Friday, June 12, 2009

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ANJUR PROGRAM JUALAN BUKU 1MALAYSIA

Pagi tadi Mustika berpeluang mengikuti pelancaran program Jualan Buku 1Malaysia yang telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Dr. Halim Shafie iaitu Pengerusi Lembaga Penasihat PNM bertempat di Perkarangan Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Perasmian tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan pancaragam oleh anggota TUDM.

Konsep jualan buku yang mengambil aspirasi Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia ini melibatkan 7 syarikat penjual buku iaitu:

1) Utusan Publications & Distributors (Pameran Utama)
2) Jaya Bakti (buku-buku Bahasa Tamil, Cina, Inggeris dan Melayu)
3) Malaysian Books Centre (Buku-buku bahasa Tamil)
4) DAWAMA
5) PTS Publications
6) Koperasi Kedai Buku UM
7) Persatuan Penggiat Komik Malaysia dan Majalah G3

Program yang berlangsung selama tiga hari mulai hari ini sehingga 14 Jun 2009 (dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang) bukan sahaja melibatkan penjualan buku malah turut diisi dengan aktiviti lain. Antaranya:

1) Forum 1Malaysia: Konsep dan Peranan Masyarakat (bertempat di Bilik Serbaguna PNM bermula 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi)
2) Pameran Buku (sejarah, perpaduan dan kenegaraan Malaysia terutama dari koleksi nadir dan manuskrip)
3) Sulaman reben bersama KEMAS
4) Kain Rentang Komik terpanjang di Malaysia (dilaksanakan dengan kerjasama PeKomik)
5) Demonstrasi Khat
6) Program Pertukaran Buku (dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang)
7) Kempen Keahlian dan Books On The Go
8) Keahlian Percuma Kelab Sinar Pintar
9) Pemuliharaan Buku (pengungjung menikmati khidmat pemuliharaan buku percuma dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang)

Program ini antara lainnya bertujuan untuk menarik minat pengunjung ke perpustakaan sebagai destinasi kunjungan dan aktiviti riadah dan rekreasi minda pada hujung minggu ke arah membina masyarakat yang mencintai ilmu dan perpustakaan. selain itu, ia bertujuan untuk memupuk semangat membaca dan memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan bahan bacaan ilmiah berbentuk kenegaraan.

SAMA-SAMA LAH KITA MENJAYAKANNYA...........

No comments: