Friday, September 26, 2008

KEPUTUSAN MT HASIL PANDANGAN PEMIMPIN, AKAR UMBI UMNO

BERITA HARIAN ONLINE
26 SEPTEMBER 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan yang dibuat mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini dilakukan dengan penuh bijaksana selepas mendapat pandangan pemimpin dan akar umbi parti.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas sidang akhbar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini, hari ini.

Abdullah mengumumkan perhimpunan agung Umno dan pemilihan parti yang sepatutnya Disember ini, ditangguhkan Mac tahun depan

Thursday, September 25, 2008

IKLAN RAYA PETRONAS YANG MUSTIKA PALING SUKA (SEMUA IKLAN RAYA DARI PETRONAS MUSTIKA SUKA)

AKHIRNYA TERESA KOK MENGAKU JUGA

(Gambar: Utusan Malaysia, 25 September 2008).

http://anginperubahan.blogspot.com/

Akhirnya Teresa mengalah dan mengakui kesilapan sendiri. Pada 24 September, dalam satu forum ISA anjuran DAP, Teresa Kok akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan semasa dalam tahanan ISA.

Pada 19 September lalu Teresa mendakwa makanan itu “sama seperti makanan anjing” tetapi pada 22 September menukarnya kepada “baik sedikit daripada makanan anjing. “Okey baiklah. Awak mengesan kesilapan saya dengan bantuan rakaman video dan sebagainya, dan saya boleh terima kritikan,” kata Teresa Kok. Apakah Teresa tidak sedar semasa membuat kenyataan? Hingga perlu disedarkan oleh orang lain bahawa kenyataannya bercanggah?

Teresa menyatakan dia “tersilap membuat kenyataan” kerana keletihan. Mungkin sebab keletihan juga, Teresa terlupa apakah menu terakhir makan malam, sebelum dia dibebaskan. Jika keletihan, tenangkan dulu fikiran. Jangan buat tuduhan yang melulu dengan sewenang wenangnya. Kes ini menjadi pengajaran yang berguna kepada mereka-mereka yang enggan mengaku kesilapan sendiri.

Menurut Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), tarikh baru pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat telah ditukarkan kepada 1 Oktober 2008. Tukar kerajaan ketika umat Islam berhari raya Aidilfitri? Sesudah 16 dan 23 September tinggal angan-angan, ada pula kenyataan baru untuk terus mengelirukan rakyat. Bilakah Anwar Ibrahim hendak mengaku kenyataan 16 September yang dibuatnya adalah silap?

AZRINIZAM IBRAHIM

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan penurunan harga runcit petrol sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55. Harga diesel juga turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50.

Ini lah yang dikatakan rezeki nak raya. Kerajaan sedaya upaya cuba meringankan beban rakyat, namun rakyat bersyukur atau tidak terpulanglah. Walaupun penurunan nya hanya 10 sen, tetapi ia mampu buat kita menarik nafas lega. Dan harapnya, ada lagi penurunan selepas ini.

Tetapi pesan Mustika, beringatlah selalu, jangan boros berbelanja. Dalam kegairahan membuat persiapan hari raya yang bakal memjelang beberapa hari lagi, janganlah kita lupa pada insan yang merintih dan mengharapkan bantuan daripada kita.

Wednesday, September 24, 2008

ANWAR DAH MENGGIGIL

Ini Mustika petik dari harakahdaily.

Pakatan Rakyat membantah keras tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar terus menahan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA kerana hanya mendedahkan kepincangan pemimpin kerajaan. Kerajaan sepatutnya membebaskan Raja Petra sebagaimana pembebasan yang dilakukan ke atas anggota Parlimen Seputih, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang juga turut ditahan di bawah ISA. "Tindakan itu sebagai satu ugutan kerajaan untuk menakutkan rakyat. ISA sebenarnya akan memburukkan lagi imej pentadbiran pemimpin negara di bawah Barisan Nasional," - ANWAR IBRAHIM

Apa yang Mustika faham, Anwar Ibrahim sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri. Boleh Mustika andaikan bahawa Raja Petra adalah orang yang selalu memainkan sesuatu isu yang merujuk kepada hasrat dan cita-cita (Mustika andaikan lagi, ANGAN-ANGAN) Anwar Ibrahim melalui blog Malaysia-Today. Dalam kerakusan Anwar mencapai cita-citanya itu, Raja Petra bersamanya. Mungkin banyak rahsia Anwar yang Raja Petra tahu. Kalau kena tahan, tentulah kena soal siasat, maka tentunya akan terbongkar rahsia, tentu juga gementar sekarang, dan tentunya Anwar takut! Dan apa yang Anwar buat, keluar kan kenyataan ISA tidak adil, boleh burukkan imej pemimpin kerajaan. Anwar bercita-cita nak keluarkan Raja Petra dari tahanan ISA sebelum Raja Petra membongkarkan semuanya (mungkin apa sahaja tentang Anwar) Wah banyaknya andaian Mustika? Andaian semata-mata.

Apa pendapat anda?

Tuesday, September 23, 2008

ISU MAKANAN TERESA SEMASA MENJADI TAHANAN ISA: MEDIA DISALAHKAN

Teresa Kok sekali lagi membuat kejutan berganda apabila mengeluarkan kenyataan bahawa makanan yang diberikan ketika beliau di dalam tahanan ISA sama macam makanan anjing! Kenyataan ini keluar dalam Utusan (mustika lupa tarikhnya). Apa yang mengejutkan, semalam dalam Buletin Utama (TV3), Teresa menyalahkan media cetak tersebut kerana kononnya media tersebut telah memutar belitkan apa yang di ceritakan kepada media sebelum ini. Hai Teresa, ari tu cakap lain, semalam cakap lain. Memang tak pakai lah cakap YB yang sorang ni.

Wednesday, September 17, 2008

PM SERAH JAWATAN MENTERI KEWANGAN 1 KEPADA TPM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini mengumumkan menyerahkan jawatan Menteri Kewangan I yang disandangnya kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkuatkuasa serta merta. - Bernama

PM AMBIL ALIH JAWATAN MENTERI PERTAHANAN

PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dari Datuk Seri Najib Tun Razak berkuatkuasa serta merta. - Bernama

16 SEPTEMBER YANG BERLALU

Berakhirnya 16 September. Angan -angan Mat Jenin harap-harap berakhirlah juga. Jangan lah diperbodohkan lagi rakyat jelata. Rakyat pula, janganlah cepat sangat percaya dengan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan sebantalnya...oppppssss......sekutunya.

Tuesday, September 16, 2008

PENAHANAN TERESA KOK WAJAR

Gambar: http://www.masterdedah.com/ dan
http://syahrilkadir.wordpress.com/2008/09/03/dap-bantah-papan-tanda-guna-huruf-jawi/


Penahanan Teresa Kok dikaitkan dengan isu melarang azan dilaungkan di masjid dan surau di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya serta menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulis Tamil, Cina dan Inggeris.

&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*

Mustika: Jangan dipertikaikan lagi isu penahanan Teresa Kok ini. Sebelum ini kita digemparkan dengan dakwaan orang Cina bahawaDatuk Ahmad Ismail telah menyentuh sensitiviti mereka dan beria-ia menyarankan supaya Datuk Ahmad Ismail di kenakan tindakan yang sewajarnya padahal Ahmad Ismail bukannya menghina kaum Cina pun..... Bila kes Teresa dibawa ke ISA ramai pulak yang bantah tanpa usul periksa. Setidak-tidaknya dapatkan dulu penjelasan dari pihak berwajib dan teliti dulu dakwaan ke atas Teresa sebelum melenting tak tentu pasal.
http://www.masterdedah.com/

TAJUK: TRIP TO TAIWAN

BRING ON "Katak" To Bang Nuar.
Do or Die Mission or Malu Mission.

&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*

Mustika: Membazir je duit pegi sana tak dapat hasil... Takpelah korang ada "sponsor luar".



BETUL KE?

http://www.masterdedah.com/

TAJUK: PERGILAH KAU WAHAI ZAID IBRAHIM

Zaid Ibrahim letak jawatan bukan kerana berbalah tentang ISA. Sebab utama ialah kerana Zaid Ibrahim kalah bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu kepada Datuk Fatmi. Mana nak letak muka seorang menteri kalah dan tidak cukup pencalonan untuk lawan Ketua Bahagian. Demi menjaga maruah, Zaid kena tunggu masa sesuai untuk letak jawatan dalam cara yang nampak bermaruah dan glamour. ISA dijadikan alasan Zaid. Bila Zaid buat begitu, orang akan anggap Zaid sebagai hero. Kalangan peguam akan sanjung Zaid sebagai seorang yang berani dan berpendirian. Zaid kalau terus jadi menteri pun, dia tak yakin sama ada akan kekal atau tidak di zaman Najib. Sudah tentu melawan Datuk Fatmi yang merupakan bekas SU Politik Najib seolah melawan Najib di Kota Bharu. Lebih baik berhenti dari digugurkan. Pergilah kau wahai Zaid. Pintu terbuka luas untukmu.

MUSTIKA: BETUL KE BEGITU? TAK SANGKA PULAK

APA KATA......

http://depa-kata.blogspot.com/

DENGAR, APA KATA PAK LAH...

"Orang kita cepat sangat terkejut, tergempar, cepat sangat kelam-kabut tentang soal pertukaran kerajaan. Ketepikan semua perkara begini.

"Beri perhatian kepada perkara yang mendatangkan manfaat serta kebaikan dan bukan sembang kosong yang tidak beri manfaat.

"Kita suka sangat berhujah dan bersembang tentang perkara ini (pertukaran kerajaan). Perkara ini tidak akan berlaku,"


DENGAR, APA KATA ANWAR...

"Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan."

"Petang tadi (semalam), (ahli parlimen DAP) Anthony Loke, (ahli parlimen PKR) Johari (Abdul) telah pergi ke Putrjaya, hantar surat untuk berjumpa segera dengan perdana menteri sebab kita mahukan perubahan aman dan tenteram."

APA KATA MUSTIKA...


"TAK JADI APA-APA"

Thursday, September 11, 2008

KAK TIPAH KOYA DAN MACHA SIVARASA

http://www.masterdedah.com/

Wednesday, September 10, 2008
Latheefa Koya adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR. Sivarasa Rasiah adalah Naib Presiden PKR. Dua dua orang peguam ini ialah ahli parti PKR. Mana boleh ahli PKR membela Penasihat PKR dalam kes liwat. Kalau orang lain korang kata tak adil, tapi kalau kena kat korang adil lah pulak. Macam mana bro. Double Standard ni. Polis dan Mahkamah dikatakan tak adil oleh Bang Nuar, tapi si Koya dan Sivarasa ni boleh plak jadi peguam bela Bang Nuar.
Kesian wa tengok Kak Tipah Koya dan Macha Sivarasa ni. Ke hulu hilir kempen dalam aktiviti politik termasuklah membela Bang Nuar di court kerana kes liwat. Ni nak jadi peguam ke jadi orang politik? Dua orang ni memang kaki pembelit dan pakar pusing fakta. Korang tengok sendiri video Kak Tipah ni belit depan Zulkifli Nordin, YB Kulim. Lari YB Zul sampai tutup terus handphone gara gara belitan Kak Tipah Koya. Macam manalah nak cari kebenaran kalau Kak Tipah Koya dan Macha Sivarasa ni yang jadi peguam, confirm lah tak ada satu benda pun yang adil bagi mereka. Dua orang peguam ni pemimpin PKR, sudah pasti la mereka nak bela Penasihat PKR bermati matian. Lepas ini kita akan saksikan perbicaraan kes liwat ni menjadi satu kempen PKR dalam mahkamah bukan lagi perbicaraan mencari kebenaran. Bang Nuar oh Bang Nuar pandai sungguh kau membelit macam peguam peguam kau jugak. Lu fikirlah sendiri ya, adil ke tak orang parti jadi peguam?

Monday, September 08, 2008

ANWAR DAN IMPIANNYA: MASUK ANGIN KELUAR ASAP

berita 1: TIADA SEBAB UNTUK MCA KELUAR DARIPADA BN, KATA ONG KA CHUAN

IPOH, 7 Sept (Bernama) -- Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini berkata tidak ada sebab untuk parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) seperti mana gesaan daripada anggota akar umbinya.

Beliau berkata MCA bukanlah 'orang luar', sebaliknya bersama-sama Umno dan MIC sebagai pengasas kepada pembentukan parti Perikatan yang kini dikenali sebagai BN.

"Maka sebab itu sekiranya terdapat sebarang masalah, kita perlu menyelesaikannya bersama-sama. Itulah semangat yang patut kita ada dan bukannya membangkitkan soal menarik diri daripada BN. Menarik diri tidak akan menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita di sini hari Ahad.

Beliau berkata pada ketika ini perpaduan dalam kalangan parti komponen BN lebih penting daripada bercakaran sesama sendiri, apatah lagi dengan dakwaan pihak tertentu kerajaan BN akan ditumbangkan menjelang 16 Sept ini.

"Sebenarnya bukan orang lain yang akan menumbangkan kita sebaliknya kita (BN) sendiri yang akan menumbangkan diri kita. Kita perlu ambil pengajaran daripada perkara itu. Berhenti bergaduh, berhenti membangkitkan isu-isu yang boleh melukakan hati pihak lain dan bekerjalah secara berpasukan mencakupi konteks rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya.

Sementara itu di KUALA KANGSAR, Timbalan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berharap sebarang masalah yang timbul akibat beberapa isu kebelakangan ini yang telah dipolitikkan oleh pihak tertentu akan dapat diselesaikan dalam semangat muhibah BN.

"Tidak perlu ada kata dua daripada mana-mana parti dalam BN untuk keluar daripada BN. Kita telah berada dalam gabungan ini lebih dari 50 tahun dan saya percaya masalah ini dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita di Masjid Taman Kuala Kangsar malam semalam.

Beliau turut menasihatkan agar semua pihak yang berkaitan berhati-hati dan tidak terlanjur kata dalam usaha memancing undi ketika menghadapi musim pemilihan parti masing-masing.

"Jangan kerana kita terlalu hendak memancing undi dalam pemilihan parti kita sendiri, kita sanggup keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam BN. (Pemuda) Umno akan menghadapi pemilihan juga dan janganlah kita keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan kita dengan parti komponen yang lain.

"Sama juga dengan Pemuda MCA, jangan kerana hendak jadi hero dalam parti sendiri maka keluarkan kenyataan yang boleh mengguris perasaan kawan-kawan yang lain dalam BN," katanya.

Semalam bekas Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Han Chin Peng dan bekas Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng menggesa pucuk pimpinan MCA supaya menimbangkan untuk keluar daripada BN- BERNAMA

___________________________________________________

berita 2: Lebih Banyak Kaum India Sertai MIC

DENGKIL, 7 Sept (Bernama) -- Langkah menjenamakan semula MIC telah merintis laluan bagi lebih banyak kaum India untuk menyertai parti itu dan sebagai permulaan, 400 orang kebanyakannya kalangan belia, hari ini mendaftar sebagai anggota parti MIC bahagian Sepang di Selangor, kata ketua bahagian Datuk C.Krishnan.

Beliau berkata bahagian MIC itu, yang pertama di Selangor yang mengambil anggota baru dalam jumlah yang besar, berharap dapat meningkatkan pengambilan di masa depan.

"Mereka (anggota baru) yakin bahawa MIC akan berupaya mewakili keperluan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Krishnan berkata langkah oleh ibu pejabat parti untuk mengasingkan sayap Pemuda daripada cawangan MIC membangkitkan minat ramai belia India untuk menyertai parti itu.

Beliau yakin lebih ramai wanita India akan menyertai MIC berikutan cadangan Presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu untuk mengasingkan sayap Wanita daripada cawangan MIC agar dapat berfungsi sebagai entiti yang berasingan.

"Kami berada di landasan yang betul dan harap-harap, menjelang akhir tahun, kami akan dapat meningkatkan jumlah anggota di Selangor," katanya.

MIC ketika ini mempunyai lebih 630,000 anggota dengan 3,700 cawangan di seluruh negara.

Samy Vellu telah memulakan langkah untuk menjenamakan semula MIC bagi menyuburkan parti dan mendapatkan kembali keyakinan serta kepercayaan masyarakat India ekoran prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas.

-- BERNAMA

***************************************************************************

mustika: Anwar nak kata apa lagi? tak boleh tido lah Anwar setiap malam termimpi-mimpi kerusi Perdana Menteri jadi milik nya..... Kesian Anwar, nampak dah terdesak sangat. Takkan takdak sapa-sapa nak kejutkan Anwar dari tidonya? Mungkin juga rakan sehati sejiwa Anwar (PAS dan DAP) turut sama bermimpi yang sama, manalah tahu, untung dapat duduk sebelah Anwar Ibrahim kat Putrajaya nanti sebab itulah mereka tak nak kejutkan Anwar.

APA YANG PASTI, DAP DAN PAS JUGA SEMAKIN HARI SEMAKIN RAGU-RAGU DENGAN ANWAR. TAPI MEREKA MENAFIKAN KEBENARANNYA KERANA TAKUT ANWAR TERSINGGUNG AGAKNYA. MAKLUMLAH, PAS PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN, HUBUNGAN MEREKA SUDAH TERSIMPUL RAPI, TIADA SESIAPA PUN YANG BOLEH MERAMPAS "KEBAHAGIAAN" MEREKA. BIARLAH........ YANG PENTING, KITA TIDAK MUDAH TERPENGARUH DENGAN MEREKA DAN TETAP SETIA MEMPERTAHANKAN MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA. JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN JIKA SUATU HARI NANTI NEGARA INI DIJAJAH SEMULA. MASA DEPAN NEGARA TERLETAK DI TANGAN KITA. KITA YANG MEMBUAT PILIHAN. JANGAN SESEKALI SILAP MEMBUAT PERHITUNGAN. JANGAN PULA MATA KITA DIKABURI DENGAN JANJI MANIS ANWAR IBRAHIM.

FIKIR-FIKIRKANLAH

BUANG MASA? BUANG DUIT? MEMBAZIR?

oleh: http://pilihan-anda.blogspot.com/

KLANG 6 Sept. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

"Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke lokasi bencana alam itu sejak ia melanda Isnin lalu.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa. BACA LAGI

Des kata : Ish! Tan Sri, Des nak bagitau la kot kot terlupa, kita di bulan puasa nie harus ingat mengingati, Tan Sri mendapat gelaran Tan Sri pasal mangsa-mangsa ribut tu la yang mengundi. Tan Sri juga mempunyai nama lain yang termaktub di dalam perlembagaan. Nama-nama tersebut ialah YANG BERHORMAT, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) dan yang paling popular ialah WAKIL RAKYAT.

Bila dah nama wakil rakyat, makna dari segi logiknya, Tan Sri ni sebenornye, hamba pada rakyat, orang yang boleh buat kerja bila disuruh, mesti mengorbankan tenaga dan kewangan untuk membantu rakyat-rakyat yang memangkah Tan Sri. Kalau Tan Sri tak turun padang akibat kekangan kewangan dan masa, macam mana Tan Sri nak tahu ada masalah yang menimpa rakyat yang memangkah logo bodoh yang Tan Sri payungi...

Owh....Tan Sri punya wakil-wakil rakyat kawasan dan exco-exco yang berdekatan dan sentiasa berhubung dengan mereka. Abis tu, apa sebenornya job description seorang Menteri Besar? Telefon sahaja untuk mengetahui perkembangan...? Bravo! Bravo! Takper la, lagipun kita di bulan Puasa ni eloklah bersangka baik, mungkin Tan Sri berasa letih akibat berpuasa dan mangsa-mangsa ribut tersebut pula tidak pandai mengerti erti kepenatan dan keletihan...

Tak apalah, Tan Sri duduklah kat bilik Tan Sri samapai berakar punggung tu. Tak payah pegi mana-mana nanti membuang masa dan wang. Rasanya, telefon pun tak payah kot, nanti bil telefon meningkat, buang duit jugak tu...YOU JUST SIT THERE, ENJOY YOUR RAMADHAN, AND "EAT THE BLIND SAW"!

ANWAR IBRAHIM MASIH BERMIMPI

16 September yang kelam! Itulah yang dapat Mustika simpulkan daripada apa yang Mustika teliti, lihat dan dengar tentang angan-angan PKR untuk menggantikan kerajaan dan kepimpinan yang sedia ada di Malaysia dengan dakwaan kononnya mereka akan dapat memerintah hasil dari Ahli Parlimen yang lompat parti.

Memungkinkan angan-angan ini menjadi satu kenyataan adalah mustahil sama sekali. Berkali-kali kita mendengar dan menonton di kaca-kaca televisyen mengenai pengesahan dan pengakuan Ahli Parlimen yang didakwa akan melompat parti dari BN kepada Pakatan Rakyat. Mereka dengan tegas mendakwa itu hanyalah omong kosong Anwar Ibrahim, tidak terlintas di fikiran mereka untuk berbuat demikian, malah mereka juga tidak sanggup menggadaikan maruah diri, rakyat dan negara semata-mata kerana kepentingan politik individu yang bernama Anwar Ibrahim. Budaya lompat-melompat parti bukanlah budaya mereka dan berkali-kali juga mereka menyanggah dan menyangkal dakwaan tersebut.

Terbaru, Lim Kit Siang sendiri telah menyatakan pendirian DAP bahawa mereka tidak akan menerima mana-mana Ahli Parlimen yang lompat parti. Terserlah sekarang bahawa apa yang didakwa Anwar Ibrahim adalah palsu dan bertentangan dengan pendirian DAP sendiri yang merupakan teman sehati sejiwa Anwar.

Apa motif utama Anwar? Tidak lain dari hanya ingin menutup pandangan umum daripada kesalahan peribadinya sendiri. Alahai Anwar...... Sudah terang lagi bersuluh mana boleh diselubung lagi. Ibarat katil sudah reput, bantal sudah hilang empuknya, selimut sudah koyak rabak dan kelambu pula berlubang sana-sini tetapi Anwar Ibrahim masih bermimpi di siang hari. Biarlah Anwar masih bermimpi, yang penting kita tetap bersatu hati dan setia pada agama, bangsa dan negara.