Tuesday, October 28, 2008

Zahid lulus rombongan khas Pas ke Makkah

Berita Harian online

IPOH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau meluluskan permohonan khas rombongan ke Makkah daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin walaupun ada lebih 348,000 senarai menunggu dalam simpanan Tabung Haji.

Beliau berkata, kelulusan untuk rombongan 22 ahli Pas termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd Misbahul Munir Masduki itu dibuat atas dasar saudara satu agama.

Katanya, berdasarkan 348,000 individu dalam senarai menunggu ke Makkah, mereka yang mendaftar tahun ini hanya boleh ke Tanah Suci pada 2019, tapi beliau meluluskan permohonan Mohammad Nizar kerana bersifat terbuka dengan mengetepikan perbezaan politik.

"Saya tidak mengambil pendekatan politik tetapi sebaliknya bersikap terbuka dalam mengendalikan hal agama dan saya harap Menteri Besar juga mengambil pendekatan yang sama dalam soal agama.

"Haji bukan agenda politik. Saya mahu masyarakat tahu walaupun kami dari parti politik berbeza, saya mengambil pertimbangan agama," katanya kepada pemberita selepas Majlis Adil Fitri anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Perak di sini, hari ini.

Dalam Pilihanraya Umum Mac lalu, Mohd Misbahul adalah calon Pas yang tewas kepada penyandang, Shaarani Mohamed bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup dalam Parlimen Bagan Datoh yang diwakili Dr Ahmad Zahid.

Mohammad Nizar pula memenangi DUN Pasir Panjang menewaskan calon Barisan Nasional dari MIC, Dr S Vasan.

______________________________________________________________________

sekali lagi, belajar lah berterima kasih.... Bukannya susah pun....

2 comments:

beritamalaysiakini said...

Salam tuan blog...

blog anda antara blog2 yg saya himpunkan di blog saya :

beritamalaysiakini

dipersilakan jenguk dan memberi pendapat setiap berita yang disiar di blog saya.

tq

mustikacitra-indah said...

terima kasih. Sudi kiranya bagi idea atau pendapat untuk mustika bincangkan bersama