Kekecohan demi kekecohan berlaku sehingga kan Mustika rasakan negara ni macam dah tak aman. Pendedahan media mengenai perang mulut di Parlimen semalam buat hati Mustika kecut. Persoalannya siapa yang mula dulu?
Menurut sumber, Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor telah mengeluarkan kenyataan di dalam Dewan Rakyat yang mendakwa kononnya Pemuda UMNO yang bertanggungjawab menghantar peluru dan ugutan bunuh kepada beliau. Malah diakhir tuduhan tersebut, beliau melabelkan Pemuda UMNO sebagai celaka. Bermula dari sini lah berlaku perang mulut antara Ahli Parlimen di dalam dan di luar dewan semalam.
Persoalan lagi, mana Karpal dapat bukti? Kalau betul kemuka kanlah bukti. Semalam Mustika tunggu juga kalau-kalau Karpal boleh kemuka kan bukti yang boleh mensabitkan Pemuda UMNO dengan tuduhan yang tak masuk akal tu....
Karpal dilihat makin berani menuduh, kurang ajar, biadap, tak kenang budi, dasar tak tahu diuntung, kaduk naik junjung, kepala batu, derhaka.
Mustika: 'Kapal' yang berlabuh kat dalam Parlimen Malaysia baik kita alihkan saja... Bukan boleh buat 'belayar' lagi dah....
Friday, February 27, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)