Tuesday, October 28, 2008

Zahid lulus rombongan khas Pas ke Makkah

Berita Harian online

IPOH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau meluluskan permohonan khas rombongan ke Makkah daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin walaupun ada lebih 348,000 senarai menunggu dalam simpanan Tabung Haji.

Beliau berkata, kelulusan untuk rombongan 22 ahli Pas termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd Misbahul Munir Masduki itu dibuat atas dasar saudara satu agama.

Katanya, berdasarkan 348,000 individu dalam senarai menunggu ke Makkah, mereka yang mendaftar tahun ini hanya boleh ke Tanah Suci pada 2019, tapi beliau meluluskan permohonan Mohammad Nizar kerana bersifat terbuka dengan mengetepikan perbezaan politik.

"Saya tidak mengambil pendekatan politik tetapi sebaliknya bersikap terbuka dalam mengendalikan hal agama dan saya harap Menteri Besar juga mengambil pendekatan yang sama dalam soal agama.

"Haji bukan agenda politik. Saya mahu masyarakat tahu walaupun kami dari parti politik berbeza, saya mengambil pertimbangan agama," katanya kepada pemberita selepas Majlis Adil Fitri anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Perak di sini, hari ini.

Dalam Pilihanraya Umum Mac lalu, Mohd Misbahul adalah calon Pas yang tewas kepada penyandang, Shaarani Mohamed bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup dalam Parlimen Bagan Datoh yang diwakili Dr Ahmad Zahid.

Mohammad Nizar pula memenangi DUN Pasir Panjang menewaskan calon Barisan Nasional dari MIC, Dr S Vasan.

______________________________________________________________________

sekali lagi, belajar lah berterima kasih.... Bukannya susah pun....

Harga minyak mentah menjunam AS$60 setong

berita harian online

NEW YORK: Harga minyak mentah dunia menjunam semalam, terentah dalam masa 17 bulan berikutan kebimbangan kemelesetan ekonomi global yang menyaksikan permintaan terhadap bahan api itu menurun.

Di New York harga minyak light sweet bagi Disember menjunam 93 sen untuk ditutup kepada AS$63.22 setong.

Pada satu ketika, harga bahan api itu berada pada kedudukan terendah iaitu AS$61.30, paras sama pada Mei 2007.

Di London, minyak mentah Brent North Sea bgi Disember merosot kepada AS$59.02 setong, paras terendah sejak Februari 2007, sebelum ditutup AS$61.41 setong, menurun 64 sen.

Kemerosotan harga minyak itu membawa kesan dramatik kepada penurunan harga saham di Asia semalam, termasuk indeks Nikkei di Tokyo yang menyaksikan penurunan terendah sejak 1982. - AFP

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Satu lagi berita menggembirakan bagi rakyat Malaysia khususnya. Walaupun penurunan harga minyak ini belum lagi di khabarkan kepada rakyat Malaysia, namun harapan rakyat Malaysia sudah tentu tidak akan dikecewakan.

Yang paling penting, belajarlah berterima kasih kerana ucapan terima kasih walaupun pendek tetap akan memberi makna yang amat besar kepada semua pihak.