HANRUH bukanlah satu konsep pertahanan yang baru. Ianya nya telah dilaksanakan sejak Perang Dingin lagi atau Cold War oleh beberapa negara di antaranya ialah Denmark, Estonia, FInland, Sweden, Switzerland dan Singapura.
Terdapat beberapa ciri persamaan dalam pelaksanaan Konsep HANRUH ini oleh negara-negara tersebut.
Pertama: objektif HANRUH ialah untuk menghalang peperangan, mempertahankan negara dan melindungi masyarakat awam.
Kedua: perlunya menegekalkan kesiapsiagaan yang berterusan serta mempunyai keupayaan untuk membendung sebarang ancaman.
Ketiga: mewujudkan pertahanan yang kredible bukanlah merupakan tanggungjawab Angkatan Tentera sahaja. Sebaliknya terdapat keperluan untuk menyelaras usaha dan tindakan yang melibatkan sektor awam dan swasta khususnya dalam penggunaan resources atau aset sektor swasta dan awam dalam memperjuangkan negara.
Keempat: Komponen HANRUH meliputi 5 aspek pertahanan iaitu Pertahanan Sivil, Pertahanan Ekonomi, Pertahanan Sosial dan Pertahanan Psikologi.
Di dalam konteks pertahanan di Malaysia, konsep HANRUH tidak boleh dibincang secara persendirian atau 'in isolation'. Ini disebabkan HANRUH merupakan strategi ketiga bagi Dasar Pertahanan Negara, selain Strategi Deterrence dan Forward Defence.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Dasar Pertahanan Negara adalah berteraskan pembangunan keuapayaan atau 'capability driven' dan bukan berasaskan sebarang bentuk ancaman.
Memandangkan negara tidak dijangka mengalami ancaman konvensional di masa hadapan, dari itu, pelaksanaan strategi Deterrence dan Forward Defence adalah berteraskan pembangunan keupayaan bagi menjaga kedaulatan dan kepentingan negara.
Rancangan pelaksanaan HANRUH tidak seharusnya terhad kepada keperluan untuk menghadapi ancaman keselamatan seperti konflik atau peperangan sahaja. Ianya perlu meliputi cabaran dan krisis negara seperti bencana alam atau krisis tenaga.
HANRUH akan dianggap lebih dianggap lebih praktikal dan bermakna jika rancangan pelaksanaannya berteraskan keperluan sedemikian.Sebagai contoh krisis banjir yang melanda negeri Johor, Melaka dan sebahagian Pahang pada 2007 amat memerlukan tindakan bersepadu dan penyatuan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan badan-badan sukarela bagi bergerak bersama-sama sebagai satu pasukan dalam menghadapi cabaran tersebut.
HANRUH juga berperanan dalam membentuk dan menguatkan ketahanan mental dan minda rakyat khususnya dalam bidang daya tahan ekonomi negara. Aspek ini amat relevan dalam konteks negara menghadapi arus globalisasi dan persaingan sengit dalam dunia perniagaan. HANRUH dari itu perlulah memikirkan strategi pelaksanaan yang bersesuaian supaya ia menjadi relevan dan prkatikal bagi memastikan ketahanan sektor ekonomi negara.
Di samping itu, keutuhan dan perpaduan masyarakat diakui sebagai salah satu asas utama bagi membina pembangunan dan kesejahteraan negara.
Ini telah pun terbukti dari saat kita mencapai kemerdekaan di mana rakyat dan pemimpin serta anggota keselamatan telah bersepadu usaha dan tenaga dalam menentang ancaman komunis dan konfrantasi.
Seterusnya kerjasama semua pihak dan kaum telah membuahkan kemajuan negara sehingga kita berada di tempat sekarang. Dari itu, perpaduan masyarakat tidak boleh diabaikan atau 'taken for granted' sebaliknya ia perlu dibina dan dipupuk secara berterusan kerana kepincangan ini akan mengancam kesejahteraan negara.
(Petikan ucapan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak)
Penggerak Minda Rakyat
INFO
Monday, June 09, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)