Thursday, November 13, 2008

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG UPSR

Keputusan UPSR yang diumumkan hari ini mencatatkan keputusan terbaik dalam tempoh lima tahun sebelum ini. Syabas dan tahniah kepada para pelajar yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang terbaik sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Selain daripada satu kepuasan untuk diri sendiri atas usaha gigih selama ini, para pelajar juga mampu membuatkan ibu bapa dan keluarga berbangga dengan pencapaian mereka. Malah guru-guru juga mampu tersenyum gembira kerana pencapaian cemerlang pelajar juga adalah atas kegigihan guru-guru mengajar dan tidak jemu mencurahkan bakti dan ilmu kepada anak bangsa. SYABAS DAN TAHNIAH

2 comments:

Anonymous said...

asalamualaiku....
saya seowg hamba allah....yang berasa bangga dengan family saya.... walaupun kami semua hidup susah...tetapi tuhan menganugerahkan kepada kami akal2 yang sihat...... alhamdulillah.....
hasil kekuatan ibu saya.... kami anak2nya tidak perhan mengecewakannay..... dari kakak saya.....turun ke saya....dan sekarang adik saya..... kami berjaya buktikan yang walaupun hidup kita miskin atau susah..... tapi biarlah kita kaya dengan ilmu pengetahuan....alhamdulillah..... adik saya yang mnduduki UPSR pd thn ini berjaya dengan cemerlangnya dalm keputusan yang di umumkan semalam 13 noe 2008.....
kami berterima kasih kepada ibu dan ayah kami....
tahniah pada adik diatas keputusan cemerlang dalam UPSR.....

mustikacitra-indah said...

wkumsalam

tahniah kepada saudara.

Tahniah kerana tidak pernah melupakan jasa baik, pengorbanan dan jerih perit ibu bapa yang telah menjadikan anda insan yang berjaya.