Wednesday, April 23, 2008

UMNO MASIH RELEVAN!

Apabila ada pihak cuba memainkan isu UMNO sudah tidak lagi relevan, , Mustika sudah dapat membaca apa yang ingin disampaikan oleh 'mereka'. Desas-desus perpecahan dalam parti komponen BN ini menjadi satu cerita yang dijaja seolah-olah mampu memberikan satu impak yang sungguh dasyat kepada dunia politik hari ini. 'Mereka' sebenarnya sudah ketandusan isu. 'Mereka' dilihat sengaja menggembar-gemburkan isu bagi meraih minat orang yang mudah terpengaruh. 'Mereka' juga sengaja menimbulkan isu ini bagi melaga-lagakan pemimpin UMNO dan BN khususnya. Sebenarnya, 'mereka'lah yang semakin cemas dan gusar kerana mereka semestinya tidak mampu untuk mengatasi kehebatan pemimpin-pemimpin UMNO.

Keadaan politik negara ketika ini masih ditahap yang baik dan tidak perlu lah kita membuat andaian yang tak masuk akal. Terlalu banyak spekulasi yang timbul dan terpaksa di telah dan diteliti sebelum kita menghasilkan sebarang persepsi. Apa yang pasti, UMNO tidak berhadapan dengan perpecahan teruk seperti yang digambarkan oleh 'mereka'.

Perjuangan UMNO masih relevan dan masih diterima baik oleh semua kaum di negara ini. Hakikat ini tidak perlu dipertikaikan lagi kerana kekuatan UMNO datangnya daripada perjuangan murni demi memartabatkan dan mempertahankan maruah bangsa, agama dan Negara. Pendekatan yang diambil oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO adalah menyeru ke arah kebaikan dari segi pemerintahan kerajaan dan pembangunan untuk semua rakyat. Sebagai contoh, apabila UMNO dan BN khususnya cuba di jadikan kapal yang kehilangan nakhoda, pemimpin-pemimpin ini masih berdiri teguh mempertahankan parti dan hanya bersikap mendiamkan diri kerana bagi mereka tidak guna bertekak dengan orang yang tidak mahu berfikir panjang apabila bercakap. membazir air liur saje..... 'cool'................

UMNO bukanlah satu perjuangan sempit yang taksub, menggalakkan rusuhan serta melakukan tindakan-tindakan ekstrem..... Perjuangan UMNO adalah perjuangan yang hebat dan sentiasa mengekalkan hubungan baik antara kaum serta berasaskan rasa saling hormat menghormati antara satu sama lain. Inilah sebenarnya yang harus difahami oleh semua pihak agar mereka dapat mendalami dan menghayati erti perjuangan UMNO.
Fasal 3 Perlembangan UMNO telah menggariskan tujuan-tujuan asas parti UMNO iaitu :-

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembangan Negeri-Negeri dan Raja Perlembagaan
3.3 Menegak, mempertahan, dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem
Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Implementasi yang digunapakai UMNO selaras dengan Islam Hadhari yang menekankan Islam sebagai agama ideal yang mencerminkan kemampuan serta kejayaan orang Islam di dalam setiap bidang kerohanian, keilmuan, perniagaan, pentadbiran, hubungan sosial sesama manusia dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, parti UMNO mengambil pengertian Islam yang sebenarnya iaitu sebagai agama yang progresif, dinamik, bertimbangrasa, berbudaya tinggi dan menitik beratkan ilmu.

Pengertian di atas membuktikan intipati perjuangan parti UMNO. Realitinya, orang Melayu yang berilmu dan berbudaya tinggi, maju dan kuat, pasti berupaya untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan ajaran Islam dengan lebih besar magnitud dan impaknya.
Di dalam masa yang sama, parti UMNO tidak pernah membelakangi kaum-kaum lain di negara ini.

Makanya, apa juga perancangan yang dijalankan oleh kerajaan, mesti mengambil kira sokongan rakyat dan memberi kejayaan kepada semua kaum agar suasana perpaduan yang baik dapat dikekalkan. Sayangnya, ideologi fanatisme dan idolisme yang mewarnai kefahaman politik sesetengah orang Melayu hari ini telah menyebabkan semangat tulin UMNO dikaburi dan tidak menjadi kriteria terpenting di dalam memilih parti politik parti mi.

Realitinya, terdapat parti-parti politik Melayu yang kedengaran hari ini yang mempunyai natijah penubuhan yang lahir daripada perasaan dengki atau pun kecewa. Yang terpenting sekali ialah parti-parti tersebut sebenarnya merupakan serpihan kepada acuan atau aspirasi asal parti UMNO.

Kita mungkin terkeliru, lebih-lebih lagi di zaman ICT dan dunia yang serba pantas hari ini.
Terlalu banyak putar belit, khabar angin dan informasi politik yang mudah kita baca, dengar dan ucapkan, sehinggakan kita boleh terperangkap di antara realiti dan dongengan. Kewujudan blog-blog yang tidak bertanggungjawab adalah salah satu daripadanya.
Oleh kerana itu, kita perlu mengkaji senario politik negara dan sentiasa bijak membezakan di antara benar dan salah. Cara yang terbaik ialah dengan meneliti rekod-rekod sumbangan, pencapaian, hasil kerja serta servis parti-parti politik di negara ini. (Mustika memetik sedikit isi artikel tulisan Dr Novandri Hasan Basri)

Hasil perjuangan UMNO, melahirkan dasar kerajaan yang bukan sahaja membantu orang Melayu tetapi juga kaum lain di negara ini. Melalui penyusunan semula masyarakat dan program pembasmian kemiskinan di bawah Dasar Ekonomi Baru, dapat kita saksikan pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan. Antaranya mewujudkan sekolah berasrama penuh (SBP), penghantaran pelajar Bumiputera berkelayakan ke luar negara untuk melanjutkan pengajian dengan biasiswa kerajaan dan sistem matrikulasi untuk ke universiti tempatan. Usaha ini diambil bagi melahirkan lebih ramai golongan cerdik pandai dan golongan professional Melayu dari kalangan mereka yang datang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah. Sebelum DEB diperkenalkan, hanya 225 professional Melayu yang ada dan jumlah ini meningkat kepada 11753 orang pada 1990. Hari ini lebih kurang 35046 professional Melayu dan jumlah ini terus bertambah dari tahun ke tahun.
Apabila timbul isu kononnya UMNO hanya parti yang bersifat perkauman, Mustika ingin jelaskan di sini. Isu ini tidak perlu dan tidak patut muncul di saat terpampang luas di hadapan mata kita betapa UMNO dan kerajaan sentiasa menitik beratkan kepentingan kaum lain. Jika ditinjau dari statistik jumlah professional Cina, ia bertambah daripada 437 orang kepada 47270 orang pada 2002, manakala jumlah professional India bertambah daripada 1066 pada 1970 kepada 5363 setelah tamat DEB dan pada 2002, jumlah meningkat kepada 10593 orang. Statistik daripada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan menunjukkan golongan kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera adalah 7.3% menurun daripada 68.4%, Cina 1.5% menurun daripada 26% dan India 1.9% menurun daripada 39.2%.
Jadi mengapa kita harus mempertikaian kewujudan UMNO yang banyak membantu bukan sahaja kaum sendiri tetapi juga kaum lain di negara ini. Isu UMNO tidak relevan dan juga UMNO bersifat perkauman adalah tidak logik dan hanya sekadar permainan 'pihak tertentu' sahaja. Terlalun banyak putar belit yang kita dengar sehingga menyebabkan kita lupa kepada kebaikan dan kesungguhan UMNO di negara ini. Ayuh semua!!! Janganlah kita mudah sangat terpengaruh dengan kenyataan pihak-pihak suka sangat menangguk di air keruh ini....

No comments: