Wednesday, May 14, 2008

MP PEKAN MEMPERJELASKAN

Dalam sesi soal jawab yang melibatkan Kementerian Pertahanan, MP Pekan (TPM) telah memberi penjelasan secara mendalam perkara mengenai pembelian kapal selam, pesawat sukoi dan juga kapal perang. Beliau telah memaklumkan dengan terperinci tentang proses memperolehi perkara-perkara yang disebut. Namun semasa penjelasan dibuat, beberapa ahli pembangkang cuba mencelah terutamanya MP Permatang Pauh, MP Ipoh Timur, MP Gombak, MP Padang Serai dan MP Pokok Sena. Mereka ini menggunakan taktik lazim untuk mengelirukan ahli dewan. Terdapat juga MP ahli-ahli BN yang tidak bersetuju dengan sikap pembangkang kerana tidak mahu menerima penjelasan TPM. Mereka ialah MP Rembau, MP Kinabantangan, MP Batu Pahat dan lain-lain lagi.

Berkaitan dengan isu ini juga, MP Ipoh Timur meminta supaya satu suruhanjaya diwujudkan untuk meneliti pembelian-pembelian senjata ini bertujuan untuk membersihkan nama MP Pekan termasuk juga berkaitan dengan AlTantuya tetapi ini tidak mendapat apa-apa respon daripada ahli dewan. TPM telah berhujah dengan penuh keyakinan bahawa beliau tidak pernah pada bila-bila masa mengenali Altantuya seperti yang telah direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memburukkan imej beliau. Beliau bertugas sebagai pemimpin tertinggi Malaysia demi kepentingan negara.

MP Batu Gajah juga telah meminta supaya penyertaan PLKN tidak diwajibkan. Beliau berpendapat bahawa kebelakangan ini ada berlaku kematian dan beliau dengan nada tinggi meminta dewan agar program ini dihentikan. MP Batu senada dengan MP Batu Gajah. beliau meminta kerajaan menccari alternatif kepada program ini. Beliau kononnya cuba menumpu kepada perasaan dan kecurigaan keluarga apabila anak-anak mereka menyertai program ini. TPM membalas bahawa masyarakat sudah yakin dengan program PLKN ini dan kebaikannya dan elok diteruskan.

MP Machang pula menimbulkan isu Kem Komando di mana latihan yang diadakan adalah pada pandangan beliau amat dahsyat, meloyakan dan mengaibkan. Beliau ada video tentang perkara ini dan sanggup menyerahkan nya kepada kerajaan. TPM merasa aneh dengan MP Machang kerana beliau adalah bekas askar yang sepatutnya menimbulkan perkara ini semasa berkhidmat dahulu. TPM ingin mengetahui bagaimana video itu diperoleh MP Machang. Selanjutnya MP Pekan mengatakan bahawa modul latihan komando juga diamalkan dinegara-negara lain.

Kepada satu soalan MP Batu Pahat mengenai siapakah Menteri Kewangan ketika perolehan tersebut, TPM menjawab bahawa semasa perolehan dibuat menteri berkenaan adalah penasihat PKR sekarang.


OLEH: PANEL

No comments: