Friday, August 14, 2009

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2009



DATUK Seri Najib Razak bersama Tan Sri Muhyiddin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan penjawat awam pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang Hari Kemerdekaan Ke-52, di Kompleks Sukan Air, di Putrajaya pada 12 Ogos 2009.



SAMBUTKAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PADA BULAN KEMERDEKAAN INI.


TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ ASRI

Vokalis utama Rabbani meninggal


KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim (gambar), meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Bangsar, di sini akibat sakit jantung, pagi semalam.

Allahyarham rebah kira-kira jam 10.30 pagi ketika raptai pelancaran program Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum dihantar ke PMC untuk rawatan.

Adik iparnya, Adha Buyong, berkata Mohd Asri, 40, dan berasal dari Klang, Selangor menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.



"Saya menerima panggilan memaklumkan abang ipar saya pengsan. Pagi tadi (semalam) memang abang Asri mengadu tidak sihat dan muntah-muntah, namun dia tetap menyertai raptai itu," katanya ketika ditemui di PMC.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Jannah Shahdan, 38, dan enam anak, Mohd Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Afikah, 12; Mohd Ilham, 10; Sofiyah Munawarah, 6, dan Hamidi Rabbani, 4.

Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam selepas Maghrib, semalam.

Allahyarham adalah vokalis utama Rabbani bersama lapan lagi anggota terdiri daripada Azadan Abdul Aziz, Rahmat Shafie, Mohd Asri Ubaidullah, Lokman Abdul Aziz, Rithahudeen Yaakob, Mohd Nazrul Azhar Tamrin, Zulkifli Azman dan Affendi Shahabudin.

Antara lagu popular nyanyian Mohd Asri bersama Rabbani ialah Pergi Tak Kembali, Subhanullah, Intifada, Assalamualaikum, Iqra, Di Ambang Syawal, Ingat Lima Sebelum Lima dan baru-baru ini berduet dengan Amy Search menyanyikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Kumpulan itu dinobatkan sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama lapan tahun berturut-turut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya, berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan dari pejabatnya ke auditorium untuk menghadiri pelancaran program Syahadah yang akan disiarkan di RTM sempena Ramadan ini.

"Apabila sampai di situ, saya lihat orang ramai mengusung beliau untuk dibawa ke hospital. Tidak lama selepas itu, kami dimaklumkan Asri meninggal dunia.

"Majlis diteruskan, tetapi tanpa persembahan perasmian, sebaliknya memainkan lagu tema program Syahadah menerusi cakera padat," katanya.

Penerbitan dan Penyelaras Program Syahadah, Ibrahim Zaidi Ismail, berkata beliau terkejut apabila melihat Asri tiba-tiba jatuh sebelum program bermula.

"Kira-kira jam 10.30 pagi Asri masuk studio. Asri memegang mikrofon, tetapi beberapa saat sebelum program bermula Allahyarham rebah ke lantai," katanya.

Rakan karibnya yang juga anggota kumpulan Raihan, Che Amran Idris menganggap Mohd Asri sebagai idola kerana beliau mula mengenalinya sebelum kemunculan kumpulan nasyid kontemporari lain.

"Malah, banyak kumpulan nasyid sekarang, termasuk Raihan sendiri cuba meniru gaya dan penampilan arwah. Kami menganggap arwah sebagai pahlawan dan ikon nasyid," katanya.
_______________________________________________________________
MUSTIKAINDAH: MEMINNATI KUMPULAN RABBANI SEJAK PERTAMA KALI MENDENGAR LAGU "PERGI TAK KEMBALI"

Thursday, August 13, 2009

Mengapa PAS Disingkir dari BN?

Dr Novandri Hasan Basri

Kenapakah PAS disingkirkan daripada BN pada era 70-an?Soalan ini menimbulkan pelbagai persoalan dan pelbagai jawapan. Yang pastinya, parti PAS mempunyai jawapan seolah-olah mereka telah teraniaya. Yang menyulitkan kita ialah orang kita kurang arif dan tidak suka membaca sejarah.Maka, ramai di antara kita yang mengambil jalan mudah dengan mempercayai apa sahaja orang kata tanpa merujuk kepada fakta-fakta sejarah.

Sila baca petikan ucapan di bawah :-

Petikan ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

1. Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.2. Pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelan

tan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

3. Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk yang mengakibatkan kecederaan sebilangan orang, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat malah telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

4. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama Barisan Nasional dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen dan disambut baik serta disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri tetapi pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya.

5. Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

6. Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO. Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional?

7. Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Tuesday, August 11, 2009

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos

sumber: Berita Harian Online


SPR tetapkan tarikh pengundian diadakan pada Ramadan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 25 Ogos ini, manakala penamaan calon pada 17 Ogos. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata SPR menerima makluman rasmi Speaker DUN Pulau Pinang mengenai kekosongan kerusi berkenaan pada 3 Ogos lalu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, pada 31 Julai lalu.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir adalah pilihan raya kecil kelapan sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lalu. Sebelum ini, pilihan raya kecil DUN Lunas, Kedah pada 2000 dan pilihan raya umum Sabah pada 1994 juga diadakan pada Ramadan. Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009 yang sudah dikemas kini sehingga 31 Julai lalu.

"Berdasarkan daftar itu, pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir mengandungi 20,290 pengundi berdaftar, termasuk seorang pengundi pos," katanya semalam.

Beliau berkata, pusat penamaan calon dan penjumlahan undi ialah di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, manakala pengundian, proses pengeluaran dan pengiraan undi pos di Pejabat Daerah Seberang Prai Tengah.

Sebanyak lapan pusat mengundi membabitkan lapan sekolah dan 39 tempat mengundi disediakan. Seramai 423 petugas akan terbabit dalam pengendalian pilihan raya kecil itu dan akan diberikan latihan mencukupi bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.

Selain itu, SPR akan menubuhkan tiga Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) mengikut Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang akan bertanggungjawab memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen dari 17 Ogos sehingga tamat hari mengundi. Katanya, SPR melantik Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus dan tiga penolong pegawai pengurus.

Pengundi boleh membuat semakan melalui laman web www.spr.gov.my atau SMS dengan menaip SPR SEMAK nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888 mulai 14 Ogos ini. Beliau turut mengingatkan semua parti politik dan penyokong mematuhi seksyen kecil 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan larangan berkempen pada hari mengundi dan mereka yang tidak mematuhinya boleh dipenjara maksimum setahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.

Mengenai kebimbangan akibat Influenza A (H1N1), Abdul Aziz berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengenai langkah yang perlu diambil. "Bagi SPR, kakitangan yang bergaul dengan pengundi perlu memakai topeng. Pengundi yang dijangkiti H1N1, janganlah datang," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohd Hamdan memperoleh 11,004 undi menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.
_________________________________________________________________

Mustikaindah: Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir..... Usaha Tangga Kejayaan. Seperti kata Perdana Menteri, Dato' Seri Najib: "KALAU KITA NAK MENANG, BUAT CARA NAK MENANG"

Thursday, August 06, 2009

TUNGGU DAN LIHAT....


MELIHAT KEPADA JUMLAH UNDI YANG DIPEROLEH OLEH CALON UMNO PADA PILIHANRAYA 2008 IAITU SEBANYAK 5571, BANYAK BEZANYA TU DENGAN JUMLAH UNDI YANG DIPEROLEH OLEH CALON PAS 11004 SEHINGGA MAJORITI PERBEZAAN JUMLAH UNDI SEBANYAK 5433. DI MANA SILAPNYA? UMNO KENA MENGKAJI SEDALAM-DALAMNYA MENGAPA CALONNYA DI TOLAK DI KAWASAN YANG MEMPUNYAI PERATUSAN JUMLAH PENGUNDI MELAYU YANG TINGGI.

PAS PULA JANGAN TERLALU MENDABIK DADA YAKIN MENANG PADA PRK KALI INI. BELUM TENTU LAGI RAKYAT INGIN BERADA DI TAKUK LAMA TANPA APA-APA PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN DI KAWASAN ITU.

SAMADA UMNO AKAN BERTANDING ATAU TIDAK PADA PRK KALI INI ITU BUKAN PERSOALAN PENTING BAGI MUSTIKA.... BIAR MEREKA YANG MEMBUAT KEPUTUSAN. JANGAN PULA KITA YANG PANDAI-PANDAI BUAT ANDAIAN.

MUSTIKA: TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA......

Monday, August 03, 2009

PENYEBARAN VIDEO PALSU: PERCUBAAN UNTUK MENJATUHKAN SPRM GAGAL!

Sejak dua menjak ini, kecoh mengenai video yang tersebar luas di dalam youtube mengenai gambaran sebenar Teoh ketika disoal siasat oleh SPRM. Video tersebut kononnya menggambarkan seorang lelaki yang didakwa penyebar video tersebut sebagai Teoh diseksa, disepak dan diteranjang oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah pejabat.

Terus terang Mustika katakan, Mustika langsung tak percaya dengan niat jahat segelintir manusia yang membuat onar sebegini. Masakan tidak, di dalam video tersebut yang Mustika percaya di rakam dengan menggunakan telefon bimbit, lelaki yang didakwa Teoh itu memakai baju kemeja putih dan berseluar hitam sedangkan ketika mayat mendiang ditemui, mendiang memakai seluar putih dan baju warna/ jaket warna hitam. takkan lah SPRM sempat tukar bajunya?

Bagi menutup kes salah laku mahupun penglibatan pemimpin pembangkang dari diketahui umum, inilah hasilnya (video palsu). Mereka ingin mengaburi mata kita (rakyat) dan menutup kesalahan mereka dengan menimbulkan kes yang direka-reka (SPRM membunuh!). Apa motif SPRM nak bunuh saksi penting dalam kes ini melainkan orang yang disiasat yang takut rahsianya terbongkar itulah akan merasakan kematian Teoh akan mententeramkan jiwa mereka. Mungkin cerita yang dicipta pembangkang nampak sempurna di mata rakyat, namun sudah nampak sedikit cacatnya. Pemimpin pembangkang ibarat berada di dalam karung plastik yang disambar api. Sedikit demi sedikit, plastik ini akan cair. Begitulah juga dengan nasib mereka yang mencipta cerita palsu sebegini. Sedikit demi sedikit, kebenaran akan terserlah. Masa tu nak lari pun dah tak boleh. Bersedialah menghadapi kenyataan!

Kata pepatah, bangkai gajah mana boleh ditutup dengan sehelai daun.......... Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!