Thursday, October 16, 2008

HINGRAF DIISYTIHAR PERTUBUHAN HARAM: TINDAKAN KERAJAAN TEPAT

Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu atau lebih popular dengan panggilan Hindraf telah diisytiharkan sebagai pertubuhan HARAM berikutan kegiatan mereka yang bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) serta memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai moral negara ini.

Hindraf mula dikenali apabila kumpulan itu memfailkan saman menuntut pampasan 4 trilion pound sterling (RM27.7 trilion) daripada kerajaan Britain yang didakwa membawa dan membiarkan masyarakat India terpinggir di negara ini.

Pada 25 November lalu, Hindraf mencetuskan kekacauan dalam perhimpunan haram di sekitar ibu negara dalam usaha mendesak Ratu Elizabeth II menyokong tuntutan itu.

Terbaru, kumpulan itu melakukan kekecohan di Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, 1 Oktober lalu bagi mendesak lima pemimpinnya dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). (petikan BERITA HARIAN).

Apa yang dirisaukan sekarang ini, akan ada segelintir pihak yang seperti biasa akan berusaha memutar belitkan fakta dan membuat kan semua orang keliru dengan tindakan kerajaan. Apa-pun, Mustika melihat pengharaman HINDRAF yang diwartakan dan dikuat kuasakan semalam adalah tepat dan tidak perlu disanggah lagi.

2 comments:

balan said...

Not sure if this ban make sense as HINDRAF is not a legal organisation in the first place.

As a moderate Indian Malaysian, I don’t agree or support HINDRAF (maybe one of the few Indian who do not support HINDRAF in Malaysia).

No, I’m not a BN Supporter. How many have actually read their memorandum, speeches or attended their gatherings?

The approach, writing and rhetorics incites hatred towards others. They are another organisation hiding behind race, religion, temples and schools. Most of their arguements are flimsy and does not make much sense.

For alternative views on HINDRAF, from a Indian Malaysian point of view, , please visit

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

(AUg/Sept/Oct Archive)

Anonymous said...

Bungaraya berkata-kata..
Yang Hindraft menuntut kerajaan British banyak sekali tu apa sebenarnya? Apakah begitu besarnya kekesalan mereka dijadikan warganegara malaysia oleh penjajah british suatu ketika dulu? Apakah Tun Sanbanthan telah membuat satu kesilapan?
Mungkin kerajaan kita boleh baiki
kesilapan ini dengan membatalkan Kontrak Sosial ini dimana kaum yang mereka perjuangkan itu hantar balik ke Tanah asal mereka. Atau kerajaan boleh minta kaum ini membuat dua pilihan. Yang mana mau balik Tanah asal atau mamsih menetap di Malaysia sebagai warganegara. Kalau mereka minta duit nak balik pun bagi saja. Mereka ni sebenarnya pengacau.