Wednesday, July 02, 2008

KERAJAAN BELANJA RM5.9 BILLION BAGI KOS PEMBELAJARAN PENUNTUT IPTA TAHUN INI - MOHAMED KHALED

SHAH ALAM, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan membelanjakan hampir RM6 bilion untuk menanggung kos pembelajaran penuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.Setiap tahun kerajaan terpaksa menanggung sehingga 80 peratus kos subsidi bagi membolehkan penuntut meneruskan pengajian mereka di IPTA, katanya semasa berucap merasmikan Minggu Mesra Siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyaksikan lebih 7,000 penuntut diterima masuk bagi sesi Julai-Disember 2008 di sini, malam Selasa.Buat pertama kalinya, perasmian program itu dipancarkan secara langsung ke seluruh kampus cawangan UiTM di Malaysia menerusi laman web televisyen UiTM.Khaled mahu mereka yang terpilih memasuki IPTA supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak mensia-siakan peluang itu.Baru-baru ini, katanya, 67,000 pelajar lulusan matrikulasi dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) telah memohon memasuki IPTA bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah tetapi yang berjaya mendapat tempat hanya 40,184 orang."Bagi mereka yang memohon memasuki program diploma dan asasi sains, kita dapati permohonannya sebanyak 156,000 tetapi tempat yang disediakan hanya 30,000 sahaja."Jadi jagalah tempat anda dan kalau tak jaga kita masukkan orang lain kerana ramai yang sedang menunggu di luar sana," katanya.Khaled berkata pelajar yang diterima masuk ke UiTM seharusnya merasa bangga menjadi sebahagian warga universiti yang sehingga hari ini melahirkan 332,000 graduan di seluruh negara dengan menyediakan sejumlah 118,000 tempat pada ketika ini, melebihi universiti yang lain."Kementerian berharap sebelum 2010, UiTM mengambil tanggungjawab untuk memberi ilmu kepada sejumlah 200,000 pelajar Melayu dan bumiputera," katanya.-- BERNAMA


......................................................................................

MUSTIKA: Bertuah pelajar Malaysia. Harap-harap lepas tamat universiti, mereka dapat memberikan khidmat kepada negara. Jangan jadi 'seperti kacang lupakan kulit'. Hargailah pengorbanan dan usaha kerajaan. Jangan pula kerajaan dianggap musuh, ibarat nya seperti 'melepaskan anjing yang tersepit'. Jangan jadi begitu...... berterima kasih lah kepada kerajaan yang sentiasa prihatin kepada keperluan semasa dan kehendak pasaran yang memerlukan tenaga kerja mahir dan berwibawa.

No comments: