Wednesday, June 17, 2009

Nik Aziz minta Nasharuddin lepas jawatan

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan. "Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda Pas mahupun dalam kertas pakatan pembangkang. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Katanya, cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam Pas serta pakatan pembangkang.

Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan Pas berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini. Perdana Menteri berkata, beliau mengamalkan sikap terbuka dan sedia mendengar serta menimbang apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh Pas.

Sebagai reaksi, Nasharuddin berkata, Pas berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana Pas di Kelantan menerimanya sebagai calon untuk bertanding di Bachok pada pilihan raya umum 2008. Katanya, Pas dan pakatan pembangkang kini sudah masuk perangkap Umno berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka. "Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana Pas sedang berpecah dan pakatan pembangkang sedang berpecah," katanya.

Beliau juga berkata, jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada pakatan pembangkang untuk jawatan menteri. "Kalau semua setuju...Pas jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya. - Bernama

Sumber: Berita Harian Online


Mustikaindah: Nik Aziz mengatakan bahawa cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam Pas serta pakatan pembangkang.

Mustika dapat melihat berlaku pergeseran dan percanggahan pendapat dikalangan pemimpin PAS. Siapa benar dan siapa salah bukan persoalannya. Kesimpulan yang dapat Mustika gambarkan dari kenyataan Nik Aziz ini ialah Mursyidul Am PAS ini tidak mahu bermuzakarah dan menjalinkan hubungan baik dengan UMNO. Apa salahnya turunkan sedikit tahap keegoan tu dan cuba dengar pendapat orang lain. Tindakan Nasaruddin tidak salah di mata Mustika. Cuma dia perlu berani mempertahankan pendapat dan pendiriannya. Jangan hangat-hangat tahi ayam saje.

Nizar nafi tindakannya di Parlimen dirancang (BETUL KE????)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan kelakuannya di Dewan Rakyat Isnin lalu adalah dirancang. Beliau berkata, ia adalah secara spontan kerana kecewa dengan kemelut politik yang berlaku di Perak, ketika ini. Nizar berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. (Berita Harian Online).

AHLI Parlimen pembangkang (dari kiri), Nyeh Koo Ham, Nga Kor Ming dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar: Bharian Online)


Mustikaindah: Iya ke tak dirancang? Kalau betul tak dirancang, macam mane kain pelilit kepala bertulis "BUBAR DUN" boleh ada masa tu? Macam mana pula mereka boleh bawa beg bimbit yang bercetak "BUBAR DUN"? Mana mungkin??????
Mana mungkin perkara tersebut (Tindakan Nizar) boleh dianggap spontan? Mesti dari awal-alaw lagi dah prepare. Nizar keluarkan kenyataan macam ni sebab die takut sebenarnya...... Takut kene hentam lagi sebab buat tindakan bodoh hari tu.

Kerajaan perpaduan: Pas mahu PKR, DAP diajak berbincang

KUALA LUMPUR: Pas sedia berbincang dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) berhubung penubuhan kerajaan perpaduan dengan syarat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menyertai perbincangan itu. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, berkata sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan berbincang dengan DAP atau PKR, Pas akan menolak mengadakan perbincangan dengan Umno-BN mengenai cadangan itu (Bharian Online).


Mustikaindah: Isu berbincang atau bermuzakarah telah lama kedengaran. Namun ia ibarat angin lalu yang tidak sempat singgah ke cuping telinga kita. Mana mungkin proses ini boleh berjaya dan boleh direalisasikan jika hanya satu pihak sahaja yang bersungguh sedangkan pihak yang satu lagi tidak habis-habis berdolak dalih.

Buntu fikiran Mustika apabila memikirkan kenapa PAS sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR yang secara nyata dan jelas cuba menjatuhkan agenda Melayu (kata teman Mustika) . UMNO sedaya upaya cuba memberikan khidmat yang terbaik dengan menjaga kepentingan Melayu dan negara amnya tetapi melihatkan pemimpin PAS yang ego dan degil hati Mustika seolah-olah dihiris belati tajam. Sakitnya hati bila mengetahui pemimpin yang mengaku "membangun bersama Islam", berkopiah putih dan bersongkok, kononnya menjaga kepentingan Melayu dan berpaksikan Islam sebagai senjata pertarungan politik, sanggup bermusuh dengan pemimpin Melayu dan sanggup pula 'tidur sekatil' dan 'makan sepinggan' dengan DAP dan PKR.

Apa yang diperjuangkan PAS sebenarnya???????????