KUALA LUMPUR: Media di negara ini memainkan peranan penting dalam aspek pembangunan dan membina negara bangsa, terutamanya dalam hubungan antara kerajaan dan rakyat.
Sehubungan itu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, berkata perubahan dalam media di negara ini harus selari perubahan yang berlaku dalam dunia teknologi dan komunikasi, dengan mengambil kira hak mempertahankan kedaulatan negara. “Ketika ini, berlaku perkembangan pelbagai saluran media, bukan hanya membabitkan media cetak dan elektronik, tetapi juga blog dan pelbagai saluran berita lain.
“Namun, media di negara ini perlu memainkan peranan dalam menyebarkan matlamat Malaysia itu sendiri, bukannya matlamat atau keinginan negara lain sehingga memberi kesan kepada negara kita sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama media di sini, semalam. Hadir sama Timbalannya, Senator A Kohilan Pillay dan Datuk Lee Chee Leong. Turut hadir Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima yang juga Pengarah Eksekutif Editorial NSTP, Datuk Ahmad Talib.
Pada majlis itu, Kementerian Luar turut menerima sumbangan RM115,000 daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) untuk Tabung Palestin.- Bharian Online
Mustikaindah: Memang tidak dapat dinafikan peranan media amat penting.
Media mempunyai kuasa untuk mempengaruh dan memujuk. Dunia hari ini juga menyaksikan kepentingan media sebagai salah satu 'alat' penerangan yang boleh digunakan sebagai perantara pemimpin atasan sehinggalah ke akar umbi (rakyat).
Di dalam dunia artis misalnya.....media menjadi taruhan jatuh bangunnya seseorang artis. Jika elok hubungannya dengan media, maka elok juga lah hasilnya. Artis akan terus diangkat dan dipromosikan. Sebaliknya, jika hubungan artis dengan media tidak baik, maka tidak baik jugalah hasilnya. Buktinya, ramai artis yang tersungkur sebelum berjuang di dunia hiburan dek kerana penangan media.
Dari segi pentadbiran kerajaan pula, media menjadi alat penyebar dan penyalur maklumat dasar-dasar kerajaan dari semua aspek agama, ekonomi, sosial dan lain-lain lagi. Malah media juga turut mampu mengesan khilaf yang terjadi di dalam sistem pentadbiran awam dan swasta menerusi pendedahan mereka. Tanpa media, tidak mungkin sesetengah masalah dapat diselesaikan dengan segera.
p/s: Kalau media tak bongkar, sampai sudah tindakan tak diambil sebab takde orang sedar (mungkin). Bila sume dah masuk tv dan akhbar, barulah kelam kabut nak buat itu ini.....
Apapun..........Tahniah dan Terima Kasih kepada media samada media elektronik mahupun media cetak.
Tuesday, June 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment