Wednesday, July 02, 2008

MP PUCHONG PERLU BELAJAR LAGI

MP Pasir Mas (BEBAS), menimbulkan laporan akhbar berkaitan dengan isu mohon maaf kepada Speaker Dewan oleh MP Puchong (DAP). MP Pasir Mas tidak faham kenapa MP Puchong menafikan bahawa beliau meminta maaf di luar dewan tetapi ada menyebut minta maaf kepada Tuan Speaker di dalam biliknya.

MP Pasir Mas menganggap ini sebagai satu perkara yang tidak baik kerana cakap tak serupa bikin. Beliau meminta penjelasan Speaker Dewan Rakyat. Karpal Singh mencelah membidas MP Pasir Mas tentang sikap beliau seperti katak yang suka melompat-lompat. Berlakulah perang mulut di mana MP Pasir Mas mendedahkan kelemahan Karpal yang pernah di tangkap di bawah ISA. Speaker kemudiannya memaklumkan keadaan sebenar yang berlaku dan meminta ahli dewan bertenang dan mempamerkan keterampilan mereka sebagai MP. Ahli dewan mendengar dan dewan agak sepi buat seketika diikuti dengan Tan Sri Speaker berundur kerana urusan rasmi dan diganti oleh Timbalan Speaker.

Sebenarnya, MP Puchong ini telah menunjukkan contoh negatif kepada dewan dan juga kepada pelajar-pelajar di galeri. Beliau dianggap 'over-react' dan ini merugikan masa ahli dewan yang sedang membincangkan perkara-perkara penting untuk rakyat. MP Puchong masih muda dan mentor beliau adalah MP Karpal Singh yang juga MP berpengalaman. Sepatutnya MP baru ini lebih berhati-hati dan jangan gopoh kerana apa yang berlaku di dalam dan luar dewan menjadi bahan ketawa.

Wira sungguh dukacita dengan tabiat MP Puchong, Gobind Singh Deo yang hilang peluang untuk menjadi jaguh politik pada masa akan datang. Belajarlah ilmu-ilmu yang telah diturunkan oleh bapa anda dan cermatlah dalam pertuturan.

oleh: Pemikir Negara

No comments: