Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berperanan sebagai 'tukang lapor' kepada Washington mengenai perkembangan dalam negara. Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, beliau berkata tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu amat dikesali dengan melaporkan segala perkembangan dalam negara, termasuk dakwaan liwat membabitkannya. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas Washington kerana cuba campur tangan dalam urusan negara dengan membuat kenyataan berunsur amaran mengenai dakwaan kes liwat membabitkan Anwar.
++++++++++++++++++++++++++++++
mustika: seperti artikel-artikel sebelum ini di dalam laman blog ini, sudah banyak pendedahan mengenai 'hubungan baik' Anwar dengan 'polis dunia' iaitu Washington. Apa yang Mustika kesali, mengapa Anwar dengan senang hati menggadaikan maruah dan kedaulatan negara ini kepada kuasa asing? Adakah Anwar sudah disogok dengan kemewahan yang tak habis dimakan sampai tujuh keturunan oleh Washington? Cuma Anwar boleh beri jawapan.
No comments:
Post a Comment