Sunday, August 17, 2008

ANWAR DAN AZIZAH LUPA DARATAN

OLEH: ANTI PKR

Itu antara intipati ceramah Ezam Md. Noor di Kg. Tanah Liat pada 16 Ogos 2008 di hadapan lebih 300 orang pengundi parlimen P44 Permatang Pauh. Ezam membangkitkan perkara tersebut berdasarkan satu peristiwa pada tahun 2004, ketika Anwar masih di dalam penjara. Ketika itu BN baru memperolehi kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum 2004, dan Wan Azizah dalam kedudukan yang agak sukar.

Atas dasar simpati dan ingin membantu, Ezam telah mengambil inisiatif mempertemukan Wan Azizah dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pertemuan tersebut, Wan Azizah telah mengemukakan 3 PERMOHONAN kepada Pak Lah. Permintaan tersebut adalah seperti berikut :

PERMOHONAN 1
WAN AZIZAH MEMOHON KEPADA PM AGAR ANWAR DIBEBASKAN TERUS DAN DIBERIKAN RAWATAN DI HOSPITAL, MEMANDANGKAN KEADAAN KESIHATAN ANWAR KETIKA ITU.

REAKSI PM
PAK LAH TERUS MENGHUBUNGI PIHAK PENJARA PADA MALAM ITU JUGA DAN MENGARAHKAN ANWAR DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK MENERIMA RAWATAN. JARANG SEKALI ADA BANDUAN YANG DIBAWA KELUAR DARI PENJARA PADA WAKTU MALAM, TETAPI BERBEZA DENGAN ANWAR YANG DIBERI LAYANAN ISTIMEWA OLEH PAK LAH SELAKU PERDANA MENTERI.

PERMOHONAN 2
WAN AZIZAH MEMOHON AGAR PAK LAH MEMBERI KEBENARAN KEPADA ANWAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN KE LUAR NEGARA.

REAKSI PM
PAK LAH TIDAK DAPAT MEMBERI JAMINAN KEPADA WAN AZIZAH, DAN BELIAU PERLU BERBINCANG DENGAN BEBERAPA PIHAK DAHULU SEBELUM BOLEH MEMBERIKAN KEBENARAN UNTUK ANWAR MENDAPATKAN RAWATAN KELUAR NEGARA.

PERMOHONAN 3
WAN AZIZAH MENYAMPAIKAN SALAM ANWAR, DAN ANWAR MEMINTA AGAR PAK LAH TIDAK MENGGANGGU PROSES MAHKAMAH YANG SEDANG MENDENGAR RAYUANNYA.

REAKSI PM
PAK LAH MENJAWAB KEPADA WAN AZIZAH, “PERCAYALAH PADA SAYA, SAYA KENAL ANWAR SEJAK DIA KECIL LAGI, SAYA KENAL IBUBAPA DAN KELUARGANYA, SAYA SEORANG ISLAM DAN SAYA TIDAK AKAN MENGANIAYA SEORANG ISLAM YANG LAIN”.BUKTINYA, DALAM PENGHAKIMAN TERSEBUT ANWAR TELAH DIBEBASKAN OLEH PIHAK MAHKAMAH DAN TERBUKTI TIADA LANGSUNG CAMPURTANGAN PAK LAH DALAM PERKARA INI.

KESIMPULAN

Biar apapun istilah yang dilabelkan kepada Pak Lah, jelas membuktikan bahawa Pak Lah mempunyai akhlak dan keperibadian yang sangat tinggi pekertinya. Namun kita hairan, bagaimana pula akhlak dan keperibadian bagi insan bernama Anwar dan Wan Azizah, yang seolah-olah lupa ehsan yang pernah mereka pohon pada Pak Lah di tahun 2004, satu tempoh yang tidak lama dan masih baru.

Tergamak benar mereka, MENABUR ONAR DAN FITNAH kepada Pak Lah sebagai perancang kepada konspirasi ini. Jika di teliti secara mendalam, kalau memang Pak Lah berniat untuk melakukan konspirasi terhadap Anwar, Pak Lah tidak perlu menunggu sehingga pada hari ini, tetapi beliau boleh melakukannya pada tahun 2004 lagi. Namun yang pasti, Pak Lah bukanlah manusia seperti Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, yang menggigitnya semula selepas dilepaskan. Moga Allah SWT berkati perjalanan kehidupan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan pemerintahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia serta kita berdoa, moga Allah SWT tunjukkan kepada kita, siapa yang berada di jalan yang benar dan siapa di jalan yang salah,
Insyaallah.

Wassalam.

10 comments:

Pewaris Melayu said...

minta mustika antar e-mail kepada saya

kedaulatanmelayu@gmail.com

kamal... said...

salam..maaf kalau mencela..tak d nafikan bahawa pengaruh DSAI memang kuat d kalangan rakyat..tp jng silap cuma kepda rakyat yg buta dan fantik dan keras hari saja..
tp myg lucu sangat PAS sendiri dah kecik hati skg teramat terguris dek kena kencing olh org mcm ni..apa tdknya org lain mati2 buat web dan laman lidah rasmi khas buat pas tetiba saja dlm web tu semua cerita pasal anuar..
ada sikit anuar sikit2 anuar ada saja kaitan terus anuar..so pasal parti pas sudah jadi anak tiri dlm harakadaily heheheh..kuat benor pengaruh anuar ni sampai ada kru khas dalam harakadaily tu..
sampai skg kita tengok pas dah tegur dlm muktamar baru2 ini kenapa harakadaily asik cerita pasal PKR atau anuar? sian benor kan ,org lain cipta org lain pula dapat nama dan sanjungan..baik bungkus lah lama web harakadaily tu..muak tau hari2 buka semua cerita anuar saja..
atau d cadangkan nama d tukar kepada penderhakadaily atau haraka PKR..sampai yg saya ni sendiri nak cari cerita pasal pas pun entah d mana sudah semua dlm harakadaily asik anuar saja..
ada baiknya blog ini ulas sikit pasal hal ni...atau memang dah dtakdirkan pas akan berbagi dua kepada (PAS proanuar) dan (PAS biasa) dengar cerita pasai apa pengikut anuar ini byk pasal 65% ahli pas dah pindah parti kepada PKR beti kah tu..tak lama bunkus lah PAS d kemudian hari nanti..

Pemerhati Dunia said...

Hidup Pak Lah!!! Pergi mampuslah Anwar Al-Jubri Wal Liwati SaiFUL bukhari..


Apa-apapun saya nak promo jap blog saya, layarilah lolongansejati.blogspot.com

Pemerhati Dunia said...

Hidup Pak Lah!!! Pergi mampuslah Anwar Al-Jubri Wal Liwati SaiFUL bukhari..


Apa-apapun saya nak promo jap blog saya, layarilah lolongansejati.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com


SEMASA AZIZAH UMUM PERLETAKAN JAWATAN, HAMPIR 110% ORANG PERCAYA ANWAR AKAN MENANG DENGAN SELESA. Namun berlaku, tsunami dengan tiba-tiba membongkarkan permasalahan dan jenayah yang dilakukan oleh Anwar oleh pihak tertentu MENYUKARKAN aNWAR al_juburi menang di PP.

persoalan
1. Bagaimana dengan undi protes PAS kepada Mat Jenin?

2. Orang Cina lebih tertarik kepada calon BN yang boleh cakap mandarin.

3. Anwar diserang kiri kanan. Sebelum ini mereka tidak pernah terbayang serangan yang begitu hebat.

4. PAS sudah tak wujud di PP? Nik Aziz kelibatnya semasa penamaan calon sahaja. Penyokong PAS diam aje, mana pergi?

5.Pendedahan oleh Nala, Ezam, Datuk Hamzah Zainuddin, konsul hormat Moggolia pasal PENIPUAN ANWAR bagaimana?

6. Debat oleh Ketua Menteri dan Bekas KM, bukti kejayaan Koh Tsu Koon menjawab persoalan rasuah dan masalah tanah di Pulau Pinang.

(ada banyak lagi. JOM jumpa abe MIE di website)

http:..pkrpasdap.blogspot.com

SELAMAT MENGUNDI KEPADA YANG BERDAFTAR.

mrf said...

PKR mereng..anwar mangkuk ayun..

melayuangkat said...

Salam Anakku,

Sebab itu ada perpatah Melayu yang memberi ingatan supaya kita jangan "lepaskan Anjing tersepit".

Orang dulu dulu pandai, sebab mereka tahu, kalau kita lepaskan anjing yang tersepit, bila dah lepas nanti kita balik digigit.

Unfiltered-Madness said...

Sesuatu yg baik akan mendapat balasan yang baik dan sesuatu yg jahat akan mendapat pembalasan yang tidak baik.

Anonymous said...

kedua-dua makhluk ni memang bangsat punya makhluk..

Salman Madani said...

Salam,

Anwar mungkin telah "membalas budi" Pak Lah dengan tidak mengkritik Pak seperti yang dilakukan oleh orang lain (khasnya Mahathir) sebaik dia bebas dari penjara hingga beberapa lama.

Tapi sekarang rasanya "keadaan" sudah berubah. Ada keadaan yang memaksa Anwar mengkrtik Pak Lah, kerana Abdullah sudah berpihak kepada Najib dan tokoh lain yang hendak menyekat kemaraan politik Anwar.

Memang politik begitu. Hari ini kawan, besok boleh jadi lawan, bila kepentingan sudah berbeza.

Dulu Anwar pun rapat dengan Mahathir.Tapi dia diaibkan dan penjarakan oleh Mahathir apabila konflik kepentingan berlaku antara mereka.