Friday, August 01, 2008

MALAYSIA TODAY PAPARKAN POSTER BURUKKAN PEMIMPIN PAS

PETIKAN DARI: pembelamelayu

Hanya kerana tidak puashati dengan Haji Hadi yang mengadakan perbincangan dengan UMNO, Malaysia-Today mula menyebarkan poster yang seolah-olah Haji Hadi telah dibeli. Ini kerana RPK sememangnya tidak suka Melayu bersatu kerana dia merasakan dia berbangsa bukan Melayu dan suka Melayu berpecah. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh RPK seolah-olah membuktinya bukan lagi Islam walaupun dia tidak pernah mengatakan dirinya telah murtad.

Anda lihatlah sendiri poster yang digunakan untuk menjatuhkan imeJ pemimpin no 1 PAS ini.

hadiwantednf9 Malaysia-Today paparkan poster burukkan pemimpin PAS
Seingat saya UMNO sendiri tidak pernah menuduh PAS sebagai sebuah parti mata duitan. Berbeza sekali dengan media alternative PR ini yang sememangnya sejak dahulu amat anti kepada bangsa Melayu. Banyak artikel dan komen yang disiarkan oleh laman web anti Melayu dan Islam ini sentiasa menghina dan memperkecilkan bangsa Melayu dan umat Islam.

Tetapi, amat menghairankan kerana masih ramai orang Melayu dan Islam meliwati (opss) laman web ini dan mempercayai kandungan artikel bodoh Malaysia-Today.

1 comment:

Anonymous said...

apa2 pun rakyat malaysia semua dah bijak dalam menilai sesuatu perkara. janganla bimbang dan berfikiran sempit. dah lama minda rakyat tertipu dengan dakyah kerajaan apatah lagi fakta tentang RPK ni. kami tahu menilai mana yang benar atau tak sama ada dari kerajaan atau pembangkang. ingatlah islam mengajar kita dalam menilai sesuatu isu itu. cuma saya kesal dah 50thn merdeka nasib melayu islam di bumi bertuah ini masih terus tak terbela dibawah pimpinan yang mengaku sudah melaksakan isalm dengan sempurna...fikir2kanla....


pemuda melayu