Wednesday, May 14, 2008

ISU ISA DIPERJELASKAN

MP Padang Serai, MP Permatang Pauh, MP Pasir Mas membangkitkan isu ISA. Menteri berkenaan membuat penjelasan bahawa buat masa ini kerajaan masih belum bercadang untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Apabila ada MP Pembangkang membangkitkan isu Utayakumar yang ditahan dibawah ISA, tidak diberi keadilan yang sewajarnya, Menteri telah menghuraikan bahawa kerajaan telah memberikan keadilan yang sepenuhnya kepada Utayakumar. Dalam hal Utayakumar yang tidak ingin dihantar dan dirawat di salah sebuah pusat perubatan di Pulau Pinang, menteri menjelaskan bahawa pada mulanya kerajaan dan Utayakumar sendiri bersetuju untuk menghantar beliau ke pusat perubatan di Pulau Mutiara intu, tetapi tiba pada tarikh tersebut beliau enggan dan menolak serta meminta untuk di hantar ke IJN di Kuala Lumpur. Beliau juga meminta supaya keluarganya menemani setiap hari. Menteri menyatakan bahawa undang-undang menetapkan 1 jam seminggu untuk berjumpa dengan orang luar. Menteri memberi kelonggaran dan membenarkan tahanan berjumpa dengan ahli keluarga padahal ini tidak ada dalam undang-undang. Malah menteri juga memebritahu ahli dewan bahawa tidak ada undang-undang di bawah ISA yang membolehkan tahanan ditempatkan di tempat-tempat lain @ rumah sendiri melainkan tempat yang telah digazetkan sebagai tempat tahanan. Namun hal ini lah cuba diputar belitkan oleh ahli MP Pembangkang.

MP Padang Serai (PKR) mendakwa pegawai penguasa telah menyalah gunakan kuasa apabila menahan beliau tanpa sebab yang munasabah dan mendakwa pegawai terbabit telah melakukan kesalahan salah laku. Dalam hal ini, Menteri menyarankankan MP Padang Serai supaya memfailkan tuntutan undang-undang dan keadilan jika merasakan bahawa beliau teraniaya.

Mengenai isu HINDRAF, Menteri menerangkan bahawa kumpulan tersebut tidak berdaftar dan ditubuhkan secara haram. Tujuan utama HINDRAF adalah meniupkan sentimen perkauman yang boleh menggugat keselamatan awam dan negara. Malah ada bukti menyatakan bahawa dalam setiap ucapan dan kenyataan pemimpin-pemimpin mereka, memang terdapat kenyataan dan hujah-hujah yang cuba mencetuskan perbalahan antara kaum.Menteri menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan menghalang mana-mana pihak atau kaum untuk mempertahankan hak kaum mereka tetapi mestilah mengikut peraturan dan saluran yang betul.

MP Pembangkang sepatutnya mengkaji dan membuat kenyataan yang berasaskan bukti yang kukuh bukannya dakwaan yang tidak benar yang boleh dianggap sebagai fitnah.

No comments: