. Tidak sia-sia rasanya kedua-dua rancangan ini disiarkan. Selain memberi peluang kepada wakil media dan blogger memberikan pendapat, menjawab soalan dan 'meluahkan' isi hati, mustika juga fikir ini adalah gelanggang sebenar mereka kerana rancangan ini berlangsung secara lansung di televisyen... Mereka yang dijemput adalah golongan 'kritikal' terhadap blog (taksub). YB Menteri Penerangan menjelaskan bahawa beliau ada berjumpa dengan bloggers bagi mengetahui pandangan-pandangan mereka, apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai dikeluarkan di dalam blog, samada bercanggah dengan undang-undang atau melibatkan akta hasutan.
Usaha YB Menteri Penerangan ini menunjukkan kesungguhan kerajaan menangkis pendapat sesetengan pihak bahawa kerajaan ingin menyekat dan ingin membataskan lontaran idea pihak media dan bloggers. Ada ahli dewan yang bangun dan mengucapkan tahniah kepada YB Menteri Penerangan mengenai kejayaan menganjurkan program 'bersama media' dan 'blog' melalui rtm dan memberi pandangan supaya rancangan 'blog' selama 30 minit itu dipanjangkan, memandangkan masa yang diperuntukkan terlalu singkat dan tidak cukup. Ini menunjukkan bahawa penonton amat berminat dengan rancangan tersebut.
Apa yang mustika dapat simpulkan di sini, kementerian penerangan telah membuktikan sikap keterbukaan kerajaan telah dlaksanakan dan tiada istilah media dan bloggers dikongkong lagi. Syabas buat Kementerian Penerangan.......

UMNO AMBIL KIRA SOKONGAN BN

(UTUSAN ONLINE)

KUALA LUMPUR 5 Mei - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, parti itu akan terus berpegang kepada prinsip perjuangan asasnya membela nasib orang Melayu di negara ini, di samping mengambil kira sokongan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.
Tambahnya, setiap parti mempunyai agenda tersendiri dalam memperjuangkan nasib kaum mereka tetapi pada masa yang sama, gerakan atau matlamat mereka tidak seharusnya dilihat sebagai menakut-nakutkan mana-mana pihak.
"Usaha untuk membela kaum masing-masing akan diteruskan, tetapi pada masa yang sama, perjuangan atau pergerakan setiap parti itu janganlah sehingga rakan-rakan daripada komponen BN yang lain melihat ia (perjuangan) sebagai menakut-nakutkan mereka dan tidak mendapat sokongan mereka," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat semalam yang berkata, MCA selaku parti komponen kedua terbesar dalam BN perlu berubah daripada segi penampilannya dan mengamalkan pendekatan yang lebih bersifat pelbagai kaum agar tidak menghadapi risiko terpadam daripada landskap politik nasional.
Kata Hishammuddin, beliau menyokong kenyataan Tee Keat itu dan melihat ia satu langkah jangka panjang MCA dalam memperjuangkan nasib rakyat negara ini.
Tambahnya, beliau turut melihat pandangan Menteri Pengangkutan itu sejajar kehendak rakyat yang ditunjukkan menerusi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.
"Kenyataan Tee Keat itu sungguh berani dan saya mengalu-alukannya. Saya melihat pendirian beliau (Tee Keat) sebagai satu perkara yang mendengar suara serta pandangan rakyat yang mahukan pembaharuan," ujarnya.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, Pemuda UMNO turut memikirkan perjuangan parti dalam konteks yang sama dan ia juga perlu disokong oleh kaum-kaum lain di negara ini.
"Kita perlu meyakinkan orang ramai bahawa perjuangan asas kita tidak akan lari daripada matlamat asal tetapi pada masa yang sama perjuangan ini perlu melibatkan semua kaum di negara ini.
"Hanya BN mempunyai jalinan terpuji untuk memastikan ia dapat dipertahankan dan sampai kepada golongan yang disasarkan dan pada masa yang sama boleh diterima oleh semua parti," katanya.