Sunday, October 19, 2008

Untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil, selepas adanya perjanjian, langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam merangkap tempat pentadbiran Rasulullah. Kedua, Mengikat tali persaudaraan antara kaun Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar. Langkah ketiga ialah dengan, Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
Pada zaman Rasulullah SAW, siapa yang mengingkari Piagam Madinah akan menerima hukum yang sepatutnya. Inilah bezanya antara harbi dan zimmi. Hari ini, ramai yang mula mempersoalkan kontrak sosial ini kembali. Apakah sebenarnya kontrak sosial itu? Ia selalu diertikan sebagai perjanjian di antara kaum yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebenarnya sosial kontrak ini merangkumi dimensi yang lebih luas. Perlembagaan Malaysia sendiri adalah manifestasi beberapa kontrak yang termaktub di dalamnya.
Keluhuran perlembagaan telah menjamin ‘Social Contract’ yang tersemat di dalamnya sebagai ‘the essence of Malaysian nationhood’. Namun kebelakangan ini, ramai yang seolah-olah ingin melampaui dan mengingkari perjanjian yang telah dipersetujui bersama ini. Mengapa kontrak sosial ini dipertikaikan dan untuk tujuan apa ianya cuba dipersoalkan?. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan yang telah dipersetujui tersebut. Kalau hormat perlembagaan dan mengakui diri sebagai warganegara Malaysia, mengapa susah sangat hendak hormat perlembagaan negara sendiri?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
No comments:
Post a Comment