Friday, August 01, 2008

MASIH SAYANGKAH PAS PADA PAKATAN RAKYAT?

PETIKAN DARI: PEMBELAMELAYU

Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan perjuangan penubuhan negara Islam. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar.

Pas langsung tidak merasa bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi halal .

Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.

Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian di kalangan ahli penyokong Pas itu sendiri.

Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ataupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam?

Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang Melayu kepada Sultan dan Raja-raja mereka.

Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini.

Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sekarang.

Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah “abang besar”. Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah.

Memanglah benar Pas hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai “Pak Turut”, menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP.

PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan Pas.

Takutkah Pas kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T.

Di manakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang.

Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam.

Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam Pas tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada Pas. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan Pas tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi.

Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam.

Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate di mana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke Ketuanan Rakyat.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas.

Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.

Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam di bumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam.

Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam. Jadi di manakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah hari esok buat Pas dengan negara Islamnya.

Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Di mana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Nasihat buat Pas, kembalilah ke pangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.

Taminsari

Shah Alam

6 comments:

Anonymous said...

Apa2 pun, kesimpulannya orang Melayu dah bosan dengan telatah pemimpin UMNO majoritinya korup dan penakut. Saya rasa dah sampai masanya orang Melayu lebih berani dengan mengundi parti selain korup parti seperti UMNO. Kita perlukan kerajaan yang Bersih, Cekap, Amanah, Jujur dan Adil.

Kerajaan kotor tunjangan UMNO sudah tak diperlukan lagi,

pemuda melayu

Anonymous said...

Oleh meesepuluh

"
Cu, nampak tak tebu tu, org umno suka tanam di bibir, katanya biar lawa,' sengeh cucu ku dengar. Umno suka buat janji tapi tunaikan kepentingan diri dan kroni dulu kalau ada lebih nasible cu.

'Tok awas ular di depan!, 'takapa cu umno tu lebih dahsyat dari ular cu, cakap tak boleh di percayai melainkan ada udang sebalik mee, lidahnya bercabang, dapat peluang kekayaan habis di Belit seorang, orang nak sikit dipatuk berbisa sampai mati..ohhh kalau macam tu tok kalau jumpa ular dan umno pelangkong je si umno tu tok' gasak kau la cu, jangan pukul kasi cedera kesian, pukul kasi mampos...

'Cu nampak tak dalam semak bergoyang', nampak tok, khinzir, ha dia ni baik sikit dari sepupu dia umno kasar sikit BAB 1, pantang nampak benda nak nyondol aje mentakedarah siang malam halal haram tak kira janji halam'.Telunjuk aje lurus kelengking berkait sebab tak jujur dan amanah.

'Kita ke kebun ni nak cari apa tok', nak cari lembu cu buat akikah, bodoh-bodoh lembu dianggap orang ada juga guna daging nya bleh di makan', tapi umno tu cu dah lah bodoh mengalahkan lembu gunanya unuk gimau makan, pastu bodoh sombong tak boleh lebih ajar sebab dia memang kurang ajar.

' Tok umno ni kenapa tangannya panjang', bukan , panjang tangan cu, kerjanya asal ada peluang habis di rompak kekayaan negara dia ada lesen merompak sebab polis kawan dia sama-sama perompak belesen...kuasa pada dia. 'ooh macam firaun ya tok', jahat firaun dah sah dia kafir tapi umno ni masih lagi ngaku islam , lagi lah teruk cu,.ada hari-hari pulak tu'.

'Tok, kuda dan domba tak sama kan tok, betul cu, tapi umno macam dua ekor tu , nafsu ngalahkan kuda, suka mengadu domba buat fitnah untuk tutup keburukan sendiri, kesian DSAI jadi mangsa'.

'Aduh..!! kaki cu tercucuk duri tok!!!, tak apa cu nanti tok cabut, tapi jangan jadi umno menjadi duri dalam daging orang melayu, dah bernanah dan busuk pun masih tak sedar'.

'Hah, sampai pun di tepi rimba ni nyaman sejuk ya cu, tapi umno ni buat hukum dan undang-undang macam undang rimba, suka-suka dia je, pendawaan terpilih-pilih, yang jahat, samseng,penyamun, perasuah dan pembunuh terlepas, ngadu orang kena rogol kedalam, yang baik, yang menegur yang menuntut keadilan salah aje, skrip asik berubah-rubah , pelakun tambahan dan pencacai angkat taik pun bayar mahal,pelakun utama lagi kaya ada 2 jota lagi.

'Kenapa sampai macam tu si umno ni tok'...sebab dia ingat dia tak mati-mati selagi berkuasa, dunia ini ibarat ana yang punya'... Tok tu kubur sapa to tok bersendiri je...tulah kubur UMNO....!! 'La mati juga umno ya tok' 'takk.... mampos je'..kau umno memang aku tak kesian pon....

Anonymous said...

apa yg buruk sgt ngan anwar ibrahim, sehingga diaibkan oleh bangsa seagama sendiri??
dan apa pulak yg harus dibnaggakan sangat dengan tempoh 50 tahun pemerintahan umno di bumi malaysia???
Sehingga kini saya sering tertanya-tanya adakah bumi malaysia ini dijadikan oleh allah swt khas khusus utk orang melayu sahaja???

sekiranya hingga kini kita masih memberi kepercayaan kpd umno memerintah, kenapa kita tidak mampu melihat keupayaan pembangkang dlm konteks demokrasi???

cina muaalaf

Hamba Miskin said...

salam!!

Cina mualaf,anda benar. Malaysia ini milik Allah jua,hanya 'pengganas' melayu yang suka provokasi seolah-olah melayu satu agama.

Hamba Miskin said...

Kalau kita faham hukum,dengar fatwa al qaradhowi,apakah hukumnya memisahkan ISLAM dan POLITIK,maka ramai manusia akan menangis. Sebab apa? tak sedar diri sendiri,manusia sekarang ini,pagi islam,tengahari kafir,petang islam,malam kafir. Tak percaya? tanya ustaz..kat masjid mana mana pun,jangan tanya ustaz pas atau umno,tanya ustaz yang tak berpegang pada parti. Tanyalah kalau tak percaya.

donmny said...

MOHON 'LINK' ARTIKEL KE BLOG HAMBA. TQ