Laman Web Pemuda UMNO
Posted on Monday, November 03 @ 10:51:28 MYT
Oleh Adnil Mohd
Kuala Lumpur –- Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Reezal Merican Naina Merican menyifatkan pakatan pembangkang yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor sekarang sedang mengalami sindrom kecelaruan pemikiran dan dasar kerjasama pakatan tersebut.
Ini katanya dibuktikan dengan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersoalkan keputusan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Jelas beliau lagi Pas sudah mula sedar Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup menjadi boneka kepada sebuah cerita kerajaan yang kononnya ‘terbuka’ tetapi sangat berbau perkauman dan cuba menjolok kesabaran orang Melayu.
"PKR pula menjadi semakin tidak popular di kalangan orang Melayu apabila ramai yang curiga dengan pemikiran dan tindakan pimpinan mereka.
"Mereka sudah termasuk ke dalam jerat pemikiran yang mereka bina sendiri iaitu kesanggupan melondeh hak dan keistimewaan orang Melayu dari atas sampai ke bawah," katanya.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.
Reezal Merican yang juga Pengerusi Biro Ekonomi, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seterusnya berpendapat, Pas semestinya tidak rela berada dalam arus pemikiran yang berbahaya kepada masa depan politik mereka di kawasan atau negeri majoriti Melayu.
Justeru katanya lagi Pas wajar membuat keputusan yang berani untuk tidak terus berada dalam arus tidak sihat yang dipelopori PKR.
"Usaha yang dilakukan oleh Abdul Hadi adalah bertepatan dengan sentimen masyarakat akar umbi di Selangor yang makin rasa tidak selesa dengan kaedah pentadbiran kerajaan negeri.
"Isu Siew Moi hanyalah sebahagian daripada petunjuk yang membayangkan Pakatan Rakyat dalam keadaan yang sakit dan ini boleh dilihat dalam banyak kes atau isu kebelakangan ini," ujarnya.
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
16 hours ago
No comments:
Post a Comment