Monday, May 12, 2008

TUNGGU

UTUSAN ONLINE (12/05/2008 1:29pm)


KUALA LUMPUR 12 Mei – Kerajaan hari ini akan mengumumkan langkah pemulihan bagi menangani kenaikan harga beras dan mengawal inflasi sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat yang berdepan dengan kenaikan kos hidup.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Inflasi hari ini bagi mencari penyelesaian kepada isu harga makanan dan kekurangan bekalan.
"Beberapa keputusan akan dibuat terutamanya berhubung padi dan beras,” kata beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan Forum Halal Sedunia 2008 di sini hari ini.
Semasa ditanya sama ada kerajaan akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi bagi bahan api kepada rakyat asing, Abdullah berkata, kerajaan melihat kepada semua aspek berhubung harga minyak dunia.
"Kita akan membuat pengumuman sewajarnya. Saya tidak akan beritahu sedikit demi sedikit. Kita akan melihat kepada semua ini (dan) kita sedar harga minyak naik sehingga AS$120 setong,” katanya.

- Bernama
*******************************************************
sama-sama lah kita tunggu..... tapi bersabarlah............

No comments: