Thursday, May 28, 2009

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai: SPR

Berita Harian Online

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 14 Julai 2009, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 6 Julai 2009. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat SPR, sebentar tadi. Kekosongan kerusi DUN itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, Jumaat lalu.

Ismail, 60, mula memenangi kerusi DUN Manek Urai pada pilihan raya umum 1985. Beliau meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ-II), Kota Bharu kira-kira jam 5.55 pagi kerana sakit jantung selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 26 April lalu. Allahyarham adalah antara wakil rakyat Pas paling lama di Kelantan apabila menjadi Adun Manek Urai selama lima penggal sejak 1985. Hanya pada Pilihan Raya Umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya diwakili Zamzuri Mat Lazim, yang tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar, dengan majoriti 53 undi.

Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kuala Krai, dipilih semula bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum 2008, dan berjaya menewaskan Mohamed Zulkifli dengan majoriti 1,352 undi.

Mustikaindah: Harap BN dapat merasmpas kembali kerusi DUN Manek Urai.....
BN menumpukan kepada kempen secara mesra rakyat iaitu dari rumah ke rumah dan warung ke warung. Pendekatan mesra ini diharap bukan sahaja dapat memenangi hati rakyat malah dapat menyelami isi hati serta masalah yang dihadapi penduduk menerusi perbualan dan sesi penerangan yang dibuat tanpa sebarang protokol rasmi. Mustika bersetuju dengan pendekatan yang diambil BN dan UMNO khususnya ini.