Monday, July 14, 2008

ANWAR CUBA 'MENGERINGKAN' PETRONAS DAN MENJADIKAN PETRONAS MILIK SYARIKAT MULTI NASIONAL

Menjelang debat Menteri Penerangan dan DSAI pada Selasa malam, 15 Julai 2008, Anwar akan cuba mengoptimakan publisiti mengenai beliau dan kononnya perjuangan hendak menurunkan harga minyak sekiranya PKR memerintah. Dalam akhbar tempatan, beliau telah memberitahu bahawa ada kaedah-kaedahnya untuk menurunkan harga minyak dan seterusnya menguntungkan masyarakat.

Beliau akan menggunakan pelbagai hujah termasuklah bagaimana Petronas boleh membantu dalam hal ini. Anwar yang cuba menggunakan teori-teori Barat dan apa yang beliau dengar dari penasihat-penasihat dalam dan luar negeri bahawa satu daripada kaedah negara pengeluar minyak ini adalah satu kelebihan. Jika beliau hendak mengesyorkan Petronas mengepam minyak lagi melebihi 700,000 tong, maka tidak perlulah buang masa berhujah demikian.

Kita tidak mahu menghabiskan sumber alam yang pun tidak banyak, bahkan mungkin pupus tidak berapa lama lagi. Tetapi jika beliau hendak meneruskan hujah ini, maka ini adalah satu jalan yang bertujuan untuk menghabiskan minyak kita sehingga kering. Pendekatan 'to bleed Petronas' adalah satu yang mungkin dilakukan oleh negara-negara pengeluar minyak yang tidak berfikiran panjang seperti terdapat di negara Amerika Latin yang sebenarnya dipaksa oleh Amerika untuk membayar hutang yang bertimbun kepada IMF, yang dikuasai 70% oleh Washington.

Jangan heret Malaysia ke arah mengeringkan simpanan minyak sehingga ia boleh menjadi papa dan kemudian terpaksa seperti negara Latin menjual Petronas kepada syarikat-syarikat multi nasional yang banyak di kuasai oleh syarikat-syarikat gergasi Amerika.


Wira berpendapat bahawa Malaysia telah melakukan pendekatan terbaik dalam usaha-usaha menghadapi kenaikan harga minyak dan makanan demi keselesaan rakyat. Malaysia telah menggunakan sumber-sumber yang ada secara berhemah khusus untuk semua lapisan masyarakat tidak mengira latar belakang kerana isu kenaikan harga minyak adalah global.

oleh: Pemikir Negara

No comments: