Kes Raja Petra yang di tahan atas dakwaan menghasut dibawa ke gelanggang dewan sekali lagi. Raja petra diberi pilihan untuk diikat jamin tetapi beliau enggan dan memilih untuk ditahan di dalam lokap Sungai Buloh. Tuduhan pembangkang bahawa Polis bertindak melulu tidak wajar. Menteri berkenaan menerangkan bahawa polis telah bertindak mengikut landasan undang-undang yang betul dan wajar. Polis bertindak berdasarkan kepada laporan yang telah dibuat oleh satu-satu pihak dan bukannya bertujuan mengambil tindakan memulu. Namun kes Raja Petra ini telah pun selesai dan tidak seharusnya dibawa ke dalam gelanggang perbahasan kerana Raja Petra telah dibebaskan tanpa sebarang 'kesan'. Polis hanya menjalankan tanggungjawab mereka dan ternyata tindakan polis ini betul.
Pembangkang cuba memainkan isu ini untuk bertujuan mengapi-apikan dan menghasut rakyat yang tidak tahu perkara sebenar. Harap MP Pembangkang dapat mencari isu lain kerana isu ini sudah 'basi'.
Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB - Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?
-
Satu lagi kelompongan dalam kes Dato' Sri Najib Razak. Kita yakin semakin
ramai rakyat percaya beliau tidak bersalah.KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI
NAJIB...
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment