Wednesday, September 30, 2009

ISA CALON BN


sumber: Bharian Online


Pemilihan ambil kira pandangan penduduk Bagan Pinang PORT DICKSON:

Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, 11 Oktober ini. Pemilihan Mohd Isa, 60, diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis jamuan Aidilfitri di Batu 6 Jalan Pantai di sini, semalam. Pas pula mencalonkan Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohamad Omar, 45, yang diumumkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, malam tadi.

Muhyiddin ketika mengumumkan calon BN, berkata pemilihan Mohd Isa dibuat bukan saja selepas diteliti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malah mengambil kira pandangan akar umbi penduduk Bagan Pinang. Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kerja peringkat bawahan dilakukan sebelum keputusan itu dibuat dengan mendapatkan pandangan semua lapisan masyarakat dan semua kaum. "Oleh kerana ini adalah pilihan raya kecil, apa yang penting ialah rakyat didahulukan, rakyat di Bagan Pinang mesti didahulukan.
Zulkefly Mohamad Omar

"Mana yang rakyat hendakkan, itu yang kita akan beri. Siapa yang rakyat mahu, siapa yang Bagan Pinang mahu," katanya disambut laungan gemuruh orang ramai yang menyebut nama `Mohd Isa' beberapa kali. "Okay, Tan Sri Isa lah menjadi calon BN," kata Muhyiddin dan pengumuman itu sekali lagi disambut dengan laungan serta tepukan gemuruh kira-kira 10,000 orang yang menghadiri majlis itu. Hadir sama, Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussain; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon. Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Umno, Azman Mohammad Noor, 54, pada 31 Julai lalu kerana jangkitan dalam darah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian pada 11 Oktober ini. Muhyiddin berkata, pemilihan Mohd Isa turut mengambil kira jasanya dan walaupun melalui tempoh hidup yang sukar dalam politik, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu masih seorang pejuang, berkorban dan tidak pernah berhenti memberi khidmat kepada parti, kerajaan dan negara. Sehubungan itu, beliau meminta jentera pilihan raya BN melancarkan kempen secara tersusun dan menemui setiap pengundi Bagan Pinang bagi memastikan kemenangan Mohd Isa.
Mustikaindah: Moga Pilihanraya kali ini berpihak kepada BN..........berkat bulan syawal...