Wednesday, May 14, 2008

TUDUHAN TIDAK BERASAS

MP Machang (PKR) mendakwa projek-projek menumpukan ke bandar-bandar sahaja dan melupakan kebajikan penduduk luar bandar.

Sebenarnya MP Machang harus sedar kerajaan bukan hanya berpeluk tubuh melihat kekurangan di kawasan luar bandar. Tuduhan mengatakan bahawa Kerajaan BN hanya ghairah melaksanakan projek mega semata-mata sehingga mengetepikan pembangunan luar bandar adalah tidak benar sama sekali. Setiap tahun kerajaan meluluskan peruntukan yang besar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar.

Tumpuan utama strategi dan pendekatan pembangunan luar bandar adalah ke arah membawa peningkatan tahap kesejahteraan ekonomi dan sosial penduduk-penduduk luar bandar dalam usaha mengurangkan jurang perbezaan di antara sektor bandar dan luar bandar.

Antara aktiviti-aktiviti utama yang dilaksanakan adalah :

a. Program Pembangunan Prasarana Asas

Meliputi tiga program iaitu bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar dan pembinaan jalan luar bandar, penyelenggaraan dan naik taraf jalan kampung serta jalan dalam kawasan keselamatan.

b. Program Perbandaran Desa, Pembangunan Pusat-Pusat Pertumbuhan dan Kampung Tradisional.

Merangkumi pembangunan pusat pertumbuhan desa, penempatan semula kampung tradisional, kampung air dan pertandingan kebersihan, keindahan serta kemajuan kampung. Antara agensi yang terlibat dalam program pembangunan luar bandar ialah Lembaga Kemajuan Tanah Pinggir Persekutuan (FELCRA), Pihak Berkuasa Kemajuan Kecil Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar untuk program pembangunan luar bandar. Misalnya, dalam tempoh kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-8, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM16.6 bilion untuk pembangunan luar bandar. Daripada jumlah tersebut, 59 peratus telah dibelanjakan bagi penyediaan kemudahan sosial termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan, 24.1 peratus untuk aktiviti ekonomi dan 17.5 peratus untuk kemudahan infrastruktur.

Sebagai usaha untuk meningkatkan aktiviti ekonomi di luar bandar, sejumlah RM2.8 bilion telah dibelanjakan bagi pembangunan tanah. Kerajaan juga memperuntukkan RM3 bilion untuk pelbagai program pengeluaran makanan termasuk ternakan, perikanan dan tanaman makanan serta tanaman untuk industri terutamanya kelapa sawit dan getah. Di samping itu, sebanyak RM351 juta telah dibelanjakan untuk pembangunan industri luar bandar. Langkah juga telah diambil untuk memperuntukkan sejumlah RM586 juta bagi menyediakan kemudahan kredit yang mencukupi kepada penduduk luar bandar.

Bagi membolehkan penduduk luar bandar mendapat akses yang lebih baik kepada kemudahan asas, sejumlah RM2.9 bilion telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek utiliti dan infrastruktur utama termasuk bekalan elektrik, bekalan air, jalan luar bandar dan lampu jalan kampung.

Berdasarkan data dan statistik serta usaha-usaha yang telah dijalankan, jelas sekali menunjukkan kerajaan telah memainkan peranan yang sewajarnya dalam membangunkan masyarakat serta kawasan luar bandar. Contoh-contoh dan huraian itu jelas sekali menunjukkan pihak pembangkang terutamanya kerajaan pimpinan PAS hanya pandai ?berkokok di siang hari? sedangkan pada masa sama mereka terlalu bergantung kepada Kerajaan pusat pimpinan BN dalam menentukan arus pembangunan di Kelantan dan Terengganu. Tanpa agenda dan peruntukan daripada kerajaan pusat, sudah pasti penduduk di kedua-dua negeri tersebut akan terus dibelenggu kemunduran. Lihat sahaja apa yang berlaku di Kelantan, kemudahan asas seperti air masih menjadi isu yang tidak dapat diselesaikan sejak sekian lama. (http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2412

Kita tanya pula apa pembangkang boleh sumbangkan untuk rakyat di kawasan luar bandar.....

No comments: