Tuesday, April 20, 2010

ASET NEGERI SELANGOR DIKORBANKAN: KHALID GAGAP NAFIKAN HAK RAKYAT

Aset jutaan ringgit dicuri di Selangor

(sumber: KITA GEMPUR)

Kemusnahan hutan dan kecurian balak di Hulu Selangor berlaku secara berleluasan semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor sejak 2 tahun yang lepas. Kawasan seluar 120 hektar di Hulu Tamu, Ulu Renting dan beberapa kawasan berdekatan telah dinodai dengan rakus.Begitu juga dengan kawasan hutan simpan di sepanjang jalan Batang Kali-Genting Highlands. Balak bernilai jutaan ringgit telah dikeluarkan daripada kawasan itu oleh pihak tertentu sejak 2008 lagi.

Jabatan Hutan telah menyerbu kawasan Hulu Tamu pada Januari lalu dan menjumpai 1500 batang kayu balak bernilai RM 2 juta.Kesemua balak itu telah dirampas.Tidak lama kemudian satu rampasan balak bernilai RM 2juta bersamaan dengan 1500 batang balak turut dirampas bersama dengan jentolak,traktor dan lori yg digunakan untuk aktiviti tersebut.
Di Batang Kali,sindiket mencuri balak juga berleluasa dengan kawasan tanah rezab orang asli di Ladang Sungai Remuk seluas 120 hektar turut menjadi mangsa mereka.Hasil maklumat ramai,Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor dan Jabatan Hutan berjaya merampas 400 batang balak bernilai lebih RM400 ribu di Jalan Kg Congkak, Batang Kali.Perkara ini mendapat pengesahan daripada pegawai daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan.Kumpulan Orang Asli Semelai dan Melayu Porto akan menghantar petisyen kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar aga memberi perhatian serius terhadap kegagalan kerajaan Selangor melindungi kawasan mereka.

Bagaimana kerajaan Selangor boleh terlepas pandang mengenai jenayah terang-terangan ini? Rakyat sangsi sehingga ada yang berpendapat kerja haram ini dilindungi oleh "orang besar".Jika tidak masakan beribu2 balak boleh dikeluarkan setiap hari selama 2 tahun tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa.Exco Alam Sekitar, Ratu Bogel Eli masih tidak mahu memberikan sebarang komen.Kenapa?? Adakah disebabkan adanya kepenting pihak tertentu yang perli dilindungi menyebabkan kerajaan negeri tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun serbuan dan rampasan bernilai jutaan ringgit.

Terbaru, orang ramai membuat aduan terhadap kegiatan mencuri pasir di Taman Glenmarie dan Taman Ladang Jaya di Shah Alam, berdepan TTDI Jaya yang mana pasir dikorek daripada Sungai Damansara.Kegiatan ini dikatakan bermula hujung Januari lalu dan lebih 30 buah lori mengangkut pasir keluar daripada kawasan ini setiap hari.

Sebelum ini ada penduduk mengadu kegiatan curi pasir berleluasa di Sungai langat Bandar Baru Bangi dan Sungai Tangkas.Banyak aduan telah dibuat kepada Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat.Korang boleh rujuk kepada mereka berapakah jumlah aduan yang telah diterima

Kegiatan menyedut pasir secara haram turut dikesan berlaku di Rasa.Aktiviti ini dipercaya berselindung disebalik kerja-kerja mengorek pasir sungai di Sungai Selangor.Semua kegiatan haram ini seolah-olah dilindungi oleh pihak2 tertentu ataupun orang besar didalam kerajaan negeri dalam memastikan poket masing-masing penuh sebelum disampahkan oleh orang-orang Selangor pada PRu 13 nanti.Kegagalan MB Sahak Gagap memantau ketamakkan lanun-lanun mengaut keuntungan daripada hasil bumi Selangor ini telah menyebabkan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan negeri sekarang.

Kepada rakyat Selangor, ayuh bangkit dan tunjukkan kepada pakatan haprak mereka tidak diperlukan lagi.Jangan mintak mereka berubah kerana perubahan hanya sementara.Kepada pengundi P94 Hulu Selangor- Sayangi Selangor Yakini BN.

_____________________________________________________________________________________

Mustika: KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN KHALID GAGAP BUKANNYA TERLEPAS PANDANG, TETAPI DENGAN SENGAJA MENUTUP MATA DAN MENGORBANKAN ASET NEGERI SELANGOR DEMI KEPENTINGAN SENDIRI..... MASUK POKET BERJUTA-JUTA MANA BOLEH KHALID GAGAP TOLAK..... HAK DAN KEPENTINGAN RAKYAT DINAFIKAN, RAKYAT PERLU BANGKIT MENUNTUT KEADILAN. SELANGOR PASTI AKAN LEBIH AMAN DAN MAKMUR DIBAWAH PEMERINTAHAN BN.


No comments: