Wednesday, August 13, 2008

TAKTIK PUKUL BELAKANG DAN SERIBU MUKA DSAI: SATU PENDEDAHAN OLEH NALAKARUPAN DAN M. EZAM


oleh: PENGUNDI BIJAK

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 merupakan peluang kepada semua pengundi untuk menolak Pakatan Rakyat yang telah banyak menimbulkan masalah kepada landskap politik negara yang berteraskan Demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

Semakin jelas sekarang Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Parti KeAdilan Rakyat menggunakan taktik menghasut dan pecah belah serta 'talam dua muka' bagi meraih sokongan pengundi India, Cina dan Melayu.

Yang terbaru ialah pengumuman Setiausaha Agong PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membuka pintu UiTM kepada pelajar-pelajar India dan China dengan memberi kouta kemasukan sebanyak 10% hanya atas dasar mahu melihat wujudnya persaingan yang sihat dikalangan pelajar-pelajar Melayu.

Pengumuman ini yang mendapat arahan daripada Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi di Permatang Pauh walhal kedua-dua pemimpin PKR tadi memang telah menelah lebih awal bahawa kenyataan tersebut akan mengundang kemarahan seluruh masyarakat Melayu.

Sebagai pemimpin Melayu dan bekas Timbalan Perdana Menteri serta bekas korporat yang memainkan peranan cukup penting memajukan ekonomi orang-orang Melayu melalui PNB seketika dahulu, orang Melayu percaya hati kecil mereka tidak mengizinkan UiTM itu dibuka kepada orang-orang bukan Bumiputera, bak kata pepatah Inggeris "blood is thicker than water". Tetapi politik 'talam dua muka' mereka atau politik 'seribu muka', kata orang Sabah menghalalkan mereka membuat pembohongan kepada orang-orang bukan Melayu semata-mata untuk menggambarkan bahawa Parti Keadilan Rakyat itu berjuang untuk semua rakyat Malaysia sesuai dengan sifat multi-racial nya konon.

Bagi pengundi Cina dan India, mereka perlu ingat dan sedar bahawa pemimpin PKR khususnya DSAI pernah mengeluarkan kata-kata bahawa beliau akan melenyapkan bunyi loceng kuil dalam peristiwa pergaduhan di Kampung Medan semata-mata untuk memartabatkan dirinya sebagai juara orang Islam.

Yang terbaru seperti didedahkan oleh Dato' Nalakurapan dalam Majlis Membongkar Rahsia Anwar pada malam tadi 12 Ogos 2008 di Permatang Pauh, DSAI sedang sibuk menjaja dirinya dikalangan pengundi-pengundi India di Permatang Pauh sebagai watak Sibaji yang masyhur dalam filem-filem Tamil bagi menarik sokongan pengundi India. Kata Nalakurapan lagi, kalau Tan Sri P. Ramlee masih hidup beliau akan mati terkejut kerana Anwar meniru wataknya ini.

Taktik 'pintu belakang' ini adalah diluar tabii dan itulah yang selalu diamalkan dan akan terus diamalkan oleh DSAI. Sesungguhnya, ia merbahaya kepada masyarakat berbilang kaum dan Negara. Seluruh pengundi Permatang Pauh wajib menolaknya. Gunakan peluang 26 Ogos ini untuk meleburkan PKR.

1 comment:

Man In Black said...

Mustika,

Buat makluman, watak Sivaji yang sering dilolongkan saudara itu bukanlah merujuk kepada pelakon Sivaji Ganesan dalam banyak filem; tetapi watak Sivaji the Boss yang dilakonkan oleh Rajinikanth dalam filem Sivaji.

Pada pendapat saya, DSAI sedikit pun tak sama dengan watak Sivaji kerana beliau sendiri lebih banyak cela daripada baik. Dalam filem itu, Sivaji betul-betul ingin memajukan rakyatnya tetapi dihalang oleh politikus dan usahawan yang korup. Adakah DSAI sendiri bebas daripada amalan itu?

Che Eduardo