Thursday, August 14, 2008

HUBUNGAN PAS, PKR DAN DAP 'TERSIMPUL MATI'

IPOH 14 Ogos - Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan tetap bersama pakatan pembangkang sambil menyifatkan hubungan Pas dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP telah 'tersimpul mati'.

Katanya, Pas tidak mahu berpisah daripada gabungan pembangkang itu sebaliknya segala masalah yang tercetus dalam pakatan pembangkang akan diselesaikan menerusi konsep musyawarah.

Beliau berkata, kemenangan yang diperoleh Pas semasa pilihan raya umum baru-baru ini adalah atas nama pakatan pembangkang dan kerjasama tersebut akan berterusan sampai bila-bila.
Mohamad berkata demikian semasa merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-48 di sini, hari ini. - Utusan

******************************************************

MUSTIKA: Inilah contoh pemimpin tak sedar diri. Orang dah buat macam-macam pun masih nak menangkan lagi. Mustika percaya jauh di sudut hati pemimpin ini tidak membenarkan dan mengizinkan segala pelakuan kurang ajar dan melampaui batas DAP dan PKR tetapi apakan daya, hubungan mereka sudah 'tersimpul mati', sudah tidak boleh dipisahkan lagi. Kasihan...........

Pemuda PAS juga telah menyarankan supaya jangan terlalu taksub dengan Anwar. Nampaknya ada kepincangan dan perbezaan pendapat antara Pemuda PAS dan juga Naib Presiden PAS sendiri. Apa sudah jadi?

KATAKAN TAK NAK PADA PAKATAN RAKYAT

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

ANWAR DALANG DISEBALIK FORUM ANJURAN MAJLIS PEGUAM?

gambar: http://anginperubahan.blogspot.com/

MENYOKONG forum: Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng
MENENTANG forum : Salahuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS) dan Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen PKR, Kulim Bandar Bharu)
Adakah Anwar sudah terdesak untuk mendapatkan undi daripada bukan Melayu hingga sanggup menyokong penganjuran forum tersebut? ANWAR NAMPAKNYA SUDAH KETERLALUAN.
Ditambah lagi dengan isu kouta 10% untuk pelajar bukan Melayu di UiTM yang diumumkan Khalid... Sudah tentu Anwar yang suruh. Yelah nak menarik pengundi bukan Melayu mengundi Anwar... Anwar guna 'jalan belakang' yang menjerat dirinya sendiri.

ARIFF SHAH VS ANWAR IBRAHIM

gambar:http://pilihan-anda.blogspot.com/

Mustika: Tengah melayari blog pagi ini terjumpa poster ini.

Malam tadi (13 Ogos 2008), Mustika berkesempatan mengikuti pengumuman nama calon yang akan bertanding menentang Anwar di Sunway Carnival Convention Centre, Pulau Pinang. Antara yang hadir selain pemimpin Parti Komponen BN, juga turut hadir adalah penyokong-penyokong BN yang boleh dianggarkan lebih 2500 orang yang hadir, itu belum campur yang ada diluar dewan lagi. Penyokong bukan sahaja orang Melayu, tetapi juga Cina dan juga India.

Apabila nama Dato' Ariff Shah diumumkan oleh Dato' Seri Najib sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh, suasana dewan menjadi gamat dengan sorakan gembira dan tepukan gemuruh dari penyokong-penyokong BN. Ada seorang penyokong yang sudah Mustika agak umurnya awal 50-an, memberitahu Mustika bahawa Ariff Shah merupakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab, sentiasa mesra dengan rakyat, berhati mulia dan macam-macam lagi sifat mulia yang ada pada seorang pemimpin, ada pada Ariff Shah.

Melihatkan kepada sambutan yang diberikan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Ariff Shah, sudah tentu pemimpin ini mampu menandingi Anwar. Kehebatannya terserlah dan sikap kepimpinan beliau juga mampu menawan hati pengundi di Permatang Pauh.

Kepada Ariff Shah, SELAMAT BERJUANG. Usah gentar dan TERUSKAN PERJUANGAN....

Semalam juga Mustika tabik pada Najib kerana dalam ucapan beliau sebelum pengumuman nama calon, Anwar bukan sebagai topik utama. Cuma sekadar menyatakan bahawa jika seorang isteri berkorban untuk suaminya dengan melepaskan jawatan dan kerusi yang dipegang, itu adalah hak peribadi mereka. Usah kita campur. Memang Mustika tabik spring pada Najib. Gentleman orangnya.... Satu lagi pesan Najib agar semua rakyat bersatu padu dan mengekalkan perpaduan yang ada agar benteng pertahanan kita tidak mudah dicerobohi mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.