Wednesday, May 14, 2008

SESI PARLIMEN RABU RANCAK

Mood persidangan pada hari ini agak menarik terutamanya pada sesi petang. Persidangan agak rancak dengan kehadiran TPM yang dapat menangkis tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang. Begitu juga dengan MP Kota Tinggi, Menteri Dalam Negeri yang dapat mematahkan sindiran-sindiran yang dibuat oleh pembangkang. Akhir sekali MP Sembrong Menteri Pelajaran yang telah membuat pelbagai penjelasan dalam segala aspek pendidikan.

OLEH: PANEL

KEMENTERIAN PELAJARAN PRAGMATIK DAN REALISTIK

MP Sembrong (Menteri Pelajaran) dalam sesi soal jawab telah memberi penjelasan yang panjang lebar mengenai aktiviti-aktiviti kementerian dalam proses membangunkan pelajaran di negara ini. Segala pendekatan adalah realistik dan pragmatik. Kos yang terlibat adalah tinggi dan ini meliputi pembangunan pelajaran bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak. Di Sabah sahaja, RMK-9 akan membelanjakan RM3.4 billion untuk lebih dari 3000 projek.

Buat seketika penjelasan menteri berjalan dengan lancar dengan beberapa MP Pembangkang mencelah termasuk MP Machang dan MP Sungai Siput.

MP Bukit Mertajam menimbulkan isu di luar perkara yang dibincangkan iaitu isu keris. Dewan menjadi gamat seketika tetapi selepas itu pembangkang kembali semula dengan soalan-soalan yang berkaitan. MP Bukit Mertajam cuba mengeksploitasi keadaan di samping ingin menarik perhatian pembangkang-pembangkang lain tentang isu keris tetapi respons rakan-rakan pembangkangnya agak dingin. MP ini juga menimbulkan isu yang tidak relevan iaitu dana digunakan untuk F1 Sepang dan Orkestra Philharmonik Petronas. Semasa perbahasan Menteri berkenaan, beliau cuba mengambil kesempatan untuk mempolitikkan perbahasan malangnya tidak mendapat sambutan.

Menteri juga telah menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh MP Machang, MP Bukit Mertajam berkaitan isu keciciran murid dan kedudukan SRJK (C) dengan jelasnya. Beliau juga memaklumkan mengenai permintaan berkaitan SRJK (C) Damansara. Kriteria untuk membuka sekolah ini mesti memenuhi kriteria termasuklah keluasan kawasan dan juga faktor keseimbangan penduduk setempat. Kini alternatif sekolah ini di tempatkan di kawasan tropika di Petaling Jaya.

MP Batu masih tidak berpuas hati pada penjelasan menteri berkaitan dengan SRJK (C) Damansara. Menteri mengatakan bahawa pembukaan mana-mana sekolah mengambil kira semua faktor terutamanya keluasan kawasan dan keselesaan pejalar-pelajar.

Sikap MP Mertajam yang suka mengulangi isu SRJK (c) Damansara bertujuan untuk mendapatkan publisiti murah. Ahli dewan tidak langsung menunjukkan minat terhadap isu tersebut.


OLEH: PANEL.

KES SUDAH SELESAILAH....

Kes Raja Petra yang di tahan atas dakwaan menghasut dibawa ke gelanggang dewan sekali lagi. Raja petra diberi pilihan untuk diikat jamin tetapi beliau enggan dan memilih untuk ditahan di dalam lokap Sungai Buloh. Tuduhan pembangkang bahawa Polis bertindak melulu tidak wajar. Menteri berkenaan menerangkan bahawa polis telah bertindak mengikut landasan undang-undang yang betul dan wajar. Polis bertindak berdasarkan kepada laporan yang telah dibuat oleh satu-satu pihak dan bukannya bertujuan mengambil tindakan memulu. Namun kes Raja Petra ini telah pun selesai dan tidak seharusnya dibawa ke dalam gelanggang perbahasan kerana Raja Petra telah dibebaskan tanpa sebarang 'kesan'. Polis hanya menjalankan tanggungjawab mereka dan ternyata tindakan polis ini betul.

Pembangkang cuba memainkan isu ini untuk bertujuan mengapi-apikan dan menghasut rakyat yang tidak tahu perkara sebenar. Harap MP Pembangkang dapat mencari isu lain kerana isu ini sudah 'basi'.

ISU ISA DIPERJELASKAN

MP Padang Serai, MP Permatang Pauh, MP Pasir Mas membangkitkan isu ISA. Menteri berkenaan membuat penjelasan bahawa buat masa ini kerajaan masih belum bercadang untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Apabila ada MP Pembangkang membangkitkan isu Utayakumar yang ditahan dibawah ISA, tidak diberi keadilan yang sewajarnya, Menteri telah menghuraikan bahawa kerajaan telah memberikan keadilan yang sepenuhnya kepada Utayakumar. Dalam hal Utayakumar yang tidak ingin dihantar dan dirawat di salah sebuah pusat perubatan di Pulau Pinang, menteri menjelaskan bahawa pada mulanya kerajaan dan Utayakumar sendiri bersetuju untuk menghantar beliau ke pusat perubatan di Pulau Mutiara intu, tetapi tiba pada tarikh tersebut beliau enggan dan menolak serta meminta untuk di hantar ke IJN di Kuala Lumpur. Beliau juga meminta supaya keluarganya menemani setiap hari. Menteri menyatakan bahawa undang-undang menetapkan 1 jam seminggu untuk berjumpa dengan orang luar. Menteri memberi kelonggaran dan membenarkan tahanan berjumpa dengan ahli keluarga padahal ini tidak ada dalam undang-undang. Malah menteri juga memebritahu ahli dewan bahawa tidak ada undang-undang di bawah ISA yang membolehkan tahanan ditempatkan di tempat-tempat lain @ rumah sendiri melainkan tempat yang telah digazetkan sebagai tempat tahanan. Namun hal ini lah cuba diputar belitkan oleh ahli MP Pembangkang.

MP Padang Serai (PKR) mendakwa pegawai penguasa telah menyalah gunakan kuasa apabila menahan beliau tanpa sebab yang munasabah dan mendakwa pegawai terbabit telah melakukan kesalahan salah laku. Dalam hal ini, Menteri menyarankankan MP Padang Serai supaya memfailkan tuntutan undang-undang dan keadilan jika merasakan bahawa beliau teraniaya.

Mengenai isu HINDRAF, Menteri menerangkan bahawa kumpulan tersebut tidak berdaftar dan ditubuhkan secara haram. Tujuan utama HINDRAF adalah meniupkan sentimen perkauman yang boleh menggugat keselamatan awam dan negara. Malah ada bukti menyatakan bahawa dalam setiap ucapan dan kenyataan pemimpin-pemimpin mereka, memang terdapat kenyataan dan hujah-hujah yang cuba mencetuskan perbalahan antara kaum.Menteri menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan menghalang mana-mana pihak atau kaum untuk mempertahankan hak kaum mereka tetapi mestilah mengikut peraturan dan saluran yang betul.

MP Pembangkang sepatutnya mengkaji dan membuat kenyataan yang berasaskan bukti yang kukuh bukannya dakwaan yang tidak benar yang boleh dianggap sebagai fitnah.

MENTERI PROAKTIF

MP Wangsa Maju (PKR) dan MP Titiwangsa (PAS) menimbulkan isu pendatang tanpa izin yang berselerak di bandar-bandar seperti di Kuala Lumpur. MP Titiwangsa memberitahu bahawa penjaja-penjaja kecil di kawasan beliau sudah diambil alih oleh PATI. MP Kota Tinggi (Menteri) memaklumkan kepada dewan bahawa pasukan keselamatan terdiri daripada pihak polis, Rela dan Imigresen secara kerjasama telah mengambil tindakan-tindakan yang sepatutnya. Beliau juga memaklumkan bahawa wujudnya PATI di tempat-tempat yang telah disebut adalah disebabkan oleh faktor kita sendiri. Penjaja-penjaja tempatan yang membuka ruang untuk PATI mengambil alih perniagaan kecil mereka.

MP Padang Serai (PKR) meminta Kementerian terbabit mengambil tindakan terhadap persekitaran Kem Kemunting. Beliau mendakwa bahawa persekitarannya agak kotor, semak samun dan menjadi tempat nyamuk membiak. Menteri mengucapkan terima kasih kepada MP Padang Serai kerana rajin melawat kawasan dan memaklumkan kepada beliau.


oleh: Panel

MP PEKAN MEMPERJELASKAN

Dalam sesi soal jawab yang melibatkan Kementerian Pertahanan, MP Pekan (TPM) telah memberi penjelasan secara mendalam perkara mengenai pembelian kapal selam, pesawat sukoi dan juga kapal perang. Beliau telah memaklumkan dengan terperinci tentang proses memperolehi perkara-perkara yang disebut. Namun semasa penjelasan dibuat, beberapa ahli pembangkang cuba mencelah terutamanya MP Permatang Pauh, MP Ipoh Timur, MP Gombak, MP Padang Serai dan MP Pokok Sena. Mereka ini menggunakan taktik lazim untuk mengelirukan ahli dewan. Terdapat juga MP ahli-ahli BN yang tidak bersetuju dengan sikap pembangkang kerana tidak mahu menerima penjelasan TPM. Mereka ialah MP Rembau, MP Kinabantangan, MP Batu Pahat dan lain-lain lagi.

Berkaitan dengan isu ini juga, MP Ipoh Timur meminta supaya satu suruhanjaya diwujudkan untuk meneliti pembelian-pembelian senjata ini bertujuan untuk membersihkan nama MP Pekan termasuk juga berkaitan dengan AlTantuya tetapi ini tidak mendapat apa-apa respon daripada ahli dewan. TPM telah berhujah dengan penuh keyakinan bahawa beliau tidak pernah pada bila-bila masa mengenali Altantuya seperti yang telah direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memburukkan imej beliau. Beliau bertugas sebagai pemimpin tertinggi Malaysia demi kepentingan negara.

MP Batu Gajah juga telah meminta supaya penyertaan PLKN tidak diwajibkan. Beliau berpendapat bahawa kebelakangan ini ada berlaku kematian dan beliau dengan nada tinggi meminta dewan agar program ini dihentikan. MP Batu senada dengan MP Batu Gajah. beliau meminta kerajaan menccari alternatif kepada program ini. Beliau kononnya cuba menumpu kepada perasaan dan kecurigaan keluarga apabila anak-anak mereka menyertai program ini. TPM membalas bahawa masyarakat sudah yakin dengan program PLKN ini dan kebaikannya dan elok diteruskan.

MP Machang pula menimbulkan isu Kem Komando di mana latihan yang diadakan adalah pada pandangan beliau amat dahsyat, meloyakan dan mengaibkan. Beliau ada video tentang perkara ini dan sanggup menyerahkan nya kepada kerajaan. TPM merasa aneh dengan MP Machang kerana beliau adalah bekas askar yang sepatutnya menimbulkan perkara ini semasa berkhidmat dahulu. TPM ingin mengetahui bagaimana video itu diperoleh MP Machang. Selanjutnya MP Pekan mengatakan bahawa modul latihan komando juga diamalkan dinegara-negara lain.

Kepada satu soalan MP Batu Pahat mengenai siapakah Menteri Kewangan ketika perolehan tersebut, TPM menjawab bahawa semasa perolehan dibuat menteri berkenaan adalah penasihat PKR sekarang.


OLEH: PANEL

BEREHAT SEKETIKA



Di dunia siber pena menari,
memberi pendapat meninjau situasi
letih menari seketika berhenti
jenaka sesaat kita nikmati

TUDUHAN TIDAK BERASAS

MP Machang (PKR) mendakwa projek-projek menumpukan ke bandar-bandar sahaja dan melupakan kebajikan penduduk luar bandar.

Sebenarnya MP Machang harus sedar kerajaan bukan hanya berpeluk tubuh melihat kekurangan di kawasan luar bandar. Tuduhan mengatakan bahawa Kerajaan BN hanya ghairah melaksanakan projek mega semata-mata sehingga mengetepikan pembangunan luar bandar adalah tidak benar sama sekali. Setiap tahun kerajaan meluluskan peruntukan yang besar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar.

Tumpuan utama strategi dan pendekatan pembangunan luar bandar adalah ke arah membawa peningkatan tahap kesejahteraan ekonomi dan sosial penduduk-penduduk luar bandar dalam usaha mengurangkan jurang perbezaan di antara sektor bandar dan luar bandar.

Antara aktiviti-aktiviti utama yang dilaksanakan adalah :

a. Program Pembangunan Prasarana Asas

Meliputi tiga program iaitu bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar dan pembinaan jalan luar bandar, penyelenggaraan dan naik taraf jalan kampung serta jalan dalam kawasan keselamatan.

b. Program Perbandaran Desa, Pembangunan Pusat-Pusat Pertumbuhan dan Kampung Tradisional.

Merangkumi pembangunan pusat pertumbuhan desa, penempatan semula kampung tradisional, kampung air dan pertandingan kebersihan, keindahan serta kemajuan kampung. Antara agensi yang terlibat dalam program pembangunan luar bandar ialah Lembaga Kemajuan Tanah Pinggir Persekutuan (FELCRA), Pihak Berkuasa Kemajuan Kecil Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar untuk program pembangunan luar bandar. Misalnya, dalam tempoh kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-8, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM16.6 bilion untuk pembangunan luar bandar. Daripada jumlah tersebut, 59 peratus telah dibelanjakan bagi penyediaan kemudahan sosial termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan, 24.1 peratus untuk aktiviti ekonomi dan 17.5 peratus untuk kemudahan infrastruktur.

Sebagai usaha untuk meningkatkan aktiviti ekonomi di luar bandar, sejumlah RM2.8 bilion telah dibelanjakan bagi pembangunan tanah. Kerajaan juga memperuntukkan RM3 bilion untuk pelbagai program pengeluaran makanan termasuk ternakan, perikanan dan tanaman makanan serta tanaman untuk industri terutamanya kelapa sawit dan getah. Di samping itu, sebanyak RM351 juta telah dibelanjakan untuk pembangunan industri luar bandar. Langkah juga telah diambil untuk memperuntukkan sejumlah RM586 juta bagi menyediakan kemudahan kredit yang mencukupi kepada penduduk luar bandar.

Bagi membolehkan penduduk luar bandar mendapat akses yang lebih baik kepada kemudahan asas, sejumlah RM2.9 bilion telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek utiliti dan infrastruktur utama termasuk bekalan elektrik, bekalan air, jalan luar bandar dan lampu jalan kampung.

Berdasarkan data dan statistik serta usaha-usaha yang telah dijalankan, jelas sekali menunjukkan kerajaan telah memainkan peranan yang sewajarnya dalam membangunkan masyarakat serta kawasan luar bandar. Contoh-contoh dan huraian itu jelas sekali menunjukkan pihak pembangkang terutamanya kerajaan pimpinan PAS hanya pandai ?berkokok di siang hari? sedangkan pada masa sama mereka terlalu bergantung kepada Kerajaan pusat pimpinan BN dalam menentukan arus pembangunan di Kelantan dan Terengganu. Tanpa agenda dan peruntukan daripada kerajaan pusat, sudah pasti penduduk di kedua-dua negeri tersebut akan terus dibelenggu kemunduran. Lihat sahaja apa yang berlaku di Kelantan, kemudahan asas seperti air masih menjadi isu yang tidak dapat diselesaikan sejak sekian lama. (http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2412

Kita tanya pula apa pembangkang boleh sumbangkan untuk rakyat di kawasan luar bandar.....

NASIHAT UNTUK MP PEMBANGKANG

MP Kuala Slangor telah ditegur mengenai isu yang ingin dibahaskan kerana isu tersebut telah pun diperjelaskan sebelum ini. Apabila beliau diberi peluang untuk memohon penjelasan, beliau tidak menggunakan peluang tersebut sebaiknya. Yang Di Pertua Dewan juga menasihati MP Kuala Selagor supaya tidak berucap sebaliknya terus kepada soalan.

MP ini cuba mewujudkan kekeliruan kepada ahli dewan mengenai angka-angka yang pada hemat mustika seperti hendak mengajar ahli dewan untuk menghitung dan bermain kira-kira. MP ini agaknya lupa bahawa beliau sedang 'berucap' dengan Menteri Kewangan. Seseorang yang tidak perlu diajar cara mengiranya.

MP Kuala Selangor juga harus sedar bahawa dewan yang mulia ini bukannya tempat untuk mencari publisiti murahan. Kononnya ingin dilihat sebagai MP yang aktif. Sebagai seorang ahli MP, jangan terlalu 'over acting'. Kerana ingin dilihat sebagai 'hero', beliau bersikap seperti kebudak-budakan malah tidak berfikir panjang sebelum bangun untuk memohon penjelasan dari menteri yang terbabit. Jika ingin dilihat sebagai pemidato terbaik pun, carilah port yang sesuai.

MP KOTA BHARU BINGUNG

MP Kota Bharu masih bingung dan tidak memahami bahasa juga peraturan bahawa penggunaan dakwat hitam dalam pilhanraya memang dipersetujui oleh PM dan kerajaan. Namun ianya diputar belitkan oleh orang-orang PAS sendiri yang terus menerus menipu orang-orang tua di luar bandar sehingga mereka menemui jalan untuk menipu orang tua dan menghasut mereka supaya tidak membenarkan tangan mereka dihitamkan dalam PRU.

Mereka juga memujuk orang tua untuk menghitamkan bu jari mereka. Justeru perbuatan yang tidak bermoral, tidak bermaruah dan tidak bertanggungjawab terbukti dengan satu laporan polis telah dibuat oleh orang awam yang tidak senang dengan perbuatan mereka. ini jelas bahawa orang PAS khususnya dan PKR amnya bermain wayang dalam Dewan. Kononnya merekalah yang betul2 berjuang, berngreiti, ikhlas dan jujur tetapi ianya semata-mata untuk mencari publisiti murah demi kepentingan peribadi dan parti mereka. Sejak dulu hingga kini taidak pernah bersyukur, tidak pernah bercakap benar, tidak pernah insaf bahawa kebahagiaan yang mereka miliki hari ini hasil dari pejuang-pejuang UMNO.

oleh: Panel

MP BUKIT BENDERA MENGECEWAKAN

MP Bukit Bendera meminta bahawa kita cuba mengikut tatacara Parlimen di United Kingdom iaitu memberi keutamaan kepada ahli parlimen baru membuat ucapan. Beliau juga menyentuh bahawa dasar-dasar BN di kaji semula kerana dasar-dasar ini bersifat 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Justeru pada pandangan beliau kerajaan sekarang perlu dibaik pulih atau overhaul.

MP ini baru sahaja masuk Parlimen tanpa persediaan minda yang rapi, sudah mula mengelirukan ahli dewan. MP ini perlu sesuaikan diri beliau dengan keperluan dan suasana parlimen di Malaysia. Untuk makluman, Parlimen Malaysia mempunyai banyak persamaan dengan parlimen di UK.

MP ini terburu-buru meminta segala-galanya dikaji semula. Tahukah beliau bahawa Malaysia kini sudah mencapai status maju? Mengapa beliau masih berpura-pura dan sombong tidak mahu menerima kenyataan. Beliau sungguh mengecewakan dalam ucapan sulungnya di parlimen.

OLEH : PANEL

MP PENDANG KONONNYA PRIHATIN

MP Pendang (PAS) timbulkan isu pampasan untuk mereka-mereka yang terlibat dalam pembinaan death railway di Burma. Pihak Jepun sepatutnya membayar pampasan ini yang melibatkan 30 ribu warga Malaysia ketika itu yang dapat pulang ke Malaysia. Dari jumlah besar 72 ribu, 42 ribu dianggap hilang. MP ini meminta kerajaan untuk mendapatkan status maklumat mengenai pampasan ini dari negara Jepun. MP Pendang juga menyentuh tentang gerakan JPJ untuk membuat sekatan jalan raya berkaitan dengan kenderaan yang bercermin gelap. Beliau mencadangkan bahawa perkara ini di uruskan di kilang terlebih dahulu sebelum kereta iu dikeluarkan. ini akan mengurangkan masalah pemilik-pemilik kereta nanti.

MP Pendang nampaknya tiada apa-apa perkara baru yang hendak ditimbulkan dan hanya setakat ini dapat menepati rintihan beberapa segmen rakyat Kedah. Beliau sepatutnya meluaskan peluang ucapan itu untuk menyentuh perkara-perkara asas yang boleh membawa impak ekonomi untuk semua rakyat Kedah bukan hanya pada segmen-segmen tertentu.

OLEH: PANEL

MRSM

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Mara merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

MP PENGKALAN CHEPA

MP Pengkalan Chepa mempertikaikan atau mempersoalkan apakah kerajaan hari ini memperjuangkan pembentukan perpaduan nasional? Ya, sejak mula lagi kita memperjuangkan kemerdekaan. Contoh, saya berkahwin dengan orang Kedah, 2 anak dilahirkan di kedah, 2 lagi dilahirkan di Sabah. Inilah contoh ke arah intergrasi nasional. Contoh-contoh ini perlu diamalkan oleh pembangkang. Jangan semata-mata bertegang leher sedangkan amalannya memesong daripada apa yang dipersoalkan.
Pembangkang seharusnya sedar dan akur bahawa kita merdeka baru 50 tahun. Tetapi kita dapat menyatu padukan rakyat yang berbilang kaum dan ianya telah berjaya. Ini telah diiktiraf oleh PBB malah PBB menyarankan kepaada negara-negara yang sedang membangun mengambil iktibar dan pengajaran dari Malaysia untuk membangunkan negara masing-masing. Pembangkang, cubalah lihat negara yang telah lama dari Malaysia mencapai kemerdekaan, Rusia misalnya, Kanada, Pakistan dan Indonesia. Apa yang Berlaku? apa yang ada dalam negara-negara berkenaan? Kini Malaysia telah diiktiraf telah mencapai kejayaan setaraf dengan negara-negara yang telah maju di dunia.
Ini hasil daripada perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan rakyat yang ada. Berbanggalah dan insaflah. Jangan memutar-belitkan keadaan, fakta dan banyak lagi persoalan yang timbul yang berpusing dalam kepala ahli-ahli PKR, malah kejayaan MP Pengkalan Chepa sendiri dalam pelajaran perniagaan dan politik hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh sebelum kita dalam bentuk melalui dasar-dasar ke arah perpaduan nasional.
selamat berjuang...
oleh: Panel

PERPADUAN


Sejak mencapai kemerdekaan, pelbagai dasar telah digubal untuk mencapai perpaduan negara demi memastikan proses pembangunan negara berjalan dengan lancar. Perpaduan negara adalah amat penting kerana masyarakat yang bersatu padu merupakan teras kepada kestabilan sosio-politik dan pembangunan berterusan. Oleh sebab itulah kerajaan meletakkan aspek keharmonian kaum dan perpaduan negara sebagai teras dalam setiap dasar pembangunan negara sama ada Dasar Ekonomi Baru (DEB), mahupun Wawasan 2020.

Matlamat Perpaduan Negara adalah untuk memupuk dan meningkatkan semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara serta rasa megah dan bangga sebagai rakyat Malaysia. Perpaduan negara tidak akan tercapai sekiranya rakyat tidak sanggup memberikan sokongan yang padu kepada dasar-dasar yang diperkenalkan. Kesanggupan ini akan lahir secara semula jadi. Sekiranya semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara dapat dipupuk sedari awal lagi, kebanggaan menjadi rakyat Malaysia dapat disemai di kalangan semua rakyat, perasaan megah ini dengan sendirinya akan menjadikan seseorang itu bangga untuk bergelar rakyat Malaysia.
Polarisasi antara kaum dan sesama kaum, agama dan wilayah merupakan faktor utama yang boleh menggugat perpaduan negara. Perasaan membezakan antara kaum dan sesama kaum dan wilayah akan menimbulkan perasaan curiga dan benci kepada anggota masyarakat dari kaum dan wilayah yang berlainan. Perasaan seperti ini akan menimbulkan ketegangan sesama kaum, agama atau wilayah dan berisiko tinggi dalam mencetuskan konflik dalam masyarakat. Oleh itu, ia perlu dielakkan dan ditangani dengan sebaiknya.
Kepelbagaian kaum, budaya dan agama di negara sememangnya merupakan hakikat dan satu aset yang amat membanggakan. Pengiktarafan dan penerimaan hakikat ini serta persefahaman di antara agama dan keakraban antara tamadun, perlu dijadikan langkah strategik untuk meningkatkan keharmonian antara kaum dan sesama kaum, kebudayaan dan agama.
Walaupun Malaysia telah ditubuhkan sejak tahun 1963, namun masih terdapat jurang perbezaan yang ketara dari segi pembangunan di sesetengah tempat di Sabah dan Sarawak, apabila dibandingkan dengan negeri-negeri di Semenanjung. Dari segi fizikal, perbezaan ini menampakkan masih terdapat jurang perbezaan yang melibatkan infrastruktur asas seperti sistem perhubungan, kesihatan dan pendidikan. Usaha kerajaan mengatasi jurang perbezaan akan menyumbang ke arah pengukuhan perpaduan negara. Selain itu, terdapat perbezaan persepsi akibat daripada integrasi yang masih berkurangan di antara Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung. Usaha harus dipertingkatkan dalam menggalakkan proses integrasi ini agar perasaan perbezaan wilayah ini tidak akan membantutkan usaha untuk membina sebuah bangsa Malaysia. Integrasi wilayah juga perlu dipertingkatkan sesama negeri di Semenanjung Malaysia. Hanya dengan wujudnya integrasi nasional maka proses pengukuhan perpaduan negara akan dapat dicapai.
Wawasan 2020 telah menggariskan matlamat untuk membina sebuah bangsa Malaysia yang mencerminkan perpaduan yang wujud di negara ini. Sejak sekian lama proses pemupukan perpaduan negara dilaksanakan melalui beberapa dasar kebangsaan seperti Dasar Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, menyebabkan kita dikenali mengikut takrifan kaum, agama dan wilayah. Justeru, kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu akan memberi satu nafas baru dalam proses pengukuhan perpaduan negara.

Wawasan 2020 juga telah menggariskan sembilan cabaran yang menjadi sasaran negara demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Dalam usaha mencapai sasaran-sasaran tersebut, banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Justeru itu, proses pengukuhan perpaduan negara adalah amat penting kerana hanya dengan kewujudan perpaduan, membolehkan segala cabaran Wawasan 2020 dapat ditangani.

Perpaduan negara adalah tonggak kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Hakikat bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan berasal dari wilayah yang berlainan menjadikan soal perpaduan amat penting dalam menentukan pencapaian matlamat pembangunan negara. Bersandarkan kepada hakikat tersebutlah, maka kerajaan dilihat begitu sensitif dan prihatin dalam merangka strategi dan pendekatan untuk mewujudkan keharmonian antara kaum, agama dan wilayah melalui pemupukan nilai-nilai sejagat yang murni, termasuk hormat-menghormati, toleransi dan saling memahami sesama kaum dan sesama kaum. Pada hari ini, Malaysia mendapat pengiktirafan dunia atas kejayaan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk. Namun, proses pengukuhan perpaduan negara perlu terus dilaksanakan kerana peredaran masa membawa bersama pelbagai cabaran baru yang boleh menjejaskan perpaduan dan keamanaan negara. (http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2523)
Kita percaya rakyat negara ini sudah faham dan terima kepentingan perpaduan kaum untuk keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan negara. Namun begitu, kadangkala kita menganggap perpaduan kaum merupakan suatu keadaan yang wujud dengan sendiri tanpa usaha hingga lupa adanya ancaman terhadapnya.

Kerana itulah kita perlu mengambil perhatian terhadap isu-isu yang boleh membangkitkan sentimen perkauman dan seterusnya mampu menjadi ancaman kepada semangat muhibah serta keharmonian di negara ini. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh mengutarakan isu-isu penting yang memerlukan pembetulan dan langkah-langkah bagi mengatasinya. Tetapi apa yang penting adalah cara dan sikap dalam menangani sesuatu isu supaya ia tidak berbau perkauman.
Dalam hal ini, kerjasama semua pihak dari pelbagai kaum perlu menjurus kepada memelihara perpaduan dan mengelak diri daripada memburukkan lagi hubungan antara kaum. Janganlah hendaknya kita mempunyai sikap buruk sangka yang begitu menebal hingga apa yang kebetulan dilihat pula sebagai tindakan perkauman.
Begitu juga dengan isu pengubahan nama jalan di Ipoh tidak lama dahulu. Jika perkara itu tidak ditangani dengan jujur, ia boleh menjadi satu lagi sentuhan emosi perkauman. Apa yang kebetulan juga menjadi isu perkauman. Justeru, kita dapat lihat bahawa perpaduan kaum tidak boleh dipandang sebagai keadaan semula jadi. Kita, seluruh rakyat Malaysia harus bersama memelihara dan memupuk perpaduan kaum. Maka dalam hal ini, acara seperti Rumah Terbuka Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali dan Tahun Baru Cina merupakan peristiwa positif yang dapat turut memupuk perpaduan kaum.
Melihat lebih kurang 100,000 orang pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Malaysia, kita merasa optimis bahawa masa depan perpaduan kaum di negara ini adalah cerah dan memberangsangkan. Maka adalah wajar bagi kerajaan untuk meneruskan tradisi rumah terbuka kebangsaan ini. Tradisi ini akan membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia hidup dalam penuh muhibah dan harmoni dengan semangat toleran dan saling hormat-menghormati di antara kaum-kaum yang berbeza.
Namun begitu, acara ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memelihara dan memupuk perpaduan kaum secara menyeluruh. Tetapi di atas segalanya ialah kesedaran dan sikap setiap individu warganegara Malaysia yang insaf bahawa kemakmuran negara amat bergantung kepada keutuhan hubungan antara kaum. Dalam tindakan seharian, semangat perpaduan ini hendaklah kita ambil kira kerana ia menentukan survival negara. (utusan 21 Januari 200_,)