Thursday, October 23, 2008

PERATURAN MESYUARAT PERKARA 44

Kuasa yang digunakan oleh YDP Dewan Rakyat ke atas MP Tasik Gelugor (PAS), Karpal Singh di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat...........MEMANG WAJAR

44. (1) Pengerusi setelah menarik perhatian Majlis
Mesyuarat atau Jawatankuasa kepada kelakuan
seseorang ahli yang berdegil-degil menyebutkan
perkara yang tidak ada kena-mengena dengan
perkara mesyuarat atau berulang-ulang menyebutkan
hujahnya sendiri atau hujah-hujah ahli lain dalam
sesuatu perbahasan, boleh memerintahkan ahli itu
suruh berhenti bercakap. Mesyuarat hendaklah diam
bila Pengerusi bercakap.
Keputusan Pengerusi adalah muktamad.

(2) Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana
ahli yang berkelakuan tidak senonoh atau melakukan
perbuatan yang menghina Majlis Mesyuarat
atau terus tidak mengendahkan kuasa Pengerusi
keluar dari Majlis Mesyuarat bagi tempoh tidak
melebihi sepuluh hari dan ahli tersebut hendaklah
dengan serta-merta keluar dari Majlis Mesyuarat.
Sekiranya mesyuarat berakhir sebelum tamat tempoh
sedemikian, maka baki tempoh itu hendaklah dibawa
ke mesyuarat yang akan datang, melainkan jika
Parlimen dibubarkan sebelumnya. Jika Pengerusi
tidak menentukan tempoh ahli diminta keluar, tempoh
tersebut hendaklah disifatkan sebagai selama dua
hari termasuk hari kejadian berkenaan.

(3) Jika Pengerusi mendapati bahawa kuasa di
bawah perenggan (1) dan (2) tidak mencukupi, dia
boleh memulakan prosedur untuk menggantung
perkhidmatan seseorang ahli dengan menyebut
nama ahli tersebut seperti berikut:
“Saya dengan ini menamakan Ahli Yang
Berhormat Tuan......................................”
Seorang Menteri hendaklah selepas itu bangun
dan mencadangkan dan seorang Menteri lain
menyokong suatu usul seperti berikut:
“Bahawa Majlis Mesyuarat dengan ini
memutuskan bahawa Tuan ..............................
digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat
ini sehingga (tarikh).”

Pengerusi hendaklah mengemukakan usul itu bagi
diputuskan oleh Majlis Mesyuarat tanpa sebarang
pindaan, penangguhan atau perbahasan.

(4) Sesuatu tindakan boleh diambil di bawah
Peraturan ini walaupun kelakuan yang tidak senonoh,
perbuatan penghinaan atau perbuatan terus tidak
mengendahkan kuasa Pengerusi telah berlaku semasa
dalam Jawatankuasa sesuatu Majlis Mesyuarat.

(5) Jika seseorang ahli telah digantung daripada
perkhidmatan Majlis Mesyuarat, dia hendaklah
diarah keluar daripada mesyuarat dan tidak boleh
mengambil bahagian dalam mesyuarat sehingga
tempoh penggantungan itu tamat. Sekiranya
mesyuarat yang sedang berjalan tamat sebelum
tamat tempoh penggantungan itu, maka baki tempoh
penggantungan itu hendaklah dibawa ke mesyuarat
yang akan datang, melainkan jika Parlimen diprorog
atau dibubarkan terlebih dahulu.

(6) Pengerusi boleh menangguhkan Majlis
Mesyuarat pada bila-bila masa untuk mengatasi
kelakuan tidak senonoh di dalam Majlis Mesyuarat
dan apabila Majlis Mesyuarat bersidang semula
Pengerusi atau Majlis Mesyuarat boleh membuat
keputusan mengenai perkara tersebut atau mengambil
tindakan terhadap mana-mana orang yang didapati
telah melanggari Peraturan-peraturan Mesyuarat ini
semasa berkelakuan tidak senonoh sebaik sahaja
sebelum penangguhan Majlis Mesyuarat.

(7) Pengerusi boleh memerintah mana-mana
orang, termasuk seseorang anggota kakitangan
Parlimen atau mana-mana pegawai polis, untuk
menguatkuasakan mana-mana keputusan atau
perintah yang dibuat di bawah Peraturan ini.

No comments: