Wednesday, December 03, 2008

PEMECATAN ZAID WAJAR

TIndakan Datuk Zaid Ibrahim menghadiri perhimpunan anjuran parti pembangkang membawa kepada pemecatan beliau daripada UMNO. Datuk Zaid Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Shah Alam dan sehari sebelum itu beliau juga dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang turut dihadiri anggota Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang. Apa sebenarnya motif beliau?

Datuk Zaid dengan bangga memperlihatkan tindakan beliau yang menyalahi peraturan parti dan nampaknya beliau sengaja mahu rakyat melihat beliau berpaling tadah daripada UMNO. Tindakan ini dilihat kurang ajar dan beliau tanpa segan silu dan bangganya duduk sebaris dengan pemimpin pembangkang yang 'hipokrit'.......

Mustika melihat tindakan memecat Zaid amat wajar kerana UMNO tak perlu 'simpan' orang yang boleh dianggap talam 2 muka. Tindakan UMNO juga boleh dipuji kerana ia melambangkan keadilan dan kesaksamaan dalam pentadbiran.

2 comments:

Anonymous said...

Satu lagi kelemahan Pak Lah. Macam mana boleh melantik seorang semacam Zaid. UMNO sendiri telah mendapati Zaid bersalah dan tindakan disiplin sudah dikenakan. Tetapi Pak Lah masih boleh melantik orang yang terbukti bersalah menjadi Menteri? Bingung memikir kan pemikiran Pak Lah. Kalau ada penasihat yang mencadangkan kepada Pak Lah elok saja orang yang mencadangkan di pejat sekali daripada apa-apa jawatan baik dlm UMNO atau kerajaan.

bungaraya said...

Saya juga berpandangan sama spt anda. Tapi saya sangat sedih kerana terdapat manusia bernama Kifli dan bro membuat komen dalam aspirasi bangsa, tindakan tersebut mengambarkan UMNO takut dengan Pakatan Rakyat.