Monday, May 12, 2008

TUNGGU

UTUSAN ONLINE (12/05/2008 1:29pm)


KUALA LUMPUR 12 Mei – Kerajaan hari ini akan mengumumkan langkah pemulihan bagi menangani kenaikan harga beras dan mengawal inflasi sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat yang berdepan dengan kenaikan kos hidup.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Inflasi hari ini bagi mencari penyelesaian kepada isu harga makanan dan kekurangan bekalan.
"Beberapa keputusan akan dibuat terutamanya berhubung padi dan beras,” kata beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan Forum Halal Sedunia 2008 di sini hari ini.
Semasa ditanya sama ada kerajaan akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi bagi bahan api kepada rakyat asing, Abdullah berkata, kerajaan melihat kepada semua aspek berhubung harga minyak dunia.
"Kita akan membuat pengumuman sewajarnya. Saya tidak akan beritahu sedikit demi sedikit. Kita akan melihat kepada semua ini (dan) kita sedar harga minyak naik sehingga AS$120 setong,” katanya.

- Bernama
*******************************************************
sama-sama lah kita tunggu..... tapi bersabarlah............

FIKIR SEJENAK

Detik masa berlalu dan setiap hari kita didedahkan dengan sikap sebenar pemimpin-pemimpin DAP. Ini dapat dilihat daripada gelagat dua tiga orang pemimpin DAP yang menyinggung dan mencabar sensiviti orang Melayu. Kisah bermula dengan cadangan untuk memulaukan istiadat mengangkat sumpah MB Perak, seterusnya sikap tidak matang ketika persidangan Parlimen. Malah dapat dilihat lagi apabila mereka mempertikaikan campur tangan Sultan dalam kes pertukaran Pengarah JAIP.



Peristiwa-peristiwa ini dilihat oleh orang Melayu sebagai satu hal yang mencabar kewibawaan bangsa Melayu. Harus diingat sebenarnya, DAP bukanlah sebuah parti yang bersikap positif terhadap bangsa Melayu. Melayu harus sedar, apa gunanya menyokong parti yang tidak boleh dan tidak mampu meneraju negara dengan baik suatu hari nanti. Apa kita mahu, negara kita pada masa hadapan (jika Pakatan Rakyat menang..... kalaulah tapi mustahil...) pemimpin-pemimpin ini saling berebut kuasa dan kita pastinya menjadi mangsa keadaan. Negara kan huru-hara malah mungkin tergadai....(InsyaAllah tidak akan berlaku). Apa kita mahu, negara yang berpaksikan Islam ini dihapuskan? Apa kita bersedia negara yang dipimpin oleh Pemimpin Melayu yang beragama Islam hari ini luput dari ingatan? Atau adakah kita mahu YDP Agong dan Raja-Raja Melayu tidak lagi wujud di negara ini?


Berfikirlah sejenak..... janganlah terburu-buru dalam membuat keputusan.


Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar!!