Thursday, August 13, 2009

Mengapa PAS Disingkir dari BN?

Dr Novandri Hasan Basri

Kenapakah PAS disingkirkan daripada BN pada era 70-an?Soalan ini menimbulkan pelbagai persoalan dan pelbagai jawapan. Yang pastinya, parti PAS mempunyai jawapan seolah-olah mereka telah teraniaya. Yang menyulitkan kita ialah orang kita kurang arif dan tidak suka membaca sejarah.Maka, ramai di antara kita yang mengambil jalan mudah dengan mempercayai apa sahaja orang kata tanpa merujuk kepada fakta-fakta sejarah.

Sila baca petikan ucapan di bawah :-

Petikan ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

1. Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.2. Pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelan

tan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

3. Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk yang mengakibatkan kecederaan sebilangan orang, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat malah telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

4. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama Barisan Nasional dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen dan disambut baik serta disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri tetapi pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya.

5. Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

6. Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO. Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional?

7. Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?