Thursday, October 16, 2008

Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%

UTUSAN ONLINE

Shahruzzaman Abdul Halim menunjukkan bil cukai pintu Majlis Bandaraya Ipoh yang naik sebanyak hampir enam kali ganda semasa berkunjung ke pejabat Utusan Malaysia di Ipoh semalam. – Gambar HANAFI KHAMIS


IPOH 15 Okt. – Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.

Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.

Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.

“Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepada saya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990, 13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor.

HINGRAF DIISYTIHAR PERTUBUHAN HARAM: TINDAKAN KERAJAAN TEPAT

Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu atau lebih popular dengan panggilan Hindraf telah diisytiharkan sebagai pertubuhan HARAM berikutan kegiatan mereka yang bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) serta memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai moral negara ini.

Hindraf mula dikenali apabila kumpulan itu memfailkan saman menuntut pampasan 4 trilion pound sterling (RM27.7 trilion) daripada kerajaan Britain yang didakwa membawa dan membiarkan masyarakat India terpinggir di negara ini.

Pada 25 November lalu, Hindraf mencetuskan kekacauan dalam perhimpunan haram di sekitar ibu negara dalam usaha mendesak Ratu Elizabeth II menyokong tuntutan itu.

Terbaru, kumpulan itu melakukan kekecohan di Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, 1 Oktober lalu bagi mendesak lima pemimpinnya dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). (petikan BERITA HARIAN).

Apa yang dirisaukan sekarang ini, akan ada segelintir pihak yang seperti biasa akan berusaha memutar belitkan fakta dan membuat kan semua orang keliru dengan tindakan kerajaan. Apa-pun, Mustika melihat pengharaman HINDRAF yang diwartakan dan dikuat kuasakan semalam adalah tepat dan tidak perlu disanggah lagi.