Friday, January 02, 2009

Wahid Endut Calon PAS

(Gambar: Nyenyaknya YB PAS ini tidur. Lepas ini tidak boleh tidur lena lagi. Mungkinkah ini yang dikatakan undi membawa kebaikan oleh Nik Aziz?). YB Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam) dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Wahid Endut dipilih setelah giant candidate seperti Mohd Sabu & Dr Syed Azman (team Erdogan) dan Wan Mutalib & Musthapa Ali (team Ulama) diketepikan oleh PAS. Pastinya ada yang tidak berpuashati dengan pemilihan tersebut.

Dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wahid Endut sendiri mengakui bahawa sepanjang pentadbiran PAS pada 1999-2004, tiada pembangunan yang dibawa oleh PAS ke dalam negeri Terengganu.(Klik di sini). Jika sudah mengakui bahawa PAS tidak membawa pembangunan pun, mengapa masih lagi mahukan jawatan sebagai Ahli Parlimen pula? Jika masuk ke dalam parlimen pun, bolehkah PAS menjadi parti yang dominan melebihi PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat? Kuala Terengganu adalah medan pilihan raya secara demokrasi, jangan jadikan Kuala Terengganu medan membaling batu, meraba, memukul orang dan memprovokasi orang lain. Amalkanlah demokrasi tersebut dengan baik, jangan salah gunakan terma demokrasi untuk berbuat sesuka hati sahaja.

sumber: angin perubahan

No comments: