Monday, September 08, 2008

BUANG MASA? BUANG DUIT? MEMBAZIR?

oleh: http://pilihan-anda.blogspot.com/

KLANG 6 Sept. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

"Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke lokasi bencana alam itu sejak ia melanda Isnin lalu.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa. BACA LAGI

Des kata : Ish! Tan Sri, Des nak bagitau la kot kot terlupa, kita di bulan puasa nie harus ingat mengingati, Tan Sri mendapat gelaran Tan Sri pasal mangsa-mangsa ribut tu la yang mengundi. Tan Sri juga mempunyai nama lain yang termaktub di dalam perlembagaan. Nama-nama tersebut ialah YANG BERHORMAT, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) dan yang paling popular ialah WAKIL RAKYAT.

Bila dah nama wakil rakyat, makna dari segi logiknya, Tan Sri ni sebenornye, hamba pada rakyat, orang yang boleh buat kerja bila disuruh, mesti mengorbankan tenaga dan kewangan untuk membantu rakyat-rakyat yang memangkah Tan Sri. Kalau Tan Sri tak turun padang akibat kekangan kewangan dan masa, macam mana Tan Sri nak tahu ada masalah yang menimpa rakyat yang memangkah logo bodoh yang Tan Sri payungi...

Owh....Tan Sri punya wakil-wakil rakyat kawasan dan exco-exco yang berdekatan dan sentiasa berhubung dengan mereka. Abis tu, apa sebenornya job description seorang Menteri Besar? Telefon sahaja untuk mengetahui perkembangan...? Bravo! Bravo! Takper la, lagipun kita di bulan Puasa ni eloklah bersangka baik, mungkin Tan Sri berasa letih akibat berpuasa dan mangsa-mangsa ribut tersebut pula tidak pandai mengerti erti kepenatan dan keletihan...

Tak apalah, Tan Sri duduklah kat bilik Tan Sri samapai berakar punggung tu. Tak payah pegi mana-mana nanti membuang masa dan wang. Rasanya, telefon pun tak payah kot, nanti bil telefon meningkat, buang duit jugak tu...YOU JUST SIT THERE, ENJOY YOUR RAMADHAN, AND "EAT THE BLIND SAW"!

1 comment:

miaruzul said...

bukan pemimpin yang tak mendekati rakyat. Tokoh kepimpinan islam yang harus dijadikan contoh oleh Khalid ialah Saidina Umar Al-khatab dan Sultan Alauddin Riayat Shah.
Khalifah Umar sanggup keluar malam untuk melihat kesusahan rakyat begitu juga Sultan Alauddin.
Khalid tidak ada ciri kepimpinan. Sebab itu beliau bercakap sedemikian.
rakyat Malaysia celiklah minda, pemimpin begini tidak harus ada dalam masyarakat kita...Pemimpin adil pemimpin ku sembah, pemimpin jahil pemimpin ku sanggah