Tuesday, May 06, 2008

ALAHAI PEMBANGKANG............

Apabila sidang dewan rakyat sudah melepasi setengah hari, mustika menganggap terlalu banyak yang ingin di kongsi bersama. Namun memandangkan masa tidak mengizinkan, mustika hanya ingin 'membentangkan' secebis pandangan sahaja..... Ada dikalangan ahli dewan yang tidak begitu fasih berbahasa melayu. Apabila isu bahasa diketengahkan, rakan-rakan mustika juga bersetuju. Isu bahasa melayu bukan lah isu baru, namun sebagai bahasa pengantar di dalam dewan, mengapa bahasa ini tidak di kuasai dengan baik oleh ahli dewan?

Lim kit siang sepatutnya belajar bagaimana menghormati ahli dewan. Sikap emosional beliau perlu dikawal. Janganlah terlalu mengikut perasaan sehinggakan adab susila dan tertib serta peraturan dewan juga dilupakan. Lim kit siang dilihat terlalu suka dan gemar melemparkan tuduhan kepada pihak lain. Mustika lihat beliau cuma ingin menjadikan dewan sebagai persada pertelingkahan dan perbalahan. Sikap ego dan berlagak 'hero' ini menjadi sudah menjadi trend beliau. Mungkin inilah dia lambang kepimpinan lim kit siang.......

Apa yang mustika lihat, jawapan demi jawapan diberikan kepada pihak pembangkang, pelbagai penjelasan telah diberikan, namun apa yang mustika tidak faham, kenapa pembangkang mesti mengulangi soalan-soalan tersebut berulang kali? Mereka tak faham agaknya...... Atau mereka memang tidak peka dengan jawapan yang diberikan sebab itulah soalan berulang-ulang.

Adakah dewan rakyat ini merupakan medan pembangkang untuk menyampaikan rasa tidak puas hati dan kecewa terhadap kerajaan kerana pernah menerima 'hukuman' daripada kerajaan? Pembangkang yang hadir hari ini mustika kaji, lebih suka berucap panjang dan cuba memberi syarahan kepada ahli dewan... Mungkin kempunan nak jadi pensyarah agaknya...... Tetapi sayang, salah tempat rupanya.....

2 comments:

Anonymous said...

SAYA TAK BERSETUJU...
MUSTIKA KENE INGAT MEREKA BUKANNYA PATUNG DI DEWAN TU
MEREKA KENE AKTIVE DAN MUSTIKA KENELAH POSITIVE SKIT

KH

mustikacitra-indah said...

memanglah mereka bukan patung di dalam dewan tetapi tetapi kita harus ingat, adab dan tatasusila harus dijaga. mereka adalah golongan pemimpin. soal mereka aktif bertanya memang mustika boleh terimatetapi kalau sudah melampaui batas apa kesudahannya? mustika sentiasa berfikiran positif.