Wednesday, July 02, 2008

BERI PELUANG MAHATHIR JELAS TUDUHAN DI MAHKAMAH: GHAPUR

BERITA HARIAN ONLINE

Seorang penyokong kerajaan hari ini mencadangkan di Dewan Rakyat hari ini supaya Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang di mahkamah untuk menjelaskan sendiri beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berhubung krisis kehakiman negara. Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata, tindakan itu dapat menamatkan pertikaman lidah antara Dr Mahathir dan kerajaan serta menyelesaikan isu mengenai krisis kehakiman yang berlaku semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu. “Kenapa tidak kita bawa saja Dr Mahathir ke mahkamah untuk buat penjelasan, saya rasa beliau juga rela dibawa ke mahkamah supaya beliau boleh menerangkan sendiri apa masalahnya dalam (bidang) kehakiman, sama ada wujud salah guna kuasa atau tidak,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

MUSTIKA: Hari ini di Parlimen, isu ini dibangkitkan sepintas lalu bukan secara khusus. Namun mustika juga akan setia menantikan jawapan samada Tun bersedia memberikan penjelasan ataupun sebaliknya. Tunggu sajalah.

No comments: