Thursday, August 14, 2008

HUBUNGAN PAS, PKR DAN DAP 'TERSIMPUL MATI'

IPOH 14 Ogos - Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan tetap bersama pakatan pembangkang sambil menyifatkan hubungan Pas dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP telah 'tersimpul mati'.

Katanya, Pas tidak mahu berpisah daripada gabungan pembangkang itu sebaliknya segala masalah yang tercetus dalam pakatan pembangkang akan diselesaikan menerusi konsep musyawarah.

Beliau berkata, kemenangan yang diperoleh Pas semasa pilihan raya umum baru-baru ini adalah atas nama pakatan pembangkang dan kerjasama tersebut akan berterusan sampai bila-bila.
Mohamad berkata demikian semasa merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-48 di sini, hari ini. - Utusan

******************************************************

MUSTIKA: Inilah contoh pemimpin tak sedar diri. Orang dah buat macam-macam pun masih nak menangkan lagi. Mustika percaya jauh di sudut hati pemimpin ini tidak membenarkan dan mengizinkan segala pelakuan kurang ajar dan melampaui batas DAP dan PKR tetapi apakan daya, hubungan mereka sudah 'tersimpul mati', sudah tidak boleh dipisahkan lagi. Kasihan...........

Pemuda PAS juga telah menyarankan supaya jangan terlalu taksub dengan Anwar. Nampaknya ada kepincangan dan perbezaan pendapat antara Pemuda PAS dan juga Naib Presiden PAS sendiri. Apa sudah jadi?

No comments: